Apa Jadi Dengan Yang Disakiti

Hi, aku Mell anak jati Kuala Lumpur berumur hujung 20an. Selalu aku baca confession orang dan kali ni aku nak share 1 kisah atau pun lebih kepada persoalan. Pernah tak korang terfikir apa yang insan insan tersakiti lalui untuk meneruskan hidup?

Tersakiti ni ada banyak skop, tapi aku fokuskan kepada tersakiti kerana ditipu hidup hidup. Kisah ni bukan pasal aku, tapi terjadi kepada seseorang yang aku kenal. Kita namakan dia Juwita berumur sebaya denganku.

Juwita perempuan bekerjaya, lahir dari keluarga yang biasa, mempunyai hidup yang biasa seperti perempuan lain seusia dia. Kisah bermula waktu kami berdua melanjutkan pelajaran di satu universiti di Selangor. Di situ aku dan Juwita di takdirkan menjadi roommate.

Jadi serba sedikit aku tau kisah hidup Juwita. Tiada apa yang istimewa kecuali waktu dia berkenalan dengan seorang lelaki di universiti yang sama. Aku gembira untuk dia.

Kehadiran lelaki itu bagi aku 1 sebab untuk Juwita dapat melupakan bekas kekasih yang pilih untuk tinggalkan dia hanya kerana Juwita jauh dari dia.

Yes, tak semua orang boleh hadapi LDR. Let say nama lelaki baru yang berjaya menakluki hati Juwita ni adalah Badrul.

Lepas habis minggu suai kenal, Juwita dan Badrul meneruskan perkenalan mereka dengan lebih rapat. Awal lagi sudah aku ingatkan Juwita agar berhati-hati. Tak semua orang kita boleh percaya.

To cut it short, Juwita dan Badrul dah seperti pasangan kekasih sebab kerap kali keluar bersama menonton wayang dan melakukan aktiviti riadah bersama. Sebagai kawan mesti lah aku mengharapkan Juwita dan Badrul dapat bersama hingga ke jinjang pelamin.

Ada 1 hari, Juwita nampak sedih dan muram. Juwita berterus terang dengan aku yang Badrul cuma menganggap dia sebagai kawan sahaja sebelum ni.

Tak lebih. Sedihnya Juwita dan aku sebagai kawan hanya mampu menasihatkan dia untuk move on. Betul, memang Juwita dapat move on tapi dalam masa yang sama Badrul keep coming back to her. Dengan alasan dia selesa bersama Juwita.

Peliknya, rakan-rakan Badrul tidak kenal siapa Juwita. Sebaliknya dengan Juwita bila kawan-kawan dia amat mengenali Badrul.

Dari situ Juwita sedar yang dia bukanlah yang teristimewa dalam hidup Badrul tetapi dia tetap terus berkawan sehinggalah mereka berdua tamat belajar dan sudah bekerjaya. Katanya Juwita, Badrul lelaki yang baik dan kawan yang baik.

Disebabkan tak nak terus menaruh harapan, Juwita meminta Badrul berjanji agar berterus terang dengan Juwita seandainya Badrul telah punya yang istimewa dan ianya dah dipersetujui oleh Badrul.

Sangkaan Juwita, Badrul tiada girlfriend bila Badrul selalu berikan dia perhatian dan pelbagai hadiah mahal untuk dia. Perkara ini berterusan selama 6 tahun.

November 2018 – Gerak hati perempuan ni kuat orang kata. Juwita dapat rasa Badrul sudah punya kekasih hati namun setiap kali di tanya Badrul menafikan. Tiada bukti dan tidak ada dari kalangan rakan Badrul yang mengenali Juwita menyebabkan Juwita percaya penafian Badrul.

Dan Badrul masih melayan Juwita sama seperti dulu. January 2019, Juwita telah berkenalan dengan seseorang. Badrul dapat tahu dan tidak semena – mena meluahkan perasaan dia kepada Juwita. Juwita ? Masih berfikir waras dan menganggap Badrul hanya sebagai kawan.

Usaha menambat hati Juwita diteruskan oleh Badrul. Seolah dia tidak boleh terima ada lelaki lain dalam hidup Juwita selain dia. Badrul masih lagi mempelawa Juwita keluar dengannya walau dia tau Juwita sudah berkenalan dengan yang lain.

Tidak berapa lama kemudian, tiba-tiba Badrul menyepikan diri, pada Juwita mungkin itu tanda Badrul menghormati perhubungan Juwita dengan orang baru. Dan Juwita meneruskan hidup seperti biasa.

Jun 2019 – Elina, kawan Juwita yang mengenali Badrul memberitahu Juwita yang Badrul telah pun berkahwin.

Seingat Juwita, Badrul masih mengajak Juwita untuk makan malam sebelum Badrul menyepikan diri. Siapa tahu waktu Badrul menyepikan diri itu sebenarnya Badrul tengah sibuk menguruskan perkahwinan dia dengan orang yang cukup Juwita kenal.

Perempuan yang Juwita syak sebagai kekasih Badrul tetapi Badrul menafikan. Lebih mengejutkan, sebenarnya Badrul telah pun bertunang selama setahun sebelum itu. Juwita antara percaya dengan tidak telah melihat sendiri gambar perkahwinan Badrul di sosial media.

Walau Juwita bukan lah sesiapa dalam hidup Badrul, perkara ini bagi kesan besar dalam hidup dia. For how many times I’ve seen her cries. Terluka bukan kerana tak diterima tapi ditipu. Isteri Badrul tentu tidak tahu kewujudan Juwita selama dia mengenali Badrul.

Hebatnya Badrul dapat menipu 2 orang perempuan dalam masa yang sama. Soalan yang sering Juwita tanya aku adalah ‘ Macam mana orang boleh tidur lena lepas menipu orang, terutama orang yang dia sayang?

‘ Kalian ada tak jawapan kepada persoalan Juwita?. Bukan tu saja, luaran Juwita nampak seperti biasa tapi bagi aku Juwita dah jadi orang lain. Dia bukan lagi Juwita yang aku kenal dulu. Bukan seorang yang periang. Hidup dia penuh negativiti dan prasangka.

Berapa ramai lelaki yang cuba dekati Juwita tapi tak pernah Juwita bagi peluang dengan alasan ‘I’ve been with the one I trust the most, but he betrayed me. How can I believe others?’ She no longer believe anyone especially man.

Ada masa Juwita tanya aku, why Badrul selalu cari dia balik even Badrul sendiri anggap Juwita tak lebih dari kawan?

Apa maksud segala hadiah dan perhatian yang Badrul bagi kalau Juwita hanya kawan biasa bagi dia? Guys, I got no answer to that. Last2, aku mampu dengar je luahan Juwita. Juwita tak boleh contact Badrul untuk minta penjelasan sebab Badrul dah block contact number Juwita.

Thats why she keep question herself. Being alone in the big city with family far away, Juwita banyak meluahkan perasaan dia dekat aku. Dari seorang yang peramah dan periang dia menjadi seorang yang pendiam, adakala Juwita akan termenung panjang dan menangis.

Itu belum lagi waktu malam or masa driving dia menangis seorang2. Makan pun tak terjaga dah sampai berat dia turun about 10kg in a month. Sedih aku tengok dia macam tu,tapi dia tetap senyum bila aku ajak berjumpa sebelum aku berpindah tempat kerja di negeri lain.

Even dah jauh, aku tetap menghubungi Juwita untuk bertanyakan khabar. Katanya dia okay saja. Kuatnya semangat kawan aku sorang ni. Mungkin dalam hati dia masih berharap pada Badrul, tapi tak sepatutnya Badrul bagi harapan sampai macam tu sekali.

Jun 2020 – Ingat tak Juwita ada kenal orang lain on January 2019? That guy the only lelaki yang berjaya tambat hati dia setelah beberapa kali di tolak. Kita namakan dia as Salim. Sebagai kawan aku happy Juwita dah berjaya overcome trust issue dia.

Salim tau kisah Juwita & Badrul dan sebabkan itu dia tak pernah putus asa mendapatkan Juwita. Pernah aku tanya Juwita ‘ kenapa kau selalu layan Badrul even kau tau dia tak nak dekat kau and why kau tak bagitau je wife Badrul yang selama ni Badrul pun tipu dia?’.

Jawapan Juwita ‘ Aku cuma nak jadi orang baik, Badrul datang dengan cara yang baik and niat yang baik iaitu dia cuma mahu berkawan, atas alasan apa aku nak menolak Mell?

And pasal wife dia, tak sampai hati aku nak lukakan dia Mell, mungkin Allah tak izinkan wife dia tau perkara sebenar sebab dia takkan boleh tanggung perasaan sakit kena tipu.

Lagi lagi dari orang yang dia dah serahkan jiwa dan raga dia Mell. Letakkan diri kita dalam position dia lagi pun yang bermasalah cuma Badrul. Tak perlu libatkan isteri dia’. But then, the kindness got her killed.

Kalian, pinta aku 1 bila kau dah kata tak nak dekat orang tu tolong lah stop. Jangan jadi macam Badrul. Badrul dikira bertuah sebab yang dia tipu tu Juwita. Kalau aku jadi Juwita, i’ll make sure girlfriend Badrul that time tak jadi kahwin dengan dia. Aku tak sebaik Juwita. Hahaha

By the way, doakan Juwita dan Salim bahagia hingga syurga. Mereka bakal berkahwin and aku dah minta izin Juwita untuk hantar cerita dia untuk tatapan korang.

Ada part yang telah diolah untuk menutup privasi pihak yang terlibat dan tentunya nama yang tertulis bukan lah nama sebenar. End of story.

– Mell (kawan kepada Juwita yang tersakiti)

(Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *