Apa Khabar Wawa?

Apa khabar wawa? Macam mana kehidupan wawa sekarang? Tenang? Happy?

Aku L. Aku dah terlalu lelah dengan semuanya. Jadi aku menulis untuk melepaskan semua yang terpendam.

Aku nak bercerita mengenai wawa. Wawa ialah seorang perempuan yang sebaya dengan kakak aku. Bukan kawan. Hanya ditakdirkan sama sekolah.

Cerita bermula pada tahun 2xxx. Kakak aku berjaya dapat 4A 1B dalam UPSR. Jadi kakak aku mulakan hari pertama persekolahannya di Tingkatan 1 SMK ****, sebuah sekolah biasa.

Kami dimaklumkan untuk sebulan pertama, murid-murid akan dimasukkan ke kelas random. Selepas sebulan baru murid-murid akan disusun semula mengikut keputusan UPSR.

Murid-murid yang dapat 5A dan 4A sudah semestinya akan ditempatkan di kelas Rancangan Khas. Cumanya murid-murid yang dapat 4A perlu bersaing sedikit sebab ramai yang dapat 4A.

Tak lama lepas tu bila senarai kelas keluar, kami dapat tau kakak tak dapat masuk kelas Rancangan Khas sebab dah penuh. Kakak masuk kelas A.

Dalam kelas A ada beberapa orang yang dapat 4A 1B juga. Jadi bukan kakak seorang je yang tak dapat masuk kelas RK.

Malam tu kakak nangis meraung raung sampai tertidur. Takda sapa pun berjaya tenangkan kakak.

Untuk sesiapa yang tertanya kenapa kakak tak mohon sekolah asrama, kakak tak pernah berminat nak duduk asrama. Jadi dari darjah 4 lagi kakak dah memang target dan masuk kelas RK sahaja.

Untuk pengetahuan semua, kakak dah biasa duduk di kelas pertama sejak darjah 1. Kakak dah biasa dipandang pandai dan bergaul dengan orang-orang pandai.

Cumanya nasib tak begitu baik kakak hanya berjaya dapat 4A sebab kakak sangat lemah subjek BI.

Jadi tak dapat masuk ke kelas RK merupakan satu tamparan pada kakak. Kakak rasa diri dia bodoh.

Kakak rasa semua cikgu akan benci dia sebab kakak ada fahaman yang cikgu cuma sayang budak pandai sedangkan ianya salah.

Kakak terbayang situasi bila makcik2 membandingkan kakak dengan anak-anak mereka.

Macam-macam berada dalam fikiran kakak tetapi tak semua yang berjaya diluahkan pada kami.

Tetapi di celah-celah kegelapan ada sedikit cahaya. Cikgu R bagi tau ummi yang kalau ada murid RK yang pergi ke SBP atau MRSM, akan ada kekosongan di RK.

Dan Cikgu R boleh cuba bantu kakak masuk ke kelas RK kalau ada kekosongan memandangkan kakak yang paling cemerlang antara murid-murid yang dapat 4A 1B di kelas A.

Buat pertama kalinya kami tengok kakak senyum dan ketawa macam biasa. Hari-hari kakak tanya kawan-kawan di RK ada tak yang nak keluar.

Susah nak cari sebab masa tu keputusan first dan second intake dah keluar. Cuma keputusan third intake sahaja yang belum keluar.

Jadi harapan agak tipis sebab selalunya third intake tak ramai yang dapat sebab kekosongan hanya tinggal satu atau dua di SBP/MRSM yang tertentu.

Tunggu punya tunggu kami dapat tau sorang murid dapat tawaran ke MRSM dan murid tu nak terima tawaran tersebut.

Kakak punyalah happy. Balik sekolah terus cerita dekat ummi sambil tersengih.

Nak dipendekkan cerita murid tersebut pun selamat masuk MRSM jadi ada satu kekosongan di kelas RK.

Ummi segan tapi memikirkan kakak, ummi tebalkan muka juga untul call Cikgu R sebab dah lama tak dapat berita mengenai kemasukan ke kelas RK.

Cikgu R jawab call dengan suara sedih. Dengan penuh lembut Cikgu R maklumkan pada ummi yang dia tak dapat nak bantu masukkan kakak ke kelas RK.

Sebab ada murid baru yang berpindah ke sekolah tersebut dan terus dimasukkan ke kelas RK.

Ummi tamatkan perbualan dengan Cikgu R dalam keadaan tenang. Ummi tak kecewa sebab sangkaan ummi mesti murid yang baru masuk ni dapat 5A dalam UPSR.

Jadi mestilah murid tersebut jadi keutamaan untuk masuk ke kelas RK.

Malam tu sekali lagi kakak meraung. Cumanya lebih teruk sebab kakak dah terlebih berharap.

Ummi pujuk kakak sampai subuh. Sampai kakak tertidur baru kakak diam.

Kami sangkakan kes berakhir di situ. Rupanya tidak. Selang beberapa minggu lepas tu, kakak dapat berita daripada kawan-kawan di kelas RK mengenai murid yang baru masuk tersebut.

Murid tersebut bernama wawa (bukan nama sebenar). Wawa tanpa segan silu bercerita pada murid-murid lain yang dia dapat masuk ke kelas RK menggunakan cable.

Rupanya wawa hanya dapat 3A2B dalam peperiksaan UPSR. Ayah wawa merupakan pegawai di JPN. Jadi ayah wawa aturkan supaya wawa dapat masuk ke kelas RK walaupun tidak layak.

Masatu buat pertama kalinya aku nampak ummi kecewa. Sebelum ni aku tak pernah nampak ummi kecewa.

Ummi cakap dekat aku tak kisah la kuat mana usaha kita, kita mesti kalah dengan orang yang ada kuasa kan L

Aku diam sahaja. Sedih tengok ummi dan kakak sedih. Aku tau ummi rasa yang ummi tak berdaya untuk tolong kakak sebab ummi bukan sapa-sapa. Hanya seorang suri rumah yang tak berpangkat.

Bermula dari haritu aku perasan kakak dah jadi lain. Kakak banyak diam, termenung dan tak happy macam dulu.

Kakak kerap buat salah. Soalan mudah pun kakak susah nak dapat jawapan betul.

Benda mudah pun kakak susah nak faham. Ummi hantar kakak tuisyen merata tapi pretasi kakak biasa-biasa sahaja. Tak cemerlang seperti dulu.

Pakcik kami seorang guru kaunseling dan pakcik cakap kemungkinan keyakinan diri kakak dah hilang. Jadi susah untuk kakak nak fokus belajar sebab kakak sentiasa fikir kakak bodoh.

Dulu kakak senang belajar sebab kakak yakin diri dia pandai sebab sentiasa dikelilingi orang-orang pandai.

Sekarang kakak sentiasa sedih dan tertekan sehingga kakak perlu menghadiri temujanji klinik psikiatri setiap bulan.

Hari berganti hari dan tahun berganti tahun dan tibalah masa untuk kakak ambil keputusan peperiksaan PMR.

Kakak berjaya dapat 6A 2B. Ummi dan walid happy tapi tidak kakak.

Untuk pengetahuan semua, semasa kakak berada di Tingakatan 2, kakak berazam untuk masuk ke sekolah asrama.

Jadi bila kakak dapat 6A 2B, agak susah bagi kakak untuk bersaing dengan murid-murid lain yang dapat 8A untuk masuk ke sekolah asrama.

Dan seperti apa yang kakak sangkakan, memang kakak tak diterima masuk ke mana-mana sekolah asrama. Kebanyakkan sekolah asrama hanya terima murid-murid yang dapat 8A dan 7A sahaja.

Persaingan zaman dulu sengit sebab ramai budak-budak pandai. Zaman sekarang susah nak cakap sebab tak ramai mak ayah yang tekankan kepentingan belajar.

Berbalik pada cerita, kami dapat tau wawa yang hanya dapat 5A dalam PMR berjaya diterima masuk ke sebuah sekolah asrama di Taiping, Perak.

Ayah wawa sekali lagi menggunakan kuasanya untuk dapatkan apa yang wawa nak.

Kakak macam mana? Kakak dah give up dan decide untuk sambung bersekolah di sekolah yang sama.

Tiada setitis air mata pun dari mata kakak yang jatuh. Sangkaan kami kakak dah redha. Rupanya kami salah.

Rupanya kakak bukan redha. Sebaliknya kakak sudah tak kisah. Kakak tak kisah pasal semua benda.

Kakak tak kisah pasal pelajaran. Kakak dah tak minat belajar. Kakak dah tak kisah pasal keluarga. Kakak dah taknak spend time dengan kami.

Dah paling kami takuti, kakak dah tak kisah pasal dosa dan pahala. Kakak dah terlalu kecewa dan tertekan sehingga dia memasuki fasa rebel.

Kakak nak buat semua benda yang dilarang. Kakak nak bebas.

Sifat buruk kakak bermula dengan perkenalan kakak dengan senior Tingkatan 5 kelas hujung bernama M.

M banyak mengajar kakak buat benda-benda tak baik. M ajar kakak merokok. M ajar kakak buka tudung. M ajar kakak dating. M ajar kakak sembang tak elok.

Ummi dan walid tak pernah pukul anak. Tapi lepas dapat tau apa yang kakak buat dengan M, berdas das tamparan kakak dapat.

Lepas habis sekolah sikap kakak jadi lagi teruk. SPM jangan cakap. Satu A pun takda. Ummi dan walid dah berusia jadi dah tak larat marah dan pukul anak.

Jadi makin galaklah kakak buat perangai. Kakak sangat jarang balik rumah. Kakak tak sambung belajar pun. Jadi kami tak tau kakak pergi mana.

Ummi dan walid jalankan hidup seperti biasa macam kakak tak wujud. Kami nampak okay tapi sebenarnya kami tak okay.

Kami rindu keluarga kami yang bahagia. Kami rindu keluarga kami yang tak berpecah. Kami rindu waktu dulu.

Tapi apakan daya. Takda apa yang kekal. Takdir memaksa kami terima cara hidup yang baru.

Kadang kala ada yang insan-insan yang sampaikan info mengenai kakak kepada aku.

Kakak pernah couple dengan awang hitam kaya dan kakak dimewahkan bak puteri. Patutlah kakak tak balik.

Kakak juga dikatakan pernah bekerja sebagai model majalah dewasa.

Dan info terbaru disampaikan pada aku adalah kakak sekarang tengah jadi penyondol rumahtangga orang.

Semua info yang diterima tak pernah aku sampaikan pada ummi dan walid. Biarlah mereka tak tahu daripada tahu.

Sekarang kami jalankan hidup berempat sahaja. Ummi, walid, abang dan aku. Aku dan abang dah bekerjaya.

Kami sedaya upaya berusaha bahagiakan ummi dan walid walaupun kami tau keluarga kami takkan sama macam dulu.

Lupa aku nak cerita, aku dan abang merupakan pelajar cemerlang. Jadi mungkin ini sedikit sebanyak memberi tekanan pada kakak.

Jadi apa khabar wawa? Wawa sihat? Wawa bahagia ke sekarang? Hati wawa tenang tak?

Kami dapat tau wawa baru berkahwin beberapa bulan lepas. Majlis besar di hotel. Seronoknya wawa.

Apa tujuan penulisan ni? Aku menulis bukan bertujuan untuk wawa dan ayahnya diambil tindakan. Aku cuma nak penulisan ni sampai kepada wawa dan ayahnya.

Sebab tindakan selfish yang anda ambil, anda dah rosakkan keluarga kami. Berdoalah perkara yang sama tak jadi pada keluarga anda.

Aku takkan marah orang yang guna cable kalau dorang layak. Yang jadi masalah bila kau tak layak tapi kau guna cara kotor untuk dapat apa yang kau nak. Kau ambil hak dan tempat orang lain.

Betul ke wawa punca kakak aku jadi macam tu? Entah. Mungkin ya mungkin tidak. Tapi dari dulu lagi aku tak boleh berhenti meletakkan semua kesalahan ke atas wawa.

Aku selalu bayangkan apa yang terjadi kalau wawa tak wujud. Mesti kakak dapat masuk kelas RK, dapat 8A dalam PMR, masuk sekolah asrama, cemerlang SPM, masuk universiti hebat dan dapat kerja yang bagus.

Tapi tu semua tak jadi sebab wawa.

Sampai sini sahaja penulisan aku harini. Nama sebenar wawa adalah sangat hampir dengan nama samaran yang aku berikan ni. Kalau wawa baca, berubahlah wawa. Ajak ayah sekali.

Buat kakak, kalau kakak baca, berubahlah kakak. Di luar sana ramai lagi orang yang hebat diuji tapi takda pulak sampai menyimpang jauh dari agama.

Semoga kita sama-sama dilindungi dari kejahatan di dunia. Terima kasih kerana membaca.

– L (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Ya Allah…sedihnya ….tapi nak ingatkan seperti mana petikan ni: “The best years of your life are the ones in which you decide your problems are your own. You do not blame them on your mother, the ecology, or the president. You realize that you control your own destiny.” – Albert Ellis

    Mohon jangan putus asa untuk berusaha selagi boleh dan mendoakan kakak agar kembali ke pangkuan keluarga dan ajaran Islam insya-Allah… pengakhiran kita masing2 belum tahu lagi, begitu juga kakak – letakkan sepenuh pengharapan kepada Allah yang Maha Mengetahui

  2. Maaf tt. bagi pendapat saya, parent awak gagal didik kakak awak. manjakan sangat dan layankan sgt perasaan dia. Sepatutnya tekankan konsep doa usaha tawakal kat kakak. Terangkan kat dia dari kecik, apa yg dia nak tak semuanya dapat. Belajar terima kekalahan dan ujian. Contohnya, Allah takdirkan dia dpt result bagus tapi tak beri dia masuk krk dan asrama. Dan budak wawa tu Allah takdirkn dia x dpt result bagus tpi Allah beri ayah yang berkuasa yg boleh tlg anak dia. Dan di sisi lain, ada anak yatim yg berjaya masuk asrama tapi xdek keluarga yg raikan kejayaan dia.

    Dalam dunia ni, keadilan bukanlah bermaksud semua orang akan dpt rezeki sama rata. Ada plus minus. Ada org rezeki dia lahir2 kaya 7 keturunan. X perlu susah payah tpi diuji dgn pasangan dan kerjaya.

    Apa yg boleh saya simpulkn dari cerita tt, korang mmg x pernah kena balun ke kalau merentan x dpt apa yg korang nak? Akk dulu dik, kena hanger dgn mak sbb persoalkan knp Allah tak bagi akk dpt 5A kenapa dpt 4A 1B. huhu. Mak akk direct ckp, Allah tu Tuhan. Kamu tu hamba ja. Syukur je apa yg Allah bagi. Allah tau apa yg terbaik untuk kamu. kamu dah doa, usaha dan resultnya itulah yg terbaik untuk kamu. Rasa menyesal merentan. Sedih dapat, sakit pun dapat. haha. Tapi Alhamdulillah, bila kita redho dan lapang dada serta x iri hati dengn rezeki orang lain meskipun dia pakai cable (huhu), kita akan dpt ganti yg lebih baik.

    For your sister, saya doakan moga luka dia sembuh dan kembali ke jalan yg lurus. Allahumma aamiin.

    • This. I have the same opinion tapi tak terkeluar nak menaip lol.

      TT belum tau agaknya berapa ramai yang berjaya graduate dengan cemerlang tapi masih menganggur. Ada tu yang bekerja sendiri buat bisnes, ada tu yang bekerja makan gaji tapi dalam bidang yang berlainan..

      Bila kita gagal sesuatu selepas kita berusaha, jangan letak kesalahan ke atas orang lain. Hermm oklah kalau sekadar 10% tapi 90% tu jadikan sebagai pembakar semangat untuk usaha lagi dengan jalan yang lain. Org tu cantas dengan cara tak berkat, pandai2 lah dia menjawab dengan Allah kat akhirat nanti. Kita ni teruskan usaha dengan cara yang Allah redha. Semua tu ujian yang Allah nak tengok kita boleh bersabar ke tak. Mungkin ramai yang dah fed-up dengar perkataan sabar ni tapi hakikatnya itulah yang Allah cakap. Kalau Allah tak balas kat dunia, Allah akan balas kesabaran kita tu di akhirat nanti.

    • Komen yg ni sy setuju sgt2..ketahui lah..tiap2 apa yg Allah dah takdirkan dlm kehidupan kita..itu lah yg terbaik sebenarnya..ambil lah hikmah walau benda tu xmengikuti apa yg kita inginkan..bersangka baik dgn Allah..perkara ni pn dah lama berlalu..bg sy..apa yg terjadi pd kkak awak..bkn sepenuhnya slh wawa n ayahnya..perjalanan hidup kita ni pasti Allah akan hadirkan org2 sebegini utk menguji kita..itu cuma asbab..sbb Allah nk mendidik hati kita bagaimana untuk menghadapi ujian dari Nya..bagaimana kita nk belajar erti redha..tawakal hanya semata2 krn Allah..tiap2 yg terjadi pasti gan izin Nya..perkara pn dah lama berlalu..kkak awak pn masih dlm kehidupan nya..yg jauh terpesong..tugas awak sbg adik dan fmly lain..jgn putus berdoa pd Allah..supaya kkak awak kembali diberikan hidayah..semoga kkak awak kembali semula ke pangkuan keluarga..Aamiinn..Aamiinn..Ya Rabbal Alamiinn..

  3. kenapa perlu salah kn wawa? sedangkn wawa tahu ke apa yang terjadi pada kakak awak?sepatutny ibubapa kamulh yg tegas dengan kakak,jgn ikut je permintaanny,bg nasihat yg betul..rasany dlm Hal kakak awak,wawa xth ap2..

  4. kenapa perlu salah kn wawa? sedangkn wawa tahu ke apa yang terjadi pada kakak awak?sepatutny ibubapa kamulh yg tegas dengan kakak,jgn ikut je permintaanny,bg nasihat yg betul..rasany dlm Hal kakak awak,wawa xth ap2..Percaya pads takdir Allah

  5. Ntah la.. tepuk dada dan pilih lah nak tunding salah siapa.

    Kakak mungkin dah biasa terpaling pandai dari sekolah rendah, selalu dipuji, tak pernah kalah. Sebab tu dia susah terima bila jadi mcm tu. Mak ayah patut nasihat or hantar kakak jumpa kaunselor bila dia dah mcm tu. Zaman remaja pulak tu.. mmg tambah serabut la emosi kakak tu.

    Aku dulu nak masuk mrsm jgk.. mak cik aku siap nak tolong guna kabel jgk. Tapi mak aku nasihat awal2. Kalau kita tak dapat tu mmg bukan rezeki kita la. Tak elok ambik hak org. Nnt belajar sana semua tak berat. Mcm mana? Aku time tu darjah 6. Somehow aku paham maksud mak aku. So aku stop. Mungkin sbb dah terbiasa nak apa2 kena usaha dulu bg dpt. Kalau tak dpt redha dan cuba lg.

    Wawa tu korang je nampak dia happy family. Bahagian dia dgn ayah dia ada jgk tu. Allah tu maha adil. Kita je tak nampak. Doa bnyk2 kakak tu pulang ke pangkal jalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *