Apa Lagi Yang Mak Aku Nak

Hi. Aku pernah confess dekat sini dulu, artikel tajuk Dilema Seorang Anak.

Harini aku rasa nak confess sebab aku dah tahap mental koyak rabak dah ni. Aku rasa kejap lagi aku terjun bangunan ke, aku telan panadol ke, tak boleh blah dah mental aku aku.

Pada confession yang lepas, aku confess macam mana aku nak puaskan hati mak aku, yang rasanya tak boleh nak dipuaskan dah.

Untuk confession ni, sekarang aku dah bergelar seorang isteri semula, setelah 7 tahun aku jadi single mom.

Aku dah cuba beberapa kali nak pindah keluar selepas aku bernikah. Tapi masih tak dibenarkan.

Sampaikan mak aku whatsapp suami aku, cakap kami ni anak menantu yang kurang ajar, sebab nak pindah keluar dari rumah dia, nak bawak cucu2 dia (anak2 aku) dan setelah lama dia jaga aku,

Suami aku dikira sebagai kurang ajar sebab nak bawak kami 3 beranak ni keluar.

Allahu… kau nak apa sebenarnya? Kau dera mental aku sepanjang aku duduk dengan kau dan tak benarkan aku keluar.

Now, suami aku duduk di tempat lain dan aku masih lagi kena balik rumah mak aku.

Setiap kali aku balik di situ dan aku minta izin untuk balik ke rumah suami aku, mulalah macam2 drama yang muncul.

Untuk kes aku harini, aku rasa mcm nak meraung sekuat hati dah.

Alkisahnya, selepas 2 minggu aku biarkan suami aku tidur sorang2… Aku pun minta izin dari mak aku untuk teman suami aku di rumah dia. Jarak dari rumah kami tak jauh pun, aku di kajang, dia di bangi.

Dan aku pun pergi selepas aku dah masakkan untuk anak aku makan, dah siapkan tempat tidur semua.

Anak2 aku dah besar, dah masuk remaja, dia masih lagi nak paksa aku tidur bersama2 dengan anak aku dalam satu bilik, di atas satu katil, di rumah dia.

Okaylah, aku pun minta izin dia untuk balik ke rumah suami aku, aku sampai rumah suami aku dalam jam 10 malam dan tiba2 anak bongsu aku call menangis2 bagitahu dia kena marah sebab tak susun buku dalam beg.

Walhal, sebelum tu aku dah tanya, dah kemas buku tak?

Anak2 aku keduanya bagitahu mereka akan kemas pagi esok, memang dah jadi rutin mereka.

Out of sudden bila anak aku yang paling berdikari call dan menangis2 sekuat hati bagitahu dia tak susun buku lagi dan harapkan aku susun, aku dah sense something is not right lah.

Maknanya, ada orang provoke dia untuk dia paksa aku balik… Semata2 nak kemas buku sekolah dia. Semata2 ye.

Aku dah tahu tu game siapa. Jadi, aku bagitahu anak2 aku, tak pe, esok boleh susun.

Then pagi ni, selalunya setiap 15hb bekas suami aku akan masukkan duit nafkah untuk anak2 aku. Jadi aku text la dia, aku cakap kalau dah masuk bagi tahu, sebab aku tak dapat notification apa2.

Tiba2 dia cakap, tak pelah, dia masukkan dalam akaun mak aku.

I was like, ehh, selama ni aku yang bayarkan semua benda dahulukan pakai duit aku dulu, dan of coz lah aku mengharapkan duit nafkah tu untuk bayar balik duit aku.

Dia bermatian2 tak nak masukkan dalam akaun aku dan dia cakap kalau tak boleh dalam akaun mak aku, dia akan bagi dalam akaun ayah aku.

Lagilah menguatkan jangkaan aku yang mesti mak ayah aku ni ada communicate dengan dia dan bagi no akaun. 

Take note ye pada confession lepas, mak aku jugak yang beriya bawak aku pi jumpa bomoh, nak ceraikan aku dengan suami aku 7 tahun lepas ye.

Okay back to story. Then, tiba2 bekas suami aku cakap…”U bukan jaga anak pun, malam2 u keluar, tinggalkan anak”… see, statement ni dah cukup kuat dah untuk aku agak apa yang jadi.

Aku pun cakaplah, “Okaylah, since u nak bank in direct dekat so-called penjaga tu kan, I akan stop bayar semua benda start from today. Kalau dorang nak apa2, minta direct dari u lah ye. I tak kan dahulukan sesen duit I”,

Dan mesej yang sama aku forward dekat mak aku, untuk dia alert yang sebarang advance payment lepas ni melibatkan cucu dia, bukan dari aku.

Sebab selama ni, setiap kali aku gaji je, aku terus bayar duit upah dia jaga budak RM600, aku bayar duit unifi, aku pecahkan duit belanja sekolah jadi seringgit2, seminggu RM100 untuk dua anak, dan duit2 lain.

Mak aku pulak, dia sesedap rasa bagi arahan suruh hantar anak2 aku ke kelas itu dan ini dan dia yang sign up tapi semua bill aku yang kena jelaskan.

Cuma untuk bulan ogos ni, aku masih belum dapat bayar duit elektrik rumah tu dan duit kami 3 beranak sewa bilik.

Itu yang buat dia hangin sampai kecoh ke keluarga mertua aku. Yang dia nampak, aku ada gaji, yang dia tak nampak, komitmen aku yang tinggi.

Aku dahla sambung belajar, mara tak keluar lagi, aku kena upfront semua duit aku dulu. Dan aku pun mestilah ada kereta, ada personal loan, credit card etc.

Semua benda aku kena bayar. Bila dia buat mcm ni, macam mana aku reimburse balik duit yang aku dah dahulukan untuk anak2 aku?

Padahal selama ni bila 15hb je, aku bernyawa lah sikit, ada balik bayaran tu. Dan aku pun marah la dia.

Aku cakap tak sepatutnya dia masuk campur urusan nafkah kami anak beranak. Semua kau nak kaut, agak2lah.

Ingat aku ni ape? Alasan dia, aku dah ada suami, boleh minta suami aku tolong.

Come on lah, aku jenis berdikari sendiri, tak reti nak mintak laki aku bayar semua tu. Berpada2 lah.

Then, seperti biasa…… Dia text la segala keburukan aku dkt keluarga mertua aku. Dah la sebelum ni dia jugak yang bagi macam2 voicenote dekat kakak ipar aku, burukkan anak dia sendiri…

Cerita balik kisah zaman aku muda dulu… Kisah 16 tahun dulu…. Kisah 10 tahun dulu, zaman sebelum aku bergelar isteri dulu2 dan zaman sebelum aku ada keluarga…. Sehina tu… Hina sangat anak dia yang sorang ni….

Sangat2 hina di mata dia, yang membuatkan aku terfikir somehow aku ni anak dari hasil zina sesiapa ke? Sampai sehina ni mak aku buat aku.

Ni suami aku dah nak bawak aku keluar dari rumah tu, dia keep on tak bagi aku bawak anak2 aku sekali. Keadaan takkan berubah selagi anak2 aku ada di situ.

Penatlah hidup dengan sumpahan ni, sumpah penat, anak2 tu, hak aku, walaupun tu cucu kau… itu hak aku, tolonglah jangan seksa aku hanya kerana kau tak nak berpisah dengan cucu kau.

Kau banyak lagi cucu, pergilah dekat yang lain…. Yelah, sebab kau jaga cucu lain tak dapat duit, jaga cucu yang ni dapat duit kan.

Walaupun mulut kau nafikan, tapi kenapa perlu rebut nafkah budak2 tu? Walaupun kau cakap duit tu untuk korang besarkan cucu2, selama ni aku bagi tak pernah putus.

Sampai terlebih2 siap duit pi bercuti lagi, apa lagi yang tak cukup? Selagi aku tak mati, tak dapat hibah, macam tu ke?

Aku dah mati, dah dapat hibah, baru cukup ke duit?

– Mental Rosak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *