Apa Masalah Aku Ni?

Pertama sekali, jika confession ini disiarkan aku ingin ucapkan ribuan terima kasih. Tulisan ini dibuat adalah untuk mendapatkan kata-kata semangat dari pembaca dan juga solusi untuk masalah aku ini.

Sedikit intro aku berumur lewat 30an. Graduted dari IPT. Aku happy go lucky suka senyum bila berjumpa dengan orang. Berkerja di ibu negara dan single.

Aku bukan tiada kawan baik atau adik beradik yang aku boleh bercerita dengan mereka tentang masalah aku. Tapi aku malu jika mereka tahu masalah aku.

Aku sebenarnya tidak tahu apa masalah diri aku sampai aku malas berusaha dalam hidup. Dibawah ini aku senaraikan to do list dalam hidup aku .Tapi aku tiada usaha kearah itu.

1. Selesaikan hutang RM 62k

-PL:RM 43

-PL: RM 13

-CC: RM5k

Hutang ini dibuat adalah untuk bantu keluarga dan juga masalah boros aku juga.

Gaji bersih aku RM 3300. Komitmen bayaran bulanan adalah:

Bagi Mak RM600

Sewa RM400

PL 1: RM770

PL 2: RM370

CC: RM300

Insurance :RM400 (hibah untuk mak + medical card )

Duit makan RM300

Minyak kereta RM200

Top up tel RM40

Jika total semua perbelanjaan akan tidak cukup dan aku terpaksa guna cc. Dan end up aku akan tambah buat personal loan lagi.

Aku sedih diusia begini tiada rumah sendiri dan kereta baru. Simpanan memang tiada.

Aku cuba untuk jadi affiliate tapi hanya buat separuh jalan sahaja. Sebab aku cepat putus asa dan malas berusaha. Aku sudah cari kata-kata semangat tapi hanya sia2 sahja.

2. Masalah berat badan. Berat sudah mencecah 100kg. Tetapi tiada usaha untuk turunkan berat. Dulu berat aku 60kg sahaja. Weekend tidur sahaja dan makan memang tak jaga. Diet asyik tangguh sahaja.

3. Jodoh. Aku rasa disebabkan masalah berat badan aku ini tiada orang yang berkenan dekat aku. Aku pernah berusaha cari jodoh tetapi tidak pernah berhasil.

Dua tahun lepas aku ada tekanan ditempatkan kerja sampai balik kerja aku akan masuk bilik dan hanya scroll media sosial sampai pkul 2 3 pagi. Dan esok paginya aku akan bangun dan pergi kerja macam biasa.

Weekend mostly aku akan tidur dan main phone sahaja. Tidak buat apa melainkan basuh baju & mandi. Masa ni ak sangat stress sampai ak pernah terfikir untuk tamatkan riwayat sendiri.

Alhamdulillah awal tahun ini aku dapat kerja baru dan kerja aku sekarang sangat ok dan tiada tekanan. Tetapi aku masih lagi dengan tabiat suka scroll media sosial dan malas berusaha. Aku selalu bertangguh untuk buat perubahan.

Tetapi kerja dipejabat aku sangat cekap. Probation 3 bulan, 1 bulan kerja boss sudah confrimed.

Please advice aku untuk buat apa bagi keluar dari belenggu kemalasan ini.

Terima kasih in advance.

– Umairah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. First, keluar beriadah. Brisk walk. Ambik angin luar. Jaga makan. Then baru benda positive lain akan dtg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *