Terlebih dahulu saya mintak maaf jika ada yang terasa dengan confession saya ini. Sejujurnya saya tulis ini khas untuk staf yang bermasalah. Bukan semua. Saya ucapkan terima kasih bagi staf yang menjalankan kerja mereka dengan baik dan amanah. Tetapi sudah pasti staf yang baik dan amanah ni kenal rakan sekerja yang sangat bermasalah dan anggap kami ni seperti lalat yang dengar bunyi je dah rasa menyampah.
Bermula tahun 2014, itulah kali pertama aku menjejakkan kaki di alam Universiti. Setelah melalui program orientasi yang bagi aku hanya membuang masa, aku mula terkial-kial dengan kehidupan universiti yang bergantung sepenuhnya kepada diri sendiri. Dekat U ini tiada mak, tiada ayah, dan tiada kawan rapat yang bersama-sama daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Jadi disni, aku perlu membuat kawan baru dan sebolehnya aku berbaik-baik dengan semua orang.
Hendak dijadikan cerita, sewaktu pertengahan semester kad matrik aku hilang kerana beg aku hilang di surau. Tiada apa yang berharga yang hilang kecuali buku rujukan thermodynamics (mahal woi buku ni). Yang lain cuma kertas nota, kertas conteng, telefon bimbit yang murah (Samsung E1200 yang skrin hitam putih macam nokia 3310 dan ada tochlight), dan kad matrik aku. Telefon smartphone sentiasa dalam poket dan handphone samsung tu adalah handphone backup sebab handphone smartphone ni cepat habis bateri.
Salah aku juga kerana meletakkan di belakang surau di sebelah pintu dan sembahyang di depan sekali. Dan aku husnuzon yang orang tu tersalah ambil. Dalam tu bukan ada apa pun. Jual balik Samsung E1200 tu pun cuma dapat RM50. Buku thermo tu pun dah berconteng sana sini dan ada nama aku siap nombor telefon jika terjumpa buku ini. Beg aku tu pun beg free daripada beli laptop. Kawan aku kata orang yang ambil beg aku tu syak dalam beg aku tu ada laptop sebab aku suka bawak “batu” dalam beg.
Jadi keesokan harinya aku naik bas Universiti yang percuma (perlu tunjuk kad matrik sahaja) seperti biasa. Pemandu bas tu tanya mana kad matrik aku? Aku faham yang pemandu tu cuma jalankan kerja dia sahaja kerana dia diarah untuk membenarkan individu yang mempunyai kad matrik sahaja menaiki bas itu. Aku beritahu tentang kehilangan kad matrik aku. Tetapi aku terkejut kerana aku diperli sehingga semua orang di dalam bas itu mendengarnya. Ayat perli itu menjatuhkan maruah aku dan menyakitkan hati. Ayatnya lebih kurang begini, “Pelir hang ada tak? Dah masuk Universiti pun bodoh lagi. Tak ada kad matrik tak boleh naik”.
Aku marah sangat ketika itu. Lebih-lebih lagi majoriti yang menaiki bas itu adalah perempuan dan lelaki boleh dibilang dengan jari. Jiwa rebelis aku menyuruh aku maki balik pemandu bas tu. Tetapi aku memilih untuk turun dengan diam dan menaiki bas berbayar sahaja daripada membesarkan hal yang kecik dan menanggung malu jika terus berada dalam bas itu pada pagi itu.
Kejadian yang lain pula sewaktu aku berurusan dengan staf sokongan di pejabat fakulti. Aku membunyikan loceng di kaunter kerana tiada orang di sana. Aku cuma tekan sekali dan menunggu tempoh yang agak lama. Di bahagian dalam aku ada nampak staff yang sedang mendengar sambil tergelak-gelak mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus sambil stapler kertas sana sini. Di sebelah sana pula aku nampak staff yang sibuk dengan telefon. Di bahagian lain pula meja kosong dan tiada orang. Setelah itu barulah aku menekan loceng dua kali, tetapi aku dimarahi serta merta.
“Nak tekan loceng berapa kali?” Aku jawab kembali yang tiada orang muncul pada loceng pertama.
“Sabar boleh tak?”.
Selepas aku menyatakan masalah aku, dia jawab balik, “Laa. Benda ni bukan tanya kat sini, tanya dekat bahagian-bahagian ni. Tak reti tengok ni pejabat xx , bukan penjabat yy. Dah masuk universiti pun tak pandai-pandai lagi”.
For god sake. Pensyarah yang suruh aku tanya mereka berkenaan sistem yang bermasalah! Aku baru sebulan dua masuk U. Manalah aku tahu selok belok nak tanya kat mana. Cakap baik-baik tak boleh ke?
Pernah jugak aku follow up satu urusan ni, aku pula yang kena marah. “Nak cepat buat sendiri!”
Kena lagi! Kalau aku boleh buat sendiri dah lama aku buat tanpa susahkan orang lain.
Sewaktu semester ke tiga, aku bergiat aktif dalam persatuan dan kami mahu buat program. Setelah siap kertas kerja kami hantar ke pejabat. Tetapi setelah satu bulan tanpa maklum balas, aku datang dan bertanya tentang status kertas kerja kami. Seperti biasa, aku dah lali tengok staff layan video ceramah agama waktu bekerja. Yang belah sana berborak pasal nak besarkan perniagaan nak sorang lagi sembang tentang cari modal berniaga sebab nak pencen dah. Staff kewangan pula aku nampak tengah duduk di sofa sambil menelefon seseorang. Setelah orang kaunter mamanggil staf berkenaan. Aku dimaklumkan yang fakulti masih belum bermesyuarat. Jadi aku tanyakan kembali, bilakah mesyuarat yang terdekat? Well, as expected, aku dimarahi.
“Suka hati kamilah nak buat mesyuarat ke tidak”. Katanya.
Waktu tu aku sangat marah dan aku secara tak sengaja terlepas cakap, “aduh, takkan makan gaji buta kot”.
Bom. Bukan satu, tetapi tiga staff lain yang mendengar terus menyerang aku waktu itu juga.
“Awak jangan kurang ajar ya. Baru masuk universiti dah naik kepala. ”
“Awak tu pelajar je, kami ni staff, hormat kami.”
“Siapa nama awak? Mana kad matrik? Saya lapor salah laku awak ni dekat pejabat dekan nanti”.
Siot! Tak pasal-pasal aku dipanggil oleh pensyarah yang berjawatan di fakulti aku. Mungkin kes aku ni kecil dan dia yang ambil alih. Ingatkan kes ni bawak ke dekan. Tetapi nasib baiklah yang pensyarah ni baik dan suruh explain apa yang terjadi. Katanya dia dah dengar cerita daripada staf, sekarang dia nak dengar cerita daripada pihak aku. Aku ceritakan dari A to Z kejadian sebenarnya. Siap aku complain lagi yang mereka tak efisyen dan lambat buat kerja. Aku ungkit pasal hal-hal lain yang sepatutnya boleh siap dalam masa beberapa jam tetapi ambil tempoh dua minggu.
Dia cuma boleh cakap “biasalah tu mereka buat kerja lambat”. Dia nasihat jangan cakap apa-apa kalau rasa marah dengan mereka. Jadi dia kata kes ini cuma salah faham dan secara officialnya saya diberi amaran tidak bertulis. Jadi tiada dalam rekod tataterbit dan disiplin. Macam siot sebenarnya sebab kes kecik ni boleh jadi besar macam ni.
Rakan kelas aku pernah dimarahi teruk sebab salah pulangkan buku di perpustakaan. Ayat perli keramat “Dah masuk Universiti pun bodoh”. Ada kejadian lain yang berlaku di depan mata aku di dalam bas. Aku tak tahu apa salah pelajar tu, tetapi pemandu bas tu perli pelajar tu dengan perkataan “Nama je budak Universiti, tetapi bodoh”.
Aku dengar macam-macam kes buruk tentang staf sokongan fakulti yang sentiasa condemn dan perli student. Lagi-lagi yang jenis setahun dua lagi nak pencen. Apa masalah mereka sebenarnya ni? Adakah sebab senior-senior kami buat taik, kami yang menerima tempias? Atau mereka sebenarnya memang bermasalah? Dengar ceramah agama memangjang, tetapi perangai macam orang tak ada agama. Kerja dah la lambat. Kalau tak nak buat kerja tu berhenti sahajalah. Beratus orang lain yang tak ada kerja dan nak kerja tu.
Ada senior cerita pada aku. Dia cerita tentang staf di fakulti dia yang lambat buat kerja sehingga ambil tempoh 2 bulan. Tetapi senior ni yang kena marah sewaktu follow up dan dokumen dia dilempar ke tong sampah . Lepas tu pelajar tu buat laporan terus ke pejabat dekan dan staf tu kena. Lepas tu bukan main baik dengan student.
Aku menulis semua ini kerana hal yang baru berlaku beberapa minggu lepas. Geram. Aku tak boleh cerita detail kerana pasti staff itu akan membaca dan dia akan tahu siapa yang menulis ini. Tetapi dokumen penting untuk pengajian aku mereka hilangkan. Sudah tentu aku marah sebab dokumen itu adalah hasil kerja selama 1 tahun 3 bulan. Esoknya dokumen itu dijumpai kembali. As expected, aku kena perli lagi. Kata aku tak sabar, menggelabah, dan gopoh gapah. Siap dia bangga cerita student lain yang dokumen hilang sebulan tak ada menggelabah macam aku. Serius aku menyirap, tetapi aku diamkan sahaja sebab teringat kes lama. Walaupun bukan aku yang mulakan, tetapi aku tetap salah.
Sebenarnya aku ada banyak benda nak cerita lagi tentang masalah yang aku dapat daripada staff sokongan secara peribadi dan yang berlaku kepada rakan.
Korang yang sedang belajar dan sudah graduasi pasti jumpa ramai staf yang seperti ada masalah dengan pelajar kan? Macam alergic gila dengan pelajar. Aku ingatkan fakulti aku je macam ni, rupanya fakulti lain pun sama juga. U lain pun sama jugak rupanya.
Kawan aku pernah cakap, staff sokongan ni sepatutnya melicinkan dan melancarkan hal-hal akademik. Tetapi kalau mereka ni menyusahkan daripada membantu, baik bubarkan/tukar sahaja.
Suruh kami respect mereka, sedangkan mereka tak pernah respect kami. Pandang kami ni seperti budak hingusan yang suka buat masalah. Kalau benda boleh kami buat sendiri, dah lama kami buat tanpa nak hadap muka korang yang menyakitkan hati.
For sure lepas ni ada je staf sokongan akan tengadah dan terasa. Kalau anda bukan yang saya complain, janganlah terasa ya. Kami nak komplen rakan sekerja anda yang teruk tu je.
– Budak Tengah Belajar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit