Hi saya dah lama tak tulis confession di sini sebab dah grad. Tapi sini lah tempat hilangkan stress hehehe. Sekarang ni stress saya punya dari ayah kandung dan ibu tiri.
Cerita macam ni, waktu saya kecik dulu saya anak sorang ja lepastu ayah bercerai sebab dia ada girlfriend muda. Dia tinggalkan mak saya. Lepastu dia kawin dengan girlfriend dia tu tapi dia tak bagi mak saya jaga saya.
Girlfriend dia tu aka mak tiri saya, memang sama macam cerita sinetron tu. Dia suka laga-lagakan family dan dera saya.
Family mak tiri saya selalu datang rumah time saya kena dera, diaorang akan tolong cover. Time tu kecik lagi tak tau apa-apa.
Saya dah cuba banyak kali nak bagitau org dewasa tapi mak tiri saya cakap saya buas sebab tu jatuh situ jatuh sini.
Ayah saya pun nampak lebam tu semua, saya dah bagitau isteri dia buat tapi dia percaya mak tiri saya lah takkan nak percaya saya.
Mak tiri saya cakap dia buat tu semua sebab nak saya berjaya. Hidup masa tu pun umpama hidup ja. Malam menangis, esok kena lagi.
Lepastu Alhamdulillah ayah saya tu tiba-tiba financially tak stable. Time tu dia ada 4 orang anak dengan mak tiri saya tu (tiap-tiap tahun beranak ha) jadi dia tak boleh nak jaga saya. Terpaksa dia bagi dekat mak.
Masa duduk dengan mak semua benda terjaga dan saya diberi ruang nak buat apa dengan hidup saya dan buat keputusan sendiri. Jadi diri sendiri tak perlu takut.
Masa tu saya mula rasa seronok belajar. Dulu sekolah adalah tempat saya rehat dari didera.
Lepas bagi dekat mak, masa tu ayah kandung dengan mak tiri lepas tangan terus, nafkah tak pernah bagi, ambil tahu pun tak.
Tiba-tiba dapat berita saya dapat masuk University, mereka ntahlah tak suka ka apa, suruh saya balik duduk dengan mereka dan apply kolej komuniti dekat dengan rumah mereka.
Time tu silap lah, saya dah 18 tahun dah tak boleh dimanipulasi lagi. Takkan nak lepaskan peluang pergi University time tu.
Lepastu time belajar di University 5 tahun tu langsung tak tanya khabar, bagi duit pun tak bagi (tak kisah dah sebab tak nak rasa berhutang bila besar).
Lepastu mula kerja saya dapat kerja di satu company di KL. Lepastu mula balik episode mencari saya. Tapi cari bukan nak minta maaf sebab abaikan saya dan dera saya.
Tapi bila call ja marah-marah dan menjerit. Apa salah saya? Salah ka saya teruskan hidup dan ingin berjaya?
Sekarang ni mereka ganggu saya sangat kerap. Disebabkan apa yang saya lalui semasa membesar, saya ada depression dan anxiety attack.
Bertambah teruk anxiety saya tu bila saya sedar kalau saya nampak mereka cuba call saya, saya akan mula rasa sesak dada.
Pernah juga ke emergency hospital lepas angkat telefon tu, saya sesak dada sampai pitam. Jadi saya ambil keputusan untuk jadi lebih baik dan lebih functioning, tak nak salahkan diri saya. Saya pun blocked mereka berdua dari hidup.
Tapi sekarang mereka mula gunakan makcik pakcik dan adik beradik lain di sebelah ibu untuk kacau keluarga saya. Mereka cakap saya tak akan boleh kawin dan akan cari mereka balik nanti sebab isu wali.
Memang lah sekarang ni memang rasa macam tak nak kawin dan enjoy life. Tapi kalau suatu hari nanti macam mana?
Memang kena cari mereka lagi ka? Saya boleh tak mintak wali hakim bagi situasi saya ni?
Apa saya perlu buat untuk prepare dari awal kalau nak apply wali hakim. Document apa diperlukan. Mereka tak habis ugut pasal wali ni. Cari saya semula pun saya tak tau kenapa.
Saya terlampau sakit menanggung semua ni dan nak hadap mereka semula. Kenapa saya perlu melutut dkt mereka untuk bagi saya kawin.
Saya ni tiada hak langsung ka sebagai manusia untuk buang mereka yang menyakiti saya sepanjang hidup saya, dan cuba untuk bahagia?
Ada tak mana-mana lawyer Syariah yang boleh membantu saya dalam hal ni. Atau sesiapa yang tau apa saya perlu buat. Dah buntu sangat sampai fikir jadi anak dara tua ja lah.
Tolong sangat-sangat kalau ada yang pernah melalui situasi seperti saya, share di ruangan comment. Terima kasih semua.
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit