Apa Nak Buat Kalau Suami Curang?

Assalamualaykum W.B.T. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan bukan perbalahan, umpat-keji, dan caci-maki.

Suami saya juga pernah curang, tapi kerana disihir si penyondol yang merupakan seorang doktor kontrak. Dah 30 something, tapi belum berkahwin. Yang rasa pelik kenapa under contract walau dah 30 lebih tu, jawapannya adalah kerana dia ambil degree Medic lambat.

Penjual produk sabar dulu. Anda tak boleh guna tagline “nanti suami lari” sebab dia tak lawa pun, both face and body. Lagi tak lawa dari Raihan PPK tu.

Jadi, mohon jangan hina para isteri setia yang dicurangi ya. Memanglah kena jaga diri. Tapi lawa tak lawa bukan faktor utama. Yang lawa macam Amira tu pun kena.

Tapi saya bukan nak cerita ujian yang merupakan ‘blessing in disguise’ saya tu. Alhamdulillah, kami sekeluarga bahagia semula setelah itu.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud,

“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir).

Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”.

Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya.

Dan mereka itu (ahli sihir) TIDAK MEMBERI MUDHARAT DENGAN SIHIRNYA KEPADA SEORANGPUN, KECUALI DENGAN IZIN ALLAH.

Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat.

Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.”

Ayat ni pun Allah SWT yang ‘perlihatkan’. Sebelum tu saya belum betul-betul yakin lagi suami saya disihir. Harut dan Marut serta asal-usul sihir pun baru saya tahu lepas baca ayat ni. Huhu..

Ini beberapa perkara yang ingin saya kongsi:

1. Jangan buat keputusan ketika marah.

2. Jangan buka media sosial ketika marah. Apatah lagi menulis di media sosial utk melempiaskan marah.

3. This one sentence has helped and soothed me a while ago, like a little light when I was in total darkness; I followed the light and found a way out (from the suffocating and excruciating darkness). I hope it will do the same to whomever need it.

The sentence was, “Allah sentiasa bersama orang2 yang benar”. These words actually came from my dear husband’s HOD.

Ayat yang ‘simple’, dan biasa didengar, tetapi sangat besar maknanya. Bayangkan kita tengah bermasalah, kita rasa seorang diri, tapi seorang raja kata kat kita, “No worries, dear. I’m with you”. Itu raja. Ini bukan setakat raja.

Allah itu, raja segala raja. Maha segalanya. Maha Agung, Maha kuasa, Maha bijaksana, Maha mengetahui. Yang cipta semuanya. Yang mematikan yang hidup, dan menghidupkan yang mati. Allah kata, Aku bersama-sama orang yang benar.

Jadi, tindakan/reaksi kita atas ujian juga harus yang benar. I know in excruciating pain, it is difficult to make a wise decision. The invisible pain is totally different from the physical pain.

But always remember, it WILL PASS. And there will be rainbow after the rain. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Insyirah, ayat 5-8 yang bermaksud:

5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Mungkin kita dah ada basic knowledge tentang apa yang benar. Tapi kadang-kadang, dengan emosi begitu, kita nampak satu jalan sahaja.

Hakikatnya, memang ada satu jalan sahaja. Tapi jalannya bukanlah dengan melantik netizen menjadi hakim. Dan mereka tak jadi hakim dan selesaikan masalah pun. Kebanyakan daripada mereka malangnya hanya menambah dosa.

Paling senang, minta pada Allah, apakah jalan yang benar? Paling senang, tapi rasa susah sebab ada syaitan. Diorang tak suka nanti darjat kita ditingkatkan. Lawan. Lawan, jangan buat benda lain. Minta pada Allah sahaja. Mula-mula buat tu dulu.

Kalau rasa tak kuat, minta pada Allah utk beri kekuatan dulu. Jangan awal-awal dah pasang niat nak bagitahu satu dunia. Itu tidak menyelesaikan masalah. I totally understand the temptation. I wasn’t in the same shoe, but I was there.

Kita rasa nak semua orang tahu kejahatan betina tiada maruah, hipokrit, lidah bercabang yang menyakiti kita dan keluarga kita tu. Kita nak siat-siat kulit dia dan simbah asid.

Rasa nak pergi serang kat hospital tikam-tikam dia biar semua orang tahu. The pain she gave us was unfathomable. Tapi apa yang akan saya dapat bila buat begitu? Rumah tangga saya selamatkah? Atau runtuh?

Ternyata, memang itu yang penyondol tu mahukan. Rumah tangga yang roboh. Tapi dia nak supaya orang nampak macam dia tak ada kaitan. Dia tak bersalah.

Dia innocent, husband saya je yang tergila-gilakan dia (as she always potrays herself to be, even to me.

Punyalah licik si hipokrit ni, dia siap cakap, “saya pun tak tahu nak cakap macam mana dah dengan suami puan..” haa… siap panggil puan, kau. OMG padahal sebenarnya dok menggeletis dengan laki orang…. dok mesej gedik-gedik rasa nak bagi penampar.

Allah tunjuk ya dan saya simpan semua screenshot tak tahu malu acah-acah bodoh, acah-acah innocent tapi sebenarnya menggoda suami orang tu. Kantoi whatsapp, tukar SMS. Kantoi SMS, pakai fb pulak.

Kantoi FB, pakai telegram pulak. Tapi tak sempat cakap banyak, kantoi lagi. Lastly, pakai IG bermesejnya. IG ni lambat kantoi tapi dah Allah nak tunjuk, kita tak cari pun, berduyun-duyun bukti jatuh ke riba. Keluar berdating tak payah cakap. Ah malas cerita. Sakit hatiku).

Dia nak orang nampak bukan dia penyebabnya, tapi rumah tangga kami yang bermasalah, sampai akhirnya ia runtuh.

Lepas tu suami saya tergila-gilakan dia, baru dia terima. Sedangkan hakikatnya tidak begitu. Tu yang dia bagi makan benda syirik tu buat laki kita miserable asyik teringat dia.

Husband saya cakap (dia cerita lepas benda tu keluar) kalau tak duduk dekat penyondol tu, rasa serabut sangat. Tak happy. Memang pun. Dari luaran pun memang nampak macam tu. Itulah starting kantoinya pun.

Sepanjang itu, saya berusaha, tapi dengan hanya menyandarkan pada diri sendiri. Saya tak tahu lagi suami saya kena sihir (atcually ada tanda2 dia tapi sebab tak pernah tahu, tak syak pun. Lagipun sondoler tu doktor. Mana nak sangka buat benda konyol macam ni).

Cuma tahu dia suka seorang minah di tempat kerja yang anehnya, kurang jelita.

Saya confront penyondol (melalui mesej) dari cara baik (send artikel tentang menjaga ikhtilat dan hadith tentang merosakkan rumah tangga orang sahaja), sampailah saya mesej perli-perli sebab tak makan saman jugak.

Macam-macamlah saya buat sampai make-up dalam rumah. Tah apa-apa. Jenuh tau nak ambil wudhuk.

Suami saya asyik cakap, “bukan awak, bukan awak. Awak tak ada salah apa” tapi still dok serupa orang gila talak dengan minah fake tu. Bagi tazkirah pun dah. Gaduh tak payah cakap.

Sampai dah makin teruk, suami saya pun dah keluar rumah tinggalkan kami, akhirnya alhamdulillah Allah SWT beri hidayah pada saya. Dalam kaki lembik longlai tu saya literally merangkak pergi toilet. Ambil wudhuk dan solat sunat.

Mengongoi-ngongoi saya minta pada Allah. Kemudian, saya baca Al-Quran. Bermulalah episod saya mengongoi-ngongoi dengan suara desperate merayu pada Allah. Lepas tu Allah SWT tunjuk ayat ni,

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً ۚإِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (QS. Al-A’raf: 55)

Alamak.

Saya pun ikut. Saya berdoa dengan penuh harapan, rendah diri, slow-slow. Nangis berjurai air mata of course lah. Tapi tak adalah mengongoi dah.

Kebetulan dengar pula di IKIM.FM adab dan cara berdoa lebih kurang begini: Mula-mula memuji Allah, selawat, dan doa dengan asmaul husna (nama-namaNya yang baik).

Saya kongsi apa yang saya ingat saya buat:

-Sebanyak mana air mata kita mengalir, banyak tu kita baca Al-fatihah sambil hayati maksudnya:

(1) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

(3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

(5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah DAN KEPADA ENGKAULAH SAHAJA KAMI MEMOHON PERTOLONGAN.

(6) TUNJUKILAH KAMI JALAN YANG LURUS.

(Ayat ni saya ulang-ulang banyak kali dengan penuh harapan dan rendah diri.

Saya juga selalu mohon tunjukkan kebenaran sebab saya pun tak faham, apa benda yang jadi ni? Kenapa suami saya jadi macam ni? Jadi liat sangat macam tak boleh fikir kenapa? Dalam kepala dia macam ada penyondol tu je.

Orang suruh cerai taknak. Kata still sayang, tapi kepala macam kat penyondol tu je. Tak faham. Saya pun naik pening asyik kena tipu dengan dua ekor tu. Eh, seekor dan seorang.)

(7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

-Berdoalah dengan nama-namaNya yang mulia. Panggillah, ya Rahman, ya Rahim, ya Samad, ya zaljalaliwalikram, ya rabbal ‘alamiin, dll dengan menghayati maksudnya.

-Istighfar sebanyak-banyaknya mohon ampun dan selalu berdoa dengan doa nabi Yunus:

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya, “Tidak ada Tuhan (yang dapat menolong) selain Engkau (Ya Allah!), Maha Suci Engkau. Sungguhnya, aku termasuk dalam orang-orang yang menganiaya diri sendiri”

InsyaAllah, Allah turunkan pertolongan. Melalui apa sahaja. Melalui ayat-ayat Quran yang dibaca, melalui manusia-manusia baik, even media sosial.

Allah SWT beri ilham dan tunjukkan jalan. Bukan pada kita sahaja, tapi pada orang lain untuk membantu kita. It felt like I was literally guided.

Kena pimpin. Cantik sangat susun aturnya. Sampailah selesai alhamdulillah. Benda tu dah dikeluarkan pun dari perut suami saya. Dia bagi melalui makanan. Kami pun dah pindah dari situ.

What are the odds that when you felt like you’re in a very deep pit, with no strength left, kamu terjelepok lesu di tepi dinding setelah semua usaha kamu gagal, this particular ayah

(“Dan janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih, padahal kamulah orang yang tinggi (darjatnya), jika kamu benar-benar orang beriman.” (Surah Ali-Imran, ayat 139)) ‘shows itself’ in front of you at that very particular time?

Ini baru satu dan contoh yang terlalu sedikit. Banyak lagi kebetulan yang terlalu kebetulan. Panjang sangat kalau nak cerita semua.

You experienced miracle and thus your faith strengthen. Finally, at the end of that particular test, you’ll end up being more grateful, loving Him more, longing for Him more.

Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh ajaib dalam urusan orang Mukmin. Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang Mukmin.

Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya.” (Riwayat Muslim)

Untuk para isteri, jangan jadi macam saya. Sebelum diuji, saya cuma doakan rezeki yang banyak dan halal je untuk suami.

Tak doakan sekali soleh, syurga, tergolong dalam kalangan hambaNya yang disayangiNya, bersyukur, dll. Lepas tu baru saya insaf dan masukkan dia sekali dalam doa-doa saya.

Untuk para netizen, kalau tak boleh kata yang baik-baik, hanya boleh maki, caci, sumpah, seranah, perli, troll dan mempersenda ujian orang lain, lebih baik tahan dulu jari tu ya sayang.

Lebih baik doakan keluarga kita, dan jika marah dan prihatin dengan nasib orang tu, doakan juga mereka.

Kita pun tak berdosa, tak tingkatkan risiko muflis di akhirat kelak, malah dapat pahala dan malaikat pun doakan kita juga sepertimana kita doakan orang tersebut. Allah pula makbulkan, ha, masalah dia pun selesai, biar apa pun endingnya. Win-win situation. Syaitan je yang lose.

Untuk para sondolers yang tega menjatuhkan maruah sendiri, apatah lagi yang sampai sanggup menduakan Tuhan yang maha Agung, saya tidak ada apa2 nasihat utk anda.

Disclaimer:

-Kes saya ni tak melibatkan sampai tidur-tiduran, bersenggama berkondom bagai. Lelaki tu kan, kawan junior husband saya. Junior tu cakap budak tu baik. Ish entahlah apa sebenarnya yang terjadi. Semoga dipermudahkan semuanya…

– F (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *