Apa Nak Buat Setelah Dicurangi Suami

Waktu sekarang adalah 3.42 pagi. Kepala aku ligat berpusing lagi memikirkan macam-macam. Nak buat confession pasal suami, orang cakap buka aib. Tapi kalau cerita kat member, memang betul-betul buka aib dah tu. Tujuan aku murni je, dengan harapan perempuan luar sana dapat cari kekuatan jika ada masalah rumahtangga.

Tapi i am going to keep it short and simple untuk sampaikan mesej aku. Untuk pengetahuan semua, aku dan suami dah berkahwin lebih kurang 2 tahun plus. Takde anak. Dua2 bekerja bidang professional. Income isi rumah 6k+ & duduk dibandar. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Suami berasal dari kampung, aku memang budak bandar sejati. Aku memang dibesarkan dalam keadaan selesa. Tak terlalu kaya, tapi bukan orang susah. Berbeza dengan suami yang memang bukan orang senang. Nak dipendekkan cerita, kami ni memang berbeza serba serbi, bagaikan bumi dengan pluto. Aku terima untuk kahwin dengan dia atas sebab yang terlalu panjang untuk aku explain dekat sini. Nak kena tulis satu lagi confession baru haha. Mungkin juga Allah dah tuliskan ini lah jodoh aku.

Sepanjang perkahwinan yg singkat ini, aku banyak berkorban duit aku untuk bermacam-macam event. Contohnya waktu masuk rumah, waktu suami nak belikan hadiah dekat mak mentua aku, waktu nak travel ke luar negara. Sampaikan duit yang sepatutnya jadi duit hantaran aku, aku halalkan untuk suami aku amik dan bayar untuk kenduri belah suami. Sebab kami mula bekerja lepas degree dan ada masa dalam masa setahun je sebelum majlis kahwin. Suami pulak memang start savings daripada zero, jadi aku takde expectations utk duit hantaran tu. Maybe disebabkan hal ini, Allah murahkan rezeki aku bab2 duit. Memang betul hati aku lapang bab-bab duit dengan suami ni. Sampaikan satu masa, gaji aku plus gaji dia pastu split dua dalam segala komitmen kami. Betul2 memahami habis dah lah aku ni haha.

Tapi terjadinya satu incident yg memberi kesan cukup mendalam untuk mengajar aku macam-macam. Sewaktu aku sibuk bekerja outstation, aku tangkap suami aku bermesej dengan ex dia zaman sekolah. Memang aku mengamuk bagaikan nak runtuh rumah walaupun cuma mesej aje. Aku nak cerai, tu je dalam fikiran aku. Tapi suami minta maaf dan minta peluang kedua. After much thinking & solat, aku beri peluang kedua tapi bersyarat. Aku tak nak tanggung dia dah, tanggungjawab dia yg bab rumah & makan minum tu dia tanggung. Lepas buat mcm tu, memang gaji dia tinggal sikit je utk savings sikit dan belanja. Baru dia mengerti kemampuan dia tanpa aku support dia. Aku pun cakap camni, “clearly abang memang tak mampu utk beristeri dua mahupun berscandal dgn balance gaji banyak ni. Kalau nak jugak buat hal, pegi la. Semoga Allah sempitkan rezeki abg sebagai balasan.” Suami tersenyum je, aku rasa dia teringat masa aku terbalikkan rumah macam puting beliung semasa dia ditangkap curang tu. Mungkin dia tengah menyesal. Kahkahkah padan muka.

Setelah kejadian tu, aku positif je la walaupun ada masa hati bagai dicarik2. Hati suami aku, Allah pegang. Aku usaha la macam mana pun, tapi kalau aku tak jaga hubungan aku dgn Allah, habis lah semua nya. Aku reflect balik mana2 kekurangan dalam ibadah aku disamping bersikap jaga-jaga. Itu je effort aku utk jaga hati suami agar sentiasa tetap dengan aku. Ye lah, apa lah sangat aku boleh buat. Zaman yg serba mudah ni, memang mudah sangat2 nak curang. Kau main wechat yg bodo-bodo tu pun boleh curang. Nak kata aku ni tak layan laki, rasa mcm dah terlebih layan. Dlm masa terdekat ni kami nak pi honeymoon kat luar negara, aku dahulu kan duit aku utk segalanya. Tp bulan2 lepas ni aku claim balik la hak aku secara ansuran. Hahah. Apa kau igt sesenang je aku nak belanja dia? Ish kalau nak cerita bab duit ni, memang boleh buat confession baru. Aku bukan kedekut dan berkira, tapi bila kau bermurah hati, lepas tu suami buat hal…memang kau akan ungkit semuanya weh. Tiba-tiba jadi flashback dalam otak ni.

Apa yang aku belajar sepanjang dua tahun perkahwinan ini disamping menjaga ibadah adalah :-
1) Sayang lah diri kau dulu sebelum sayang orang lain. Sebab kalau incase suami kau jadi mcm Ude, takde la kau sebagai Intan ni nak frust sangat. Ingat, Tuhan tu sentiasa sayang kau lebih dari apa adanya dalam dunia ni. Lebih daripada parents kau sendiri.
2) Perempuan kena ada duit sendiri dan savings sendiri, utk backup masa kecemasan. Sangat2 penting!
2) Percaya kepada suami memang perlu ada, tapi dalam keadaan berjaga-jaga. Kalau dia buat lg kali kedua, angkat lah kaki anda. Apa guna menderita sendiri sedangkan banyak lagi lelaki bujang yg baik kat luar sana, gituu hahah.
3) Kau bagi je suami kau jalankan tanggungjawab dia. Jangan nak memandai2 tanggung suami atas sbb syg, syg kau membinasa kan dia. Kau pun tak redho sebenarnya dalam hati, nanti rs sempit je rezeki.
4) Bersyukur dengan apa ketentuan Tuhan. Aku memang redha habis (+syukur) especially takde anak ni sebab aku tau Allah lebih tau apa yg terbaik untuk kami. Imagine ada anak pastu dapat tau suami curang, silap2 dengan anak aku abaikan. Nauzubillahminzalik.
5) Berlapang dada, be positif & bersedia utk memaafkan serta meminta maaf setelah suami kau buat silap. Bukan sebab dia suami kau, tapi sebab diri kau sendiri perlukan ketenangan tu.

Thank you sebab admin sudi post & juga kpd readers yg sudi baca. Mohon comment yg murni2, sebagai support kepada wanita2 luar sana yg tgh melalui difficulty dlm perkahwinan.

– Mrs.Z

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *