Assalamualaikum dan hi. Sebenarnya sudah beberapa kali aku ingin meluahkan perasaan yang terbuku sejak beberapa tahun kebelakangan ni,
Namun aku padam semula bimbang komen-komen yang tidak aku harapkan makin mengusutkan lagi benak aku yang memang dah sedia kusut.
Tapi takpe, aku cuba untuk luah kan juga memandangkan tahap kesabaran aku sudah berada ditahap maksimum.
Baiklah, berbalik kepada topik, ‘her’ yang aku maksudkan tu mak aku sendiri. Mak yang dulunya aku rasa paling sempurna didunia namun sekarang tidak lagi, bahkan aku rasa malu mengaku dia mak aku.
Semuanya bermula bila mak aku menjadi ketagih dengan telefon pintar, lagaknya seperti anak remaja yang tak boleh langsung nak berenggang walau sekejap cuma.
Berbulu mata aku tengok orang tua yang masih lagi lalai tatkala orang tua lain sibuk gandakan ibadah.
Sudah berapa kali kantoi dengan aku dia ber ‘Whatsapp’ dengan lelaki-lelaki muda.
Sudah tentulah lelaki-lelaki tersebut tak tahu yang perempuan yang berbalas whatsapp dengan mereka sudah lanjut usianya.kenapa lelaki tu tak tahu? Sebab mak aku guna identiti adik aku.
Guna indentiti adik aku sendiri tau! Anak dia! Dia suka betul kacau laki orang duk berabang-abang dengan jantan tu. Guna gambar adik aku.
Ko bayangkan macam mana nasib adik aku kalau bini-bini jantan-jantan tu tahu? Tak ke adik aku yang terima akibat?
Dah banyak kali aku ingatkan dia bahawa apa yang dia buat tu satu jenayah siber duk guna identiti orang sesuka hati. Tapi langsung dia tak heran.
Aku lah anak paling banyak sekali hadap perangai dia sebab aku kerja dekat kampung.
Perangai dia memang tak berubah dari zaman aku di universiti lagi. Kalau balik cuti sem bukan boleh release tension tapi makin tension.
FYI, bapak aku masih hidup lagi taw. Tapi sebab bapak aku tak tak tahu apa benda yang dipanggil telefon pintar tu, jadi bapak aku tak ambik pusing. Masa dia banyak dihabiskan dengan baca quran.
Tanpa sedar kat belakang dia mak aku tengah khianati dia.
Tiap kali aku atau adik beradik lain ‘berperang’ dengan mak, mesti bapak aku marahkan anak-anak sebab dia ingat kami ni anak-anak derhaka asik nak tinggikan suara dekat mak je.
Padahal kami dah lama hilang sabar. Sebab tiap kali nasihat mak ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Takde nye dia herann.
So, sekarang ni soalan aku pernah tak sesiapa menagalami nasib macam aku? Macam mana korang setel perangai mak korang ye? Aku buntu gila? Aku tak tahu nak buat apa lagi?
Nak bawak pegi kauseling terapi, tak nampak pulak mak aku macam orang tak waras, nak bawak jumpa ustaz macam bukan gangguan jin.
Bagi aku ni perangai cheater yang suka curang. Tua ni je baru jadi macam ni, muda2 dulu mmg dia perfect sebagai seorang mak. Huhu.
Banyak lagi sebenarnya benda tak masuk akal mak aku buat, aku cuma penat nak taip. Aku akan sambung bergantung kepada komen korang.
Kalau ko rasa aku anak tak guna. Buat apa aku nak sambung lagi, orang hanya tahu judge je. So, takde point.
Terima kasih sudi baca. Maaf kalau rasa kasar, aku taip masa tengah bengang. Of course, baru lepas bergaduh.
– Unknown (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit