Apa Nasibku 2020

Assalamualaikum pembaca sekalian. Nama saya Raudhah. Baru berkahwin awal tahun lepas.

Ceritanya bermula apabila saya terjumpa suami di media sosial pada 2014. Berkenalan selama beberapa tahun dan kami membuat keputusan untuk berjumpa. Saya berkenan dengan sikapnya yang hormat ibu bapa, jaga solat, pandai dalam pelajaran dan banyak lagi.

Umur kami dalam pertengahan 20’an. Jadi kami membuat keputusan untuk berkahwin. Malangnya selalu ada halangan untuk berkahwin. Malah ibu bapanya tidak bersetuju jika dia berkahwin kerana masih muda. Sepanjang tempoh tersebut kami masih berhubung seperti biasa.

Pada tahun 2018, dia telah melakukan maksiat dengan bohsia tanpa pengetahuan saya. Tetapi kuasa Allah maha besar, Allah uji dia dengan simpton hiv. Pada masa tu, dia menyesal, merayu dan menangis di depan saya. Hati saya dah hancur.

Sanggup dia khianati saya setelah saya menyayangi dia sepenuh hati saya. Dia kemurungan, terpaksa mengambil ubat anxiety setiap hari dan kurang makan sehingga berat dia turun mendadak.

Dia mengaku membuat silap dan ingin menebus kembali kesalahan dia. Dalam beberapa minggu saya tidak menghubungi dia. Dia pula selalu menghubungi saya dalam keadaan sedih dan menangis. Saya buntu masa tu. Dia putus harapan dan berhasrat mahu bunuh diri.

Saya pasrah dengan ketentuan tuhan, jika ini telah ditetapkan untuk saya, saya terima. Saya maafkan dia. Saya bagi dia peluang dan semangat. Dalam beberapa bulan 2019, dia menjalankan beberapa test hiv dan result negative.

Setelah itu kami berkahwin dan sikap dia mula berubah. Dia panas baran. Saya selalu dipukul ketika dia marah. Pernah saya berpindah ke sesuatu kawasan yang kurang peluang pekerjaan. Jadi saya menganggur beberapa bulan.

Dia maki hamun saya, ungkit semua asal usul saya dari keluarga serba kekurangan. Ingin menumpang kesenangan dia je. Ada saje perkataan kesat yang muncul dari mulutnya. Dia penat menyara biawak hidup katanya.

Nafkah belanja setiap bulan tak lebih dari RM300. Tapi dia yang membayar sewa rumah dan bil eletrik. Jadi saya masih bersyukur. Setiap makian dia, saya senyap je hanya mampu menangis dan tertidur dengan airmata.

Banyak kali saya makan hati dengan sikapnya. Setiap salah dia mesti saya dijadikan mangsa. Dia salah letak barang pun saya dijadikan mangsa. Masakan saya pun dia kurang sentuh. Katanya tak sedap macam di kedai.

Sikap yang menunjuk-menunjuk di hadapan orang lain tapi kedekut dengan isteri. Contoh, suami selalu menghulurkan duit kepada seseorang yang memerlukan tapi hulur kat isteri hanya sedikit.

Sekarang saya sudah bekerja, disebabkan gaji basic terlalu rendah saya perlu bekerja lebih masa. Jadi sudah pasti badan lesu dan penat. Saya jarang masak untuk suami. Selalu diungkit oleh suami, isteri pemalas. Nafkah dah bagi tapi malas masak.

Balik sampah penuh tidak dibuang oleh suami. Tapi alasan dia penat bekerja, dia ada masa untuk bermain game, bermain telefon tapi tiada masa untuk membantu saya.

Perkahwinan kami masih muda, kadang saya terfikir untuk mintak fasakh tapi saya takut tak disenangi oleh orang terdekat. Jauh di lubuk hati, saya masih sayangkan dia. Masa dia baik, dia sangat baik. Jadi susah untuk saya membuat keputusan. Saya redha mungkin ini liku liku perkahwinan.

Wahai suami berubah la demi keluarga mu, jalankan tanggungjawabmu seperti suami bukan seperti raja. Nasihatlah isterimu elok-elok. Memukul, menendang isteri hanya meninggalkan kenangan pahit dalam hati isteri.

Terima kasih sudi membaca.

– Raudhah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *