Apa Patut Saya Buat?

Assalamualaikum terima kasih share confession saya.

Nama Orkid (bukan nama sebenar) saya akan berkahwin pada tahun hadapan dan mengikat tali pertunangan selama 1 tahun.

Saya tak tahu nak cakap ini dugaan tunang atau pun hanya emosi saya yang mengambil alih.

Masalah saya muncul apabila saya berasa takut dan anxiety akan layanan bakal family mertua saya terhadap saya apabila saya berkahwin nanti.

Punca apabila abang tunang saya juga akan berkahwin pada masa terdekat ini. 

Masalah timbul bila abang tunang saya tiada saving dan mengharapkan duit family untuk membuat majlis.

Not to mentioned wedding belah perempuan pun perlu ditanggung oleh pihak lelaki. 

Terlalu banyak perbelanjaan yang dikeluarkan oleh family lelaki. Saya pulak tidak meminta sesen pun duit daripada pihak lelaki untuk majlis kami.

Saya rasa seolah ditampar oleh realiti dimana ada manusia yang tidak perlu berusaha untuk dapatkan apa yang mereka mahu,

Dan ada yang perlu menahan lapar, nafsu berjimat untuk capai apa yang meraka mahu. 

Saya rasa tidak adil tetapi dalam masa yang sama saya tidak mahu mengemis duit orang lain untuk kehendak saya dan semestinya saya tak nak membebankan tunang saya mahupun family dia.

Banyak lagi yang berlaku yang memberi kesan kepada saya tetapi biarlah saya simpan dahulu.

Nak dijadikan cerita saya mula berasa negatif dimana saya rasa saya tidak akan dilayan sama rata oleh bakal family mertua saya. 

Saya sampai satu tahap berasa betul ke saya dah bersedia untuk masuk family itu.

Saya dah tak enjoy the journey ke alam perkahwinan ini dik kerana memikirkan adakah saya akan dilayan sama rata. Saya takut akan dibandingkan dengan biras. 

Adakah bakal ibu mertua saya akan sayangkan biras saya lebih dari saya dll.

Saya sudah kehilangan ibu dah 7 tahun jadi saya takut perasaan kehilangan kasih sayang itu.

Jadi apa patut saya buat sekarang saya tak tahu nak keep positive macam mana lagi. Tolong saya.

– Orkid (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *