Aku berumur 30 an dan sedang melanjutkan pengajian PhD. Aku wanita bujang dan sibuk menyiapkan tesis dalam masa yang sama keinginan mencari pasangan.
Ciri2 pasangan aku simple sahaja, orang yang jaga batas pergaulan, jaga komunikasi baik, bertanggungjawab, berpendidikan sekurang master, mempunyai ilmu agama dan beramal.
Terus terang aku tidak pernah couple. Dulu aku pernah bertaaruf tapi semuanya Allah jauhkan. Banyak kisah2 yang aku belajar untuk pertingkatkan diri dan berhati2 dalam memilih pasangan.
Tahun ini aku telah berkenalan dengan seorang lelaki lebih muda 6 tahun dari aku. Nama dia Soleh. Entah kenapa hati aku sangat tertarik dengan sifat peribadi Soleh ni. Ya Allah, Aku tak pernah rasa begini.
Aku dan Soleh agak kerap bermesej mesej bertanya tentang soal pelajaran. Btw kami sama-sama semester dan university.
Soleh dalam Master. Aku sangat mudah berkomunikasi dengan dia. Dari soalannya dan pandangan dia juga aku sangat tertarik kerana dia juga suka a berfikir jauh mengenai pendidikan.
Aku makin jatuh cinta dengan Soleh kerana dia sangat bertanggungjawab dalam pelajarannya dan fokusnya.
Suatu hari aku bertanya untuk berbincang soal peribadi. Tapi ternyata dia letak sempadan kerana dia kurang gemar berbincang soal itu. Tapi dia sangat mengalu-alukan kita berbincang soal pelajaran dahulu.
Soleh juga agak kerap memberikan semangat dan mendoakan saya dalam mesej untuk habiskan tesis sebaik mungkin.
Soleh juga share bila tesis dan tarikh previvanya dan berkaitan. Kalau dia dalam keadaan tertekan dia beritahu saya yang dia ada sedikit masalah tesis dan memohon maaf lambat reply mesej.
Kami berdua sudah berkenalan 7 bulan yang berkaitan pelajaran. Kadang selit kalau dia ada hal keluarga dia beritahu sedikit andai ketika itu dia tidak dapat hadir ke kelas online.
Saya nak tanya kepada anda semua. Adakah perlu saya menunggu Soleh ini? Itu la saya confused. Sebab segala ciri2 list jodoh ada padanya.
Saya tidak terburu2, saya tetap solat istikharah. Cuma buat saya keliru Soleh letak sempadan untuk tidak berkenalan lebih melainkan pelajaran sahaja. Saya dan Soleh kami belum bekerja tapi sama2 dapat biasiswa my brain.
Cuma Soleh cakap dia nak habiskan master cepat2 dan bekerja. Tapi dia tak mahu putuskan hubungan persahabatan ini dan ingin meneruskan. Dia cakap yang dia sangat selesa bersahabat dengan saya.
Saya masih tertanya dalam diri saya. Saya suka dia. Tapi Soleh bagaimana perasaan terhadap saya?
Cuma apa pandangan awak semua yang membaca ini? Saya utamakan komen lelaki juga. Apa pandangan korang terhadap peragai Soleh?
– Cinta (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit