Apa Pendapat Pembaca Yang Pernah Atau Belum Lalui?

Assalammualaikum pembaca IIUM Confession. Semoga sihat semuanya.

Banyak yang menjadi persoalan dalam fikiran aku. Betul atau salah apa yang aku fikirkan bertahun-tahun ni.

Aku mama kepada 4 orang anak-anak yang comel dan aktif. Sudah berkahwin selama 8 tahun dengan pasangan sekampung dan juga merupakan kawan aku di zaman sekolah menengah.

Straight to the point tajuk aku kat atas tu, aku nak tahu pendapat pembaca semua tentang apa yang menganggu fikiran aku selama ni.

Aku bekerja kerajaan, suami aku kerja swasta dan ada juga buat kerja tambahan sebagai sub kontraktor di bawah syarikat sendiri. Pendapatan 1000-2000 sebuah rumah.

Rumah, kereta 100% suami aku bayar. Barang dapur suami aku jugak beli tapi ada jugak aku beli tambah2 sebulan dua hingga tiga kali.

Suami aku tak pernah tanya berapa beli barang tadi? Tak pernah nak offer untuk bayar balik ke apa.

Anak 4 orang hantar pengasuh RM1400 aku bayar dari anak sulung umur 6 tahun sampai la sekarang, tak pernah satu sen pun suami aku hulur duit untuk bayar sikit ke apa 100% atas aku.

Termasuklah yuran sekolah anak sulung, aku jugak yang bayar serta barangan sekolah. Suami aku langsung tak hulur duit dan takde pun tanya untuk bayar balik ke apa.

Nafkah untuk belanja aku langsung takde. Sejak aku bekerja dia tak pernah bagi melainkan kalau aku mintak.

Dan kalau bagi pun selalunya puluh ringgit je, dia akan transfer RM100 contohnya, itu dah termasuk sekali dengan hutang dia pada aku. Jadi belanja aku cuma puluh ringgit je. Belanja untuk anak pun termasuk dengan belanja aku.

Duit raya, tiap tahun kata nak bagi duit raya pada aku dan anak-anak. Tapi realitinya tak pernah pun dia bagi. Hanya janji manis awal-awal, lepastu takde apa pun dia bagi.

Hutang pulak memang banyak berhutang dengan aku dan anak-anak, tapi tiap kali dia dapat duit bisnes tak pernah satu sen pun terfikir nak bayar ansuran.

Tapi bila melibatkan keluarga dia, elok je konsisten bayar adik beradik. Tak boleh miss bayar tak boleh mungkir janji wajib ditunaikan, kalau tak adik beradik dan mak akan terasa.

Kalau aku dan anak-anak dia tak pernah anggap penting untuk tunaikan janji. Bab makan jela dia akan tunaikan, benda lain dia lupuskan terus.

Persoalan aku, apa pendapat korang bila aku rasa yang dia perlu bayar jugak komitmen untuk anak-anak dia, tak boleh 100% atas aku. Sebab tu tanggungjawab dia.

Apa pendapat korang bila aku rasa yang suami aku perlu tanya aku dan ganti balik duit yang aku guna untuk beli barang dapur, sebab tu jugak tanggungjawab dia.

Half2 aku boleh terima, tapi kalau 100% duit aku, nampaknya aku pun mampu hidup sendiri dengan anak-anak. Sebab tanggungjawab dia dah jadi tanggungjawab aku.

Sorry ayat terabur, anak-anak aku mengganggu waktu aku menaip ni.

– Isabell (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Biasanya untuk masalah gini, kalau masih nak teruskan perkahwinan, saya suruh berhenti kerja aje kak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *