Apa Peranan Kita?

Assalamualaikum wbt semua.

Baru sekejap tadi terbaca tentang luahan Puan Mariam berkenaan silibus pendidikan kita.

Boleh baca disini, https://iiumc.com/silibus-sekolah-rendah-bagai-nak-muntah-bagi-orang-dewasa/

Saya juga dah lama perhatikan silibus anak-anak sekarang yang semakin tidak setara dengan perkembangan mereka. Walaupun ia kelihatan advance, tetapi sesuaikah dengan perkembangan anak-anak?

Ini adalah point of view saya, dari kacamata seorang tutor yang mempunyai kemahiran mengajar Matematik Tahun 4-6 dan Prinsip Perakaunan sejak tahun 2016.

Ingin saya declare disini, saya hanya seorang tutor yang datang bukan dari jurusan Pendidikan, mempunyai kerjaya hakiki yang lain dalam bidang professional selama 8 tahun lebih, belum berkahwin dan berumur awal 30-an.

Mungkin confession saya akan kelihatan berat sebelah, tetapi sudut pandang ini adalah dari pemerhatian saya selama hampir 8 tahun menjadi tutor peribadi kepada murid dari pelbagai latar belakang.

Kehadiran kami para tutor hanya sebagai pembimbing, bukan sebagai pesaing kepada para guru yang kami hormati sekalian.

Dalam kelas aliran perdana yang rata-rata 40 orang murid dalam satu kelas, mustahil kesemuanya memahami dengan baik dan jelas sesuatu topik ketika diajar. Mesti ada segelintir, dua tiga orang yang masih tercangak-cangak tak tahu hujung pangkal.

Disini peranan kami digunakan, untuk memastikan anak-anak masih ‘keep track’ dengan apa yang guru ajar disekolah.

Silibus yang hanya akan ditukar pada tahun 2027, betul-betul menguji semua pihak sekarang. Bukan sahaja guru, ibu bapa dan murid, malah ‘stakeholder’ tersembunyi seperti kami para tutor juga mengalami kesukaran untuk membimbing murid memahami sesuatu subtopic.

Adakah silibus kita terlalu advanced? Tidak. Ya, ia advanced. Tetapi tidak terlalu advanced.

Namun, adakah ianya relevan dengan perkembangan anak-anak? Ya, ianya tidak relevan.

Ada saya baca komen-komen ibubapa atau netizen di post Cikgu Fadli berkenaan silibus ini. Ada yang menyatakan: Baguslah kalau silibus susah, jadi yang betul-betul berbakat dalam akademik sahaja yang pursue further ke university.

Sekarang pun sudah ramai graduan AVERAGE yang menganggur. Yang kurang berbakat, tumpukan dalam bidang kemahiran.

Saya agree with disagree dengan kenyataan itu. Betul, anak-anak ini boleh jadi bakatnya ke bidang akademik, dan ada yang lebih berbakat dalam kemahiran. Dalam akademik juga ada anak-anak yang berminat dengan Bahasa berbanding nombor. Itu kita tidak nafikan.

Namun, relevankah pada usia 12 tahun sudah dikenalkan dengan Aset dan Liabiliti, Debit dan Kredit, Faedah, Dividen, Insurans dan Takaful? Apa yang subtopic dalam Bab Wang Tahun 6 ini cuba capai?

Relevankah pada usia 11 tahun sudah dikenalkan dengan Nombor Perdana dalam Bab 1? Apakah praktikilitinya?

Pada usia 10 tahun sudah harus pandai menyelesaikan m + 45 = 82. Pada usia ini, mereka tak boleh hadam lagi kenapa huruf perlu ditambah dengan nombor. Bagi mereka, huruf dan nombor ini adalah dua benda berbeza. Tak boleh ditambah tolak darab atau bahagi.

Dalam kepala mereka nanti akan banyak lagi cabang-cabang soalan seperti; kenapa m? kenapa tak q? Huruf lain nombor dia berapa pulak?

Ini baru sedikit soalan yang saya terima daripada anak-anak murid saya. Dan itu baru sedikit topik-topik ‘pelik’ dalam Matematik Tahun 4-6.

Dalam kelas mungkin guru-guru tak menerima soalan ini kerana mengajar dalam kelas yang besar. Murid tak dapat nak mendekati guru-guru untuk tanya soalan-soalan jenis ‘sel-sel otak berhubung’ ini, atau memperoleh two-way communication secara lebih detail. Mungkin mereka malu dan segan nak bertanya dalam kelas yang ramai.

Anak-anak ini behaviournya pelbagai. Ada yang extrovert, ada yang introvert. Yang introvert macam ada emas dalam mulut. Yang extrovert pula kadang-kadang suka ketawakan kawan-kawan yang bertanya.

Jadi, dalam kelas tutor sahaja mereka boleh bertanya. Itupun jika mereka mengambil tutor peribadi atau belajar bersama tutor dalam kumpulan yang lebih kecil.

Lebih malang lagi, ibubapa tak mampu nak upah tutor atau hantar ke kelas tuisyen. Maka, soalan-soalan itu terkubur begitu sahaja.

Benarlah, zaman sekarang ini eduation is a privilege. Siapa yang ada resources lebih, maka lebih laju, lebih mudah, lebih detail pendekatan yang dia akan dapat. Boleh hire tutor, hantar anak ke kelas tuiyen etc. Siapa yang ada limited resources, telan sahajalah apa KPM bagi bulat-bulat.

Saya kasihankan anak-anak ini yang seperti sudah di’abuse’ untuk menjadi advance seperti silibus yang mengarut ini.

Untuk masa sekarang, guru, ibu bapa dan stakeholder lain seperti kami para tutor perlu melibatkan diri secara langsung. Jika salah satu lepas tangan, maka entah kemana-manalah anak-anak kita. Anak-anak akan jadi tak minat terus subjek itu sebab tak boleh ‘catch up’ dengan pembelajaran semasa.

Ada antara pelajar saya yang masih mengira tolak dengan melukis lidi-lidi. Walhal dia sudah tahun 6. Sifir tak hafal. Selesaikan bahagi dalam bentuk lazim masih tercangak-cangak dan salah. Bila saya bagi kerja sekolah, sikit pun tak buat; asyik lupa lupa lupa alasannya. Tiga minggu bagi peluang, satu muka surat pun tak siap.

Tuan puan rasa, sebenarnya ibu bapanya melibatkan diri atau tidak dalam memastikan tugas sekecil-kecil kerja sekolah ini siap?

Antara point yang ibunya utarakan ketika sesi dialog bersama saya;

Ibunya menyalahkan guru yang tidak rajin memberi denda pada anaknya jika anaknya tidak siap kerja sekolah, guru tidak garang, mengharapkan guru dikelas dan tutor garang pada anaknya, masih menyalahkan silibus KPM yang syok sendiri ini, sudah dipaksa anak untuk belajar tetapi anak marah-marah, jadi akhirnya tak suruh belajar sebab tak mahu anak belajar dalam keadaan bad mood.

Anak ini dalam keluarga T20. Anak tunggal. Jika bercuti, destinasinya adalah luar negara. Terbukti, resourcesnya unlimited. Tetapi, jauhlah sudah anak itu tertinggal.

Maka tuan puan ibu bapa yang saya hormati, silibus memang sudah begitu. KPM kata mereka mendengar suara kita, mungkin mereka lakukan sesuatu, mungkin juga tidak. Jadi adakah wajar kita terus menyalahkan silibus, sedangkan dalam masa yang sama anak kita sudah ketinggalan jauh? Apa tindakan kita?

Tentang kerja sekolah, siapa yang seharusnya bertanggungjawab untuk memastikan ia siap? Anak itu sendiri. Jangan percaya bulat-bulat jika anak asyik kata tiada kerja sekolah. Adakah betul mengharapkan semata-mata hanya guru memberi denda pada anak, walhal anda tidak menyemak pun kerja sekolah anak anda.

Kalau pun anda semak, adakah anda duduk bersama-sama bantu selesaikan tugas tersebut? Dan jika guru itu mendenda anak anda, anda boleh terima?

Dalam kes saya ini, saya hanya mampu menghela nafas panjang kerana anak ini tiada kekangan lain untuk menyiapkan tugasan.

Tiada adik-beradik yang ramai, ibunya surirumah sepenuh masa, ibu bapanya boleh menumpukan perhatian pada beliau seorang sahaja. Lainlah cerita jika anak ini ada adik-beradik lain, atau mak ayah dua-dua bekerja.

Anak marah-marah bila disuruh belajar, jadi dah tak mahu suruh anak belajar bila dia bad mood? Maka, terimalah hakikat anak anda akan tertinggal lebih jauh ketika disekolah menengah.

Masa inilah kena paksa. Memang tak ada anak yang auto rajin belajar. Kita dulu pun begitu juga, kena paksa belajar. Masa inilah nak biar anak menangis sambal menyelesaikan tugasan. Biarlah mereka nangis sekarang wahai ibu-ibu ayah-ayah. Sampai bila nak disuap.

Kalau sayang anak tak mahu ditangan-tangan, dirotan-rotan, suruhlah anak itu buat push-up, atau ketuk ketampi. Dapat manfaat 2 in 1 lagi; fizikal (exercise) dan akademik.

Anak-anak murid saya terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada yang anak T20 juga, namun ibu bapa mereka sangat mengambil berat tentang pendidikan anak-anak.

Ada yang B40, namun ibunya rajin monitor kerja sekolah, tugasan tuisyen anak-anaknya. Walhal ibunya sendiri tak berapa sihat (didiagnos kanser). Anak ini sekarang tahun 6 juga, sedang gigih merajinkan diri untuk ulangkaji PKSK (ujian kemasukan ke SBP/MRSM).

Berbeza dengan anak murid saya awal tadi yang masih mengira tolak menggunakan lidi, mencongak tambah masih pakai jari kaki. Sudah pelbagai inisiatif saya lakukan untuk menarik minat beliau, termasuk memberi kuiz melalui platform kuiz online hampir setiap hari.

Namun apa yang saya mampu buat jika ibu bapa tidak mahu bekerjasama. Berulang juga saya sebut, kerja sekolah yang saya beri tak banyak, dan itu cara untuk saya tahu dan bantu jika topik itu anak beliau masih tak faham.

Masa kami sebagai tutor dengan anak-anak tuan puan ini terhad. Seminggu mungkin hanya sejam atau dua jam sahaja kami berjumpa. Selebihnya, mereka di rumah dan di sekolah.

Mahu tidak mahu, zaman ini ibu bapa wajib melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak. Bukan hanya tahu bayar yuran sekolah dan tinggal anak pada guru. Sekolah itu bukan taska bayi yang anda rasa guru-guru itu adalah babysitter anak anda sampai botol air hilang pun suruh guru yang carikan.

Ajar anak erti tanggungjawab. Seawal tahun 4 dah boleh ajar. Buku tertinggal? Tak perlu sungguh-sungguh lari keluar pejabat waktu rehat, balik rumah, ambil buku anak, hantarkan ke sekolah.

Biarkan dia rasa nervous, bila tugasan mengemas jadual sekolah itu anak tersalah buat, tersalah kemas. Balik rumah, terangkan kesan dan akibat. Dari situlah anak belajar erti tanggungjawab dan disiplin.

Untuk ibu bapa yang tidak mampu upah tutor datang ke rumah, atau hantar anak ke kelas tuisyen, janganlah rasa ralat. Maksimumkan resources yang ada seperti Youtube dan kelas-kelas online percuma yang lain. Contoh seperti Cikgu Fadli yang selalu buat live ajar anak-anak di Facebook.

Untuk ibu-ibu yang anak ramai, tak sempat tengok kerja sekolah anak satu-satu, dan duduk sebelah anak bimbing anak untuk siapkan kerja sekolah, janganlah sedih. Bukan setiap hari perlu begitu. Berkala pun sudah bagus sebenarnya. Biar anak tahu, yang mak ayahnya akan random check kerja sekolah. Ikut kemampuan kita.

Zaman ini mencabar. Masing-masing perlu mainkan peranan masing-masing dengan baik.

– Penyu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *