Apa perasaan TTC-ians??

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Bismillah, berdasarkan tajuk, aku nak tahu perasaan sebenar insan-insan yang sedang TTC terutamanya perempuan dan yang memang dah kahwin lama or dah usaha macam2 tapi Allah tak kurniakan zuriat lagi bila tahu kawan baik or orang rapat mengandung.

Cerita dia, baru ni aku dapat tahu aku pregnant anak kedua. Jarak 6 tahun dengan anak pertama. Aku tak beriya sangat nak menambah anak, in fact aku memang membayangkan hidup aku sebagai mak anak sorang sampai aku tua nanti.

For me sincerely, one is more than enough. Aku happy, aku fokus kat dia fully, even dah nak sekolah kebangsaan nanti aku boleh manja2 peluk cium dia lagi macam baby.

Bagi aku tade anak kedua okay, ada Alhamdulillah. Suami yang happy sebab dia memang nak anak beberapa orang bukan sorang je.

Bila pegi mana2 or jumpa siapa2 memang normal orang akan bertanya “Taknak tambah lagi ke?, Anak sorang je?, Bila nak bagi dia kawan?”

Dan jawapan aku memang template wajib “Ohh tak kot. Sorang ni je dah cukup. Takpe, dia ada mak dia kawan baik kat rumah, kat sekolah kawan lain.”. Begitulah. Aku siap google dan baca maklumat2 berkenaan kehidupan anak tunggal so I guess my kid would be just fine.

Yang kedua ni memang tak ade rancang ke apa, tiber lekat. Okaylah kan. Aku baru 5 bulan pregnant dan yang tahu aku pregnant hanya aku dan suami. Kami memang kalau boleh nak diam2 je tak nak bagitahu orang lain sangat. Sebabnyaa… Haaa ni masalah aku.

Circle aku ada beberapa orang TTC, kawan2 laa. Sorang dah 7-8 tahun TTC, 2 orang dah kahwin setahun TTC, sorang lagi mengandung gugur 2-3 kali dan TTC. Kira 4 orang laa.

Aku tak tahu nak bagitahu dorang macam mana pasal kehamilan ni sebab kalau tak beritahu, aku akan hilang kawan. Kami pernah je cakap apa2 jangan diam2. Tapi aku tak rasa kehamilan ni penting untuk orang tahu. Tunggu je laa baby lahir.

Kawan2 lain pun ramai je tak tahu pregnant tiba2 post kelahiran baby dan aku macam “Ehhh, bila masanya mengandung??”. tapi hidup dan pilihan masing2 laa kan.

So now aku nak tahu agak2 apa perasaan dorang kalau aku sampaikan good news aku ni? Nak2 yang 7-8 tahun TTC tu. Aku tahu semua progress dia, duk ulang-alik jumpa gynae, buat macam2 test, kena amik suntikan bagai.

Semua struggle dia nak pregnant dia cerita sebab dia memang nak sangat tambah anak tapi belum rezeki lagi. Yang aku pula taknak tambah anak, tapi dah rezeki. Aku terima je laa even macam risau juga fikir macam2. I’m not ready and didn’t even think about nak anak lebih dari sorang.

So what to do? Beritahu or diam2 je smpai bersalin? Fyi, perut aku memang kecik so tak nmpk pregnant pun. Anak 1st sebelum ni pun aku dah 3 bulan pregnant lepas buka buku pink baru bagitahu kawan2 (circle yang sama).

Sampai sekarang ya kena perli “Kau dulu pun konon sorok2 taknak bagitahu dah pregnant.” Aku terasa dan tak suka yaa ayat tu like sukahati aku laahhh??? Kau tahu pun nak buat apa? Nak tanggung mabuk sama2 ke?

Okaylah, tu je dilema sekarang sama ada nak bagitahu orang2 dalam hidup aku atau tidak.

Yang tahu aku pregnant ofcoz aku sendiri, suami, doktor2 dan nurses yang merawat. Family, kawan baik, kawan rapat, jiran terdekat takde siapa yang tahu lagi sebab aku tak rasa nak bagitahu.

Terima kasih baca konflik kecil hidup aku ni..

– Ibu A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *