Apa Perlu Aku Buat?

Aku Ayda (bukan nama sebenar). Aku selalu follow IIUM confession membaca luahan orang. Kali ini aku nak meluah. WARNING! Confession panjang.

Aku seorang graduan ijazah dalam bidang pentadbiran dari sebuah universiti awam. Habis belajar pada Julai 2017. Tamat je belajar, aku terus cari kerja sebab aku taknak buang masa. Aku nak cari kerja secepat mungkin.

Alhamdulilah. Aku dapat kerja pertama pada September 2017, jawatan Asistant Manager. Hebat kan, baru je habis belajar terus jadi Asistant Manager. Hahaha. Tapi kawan-kawan, some things are too good to be true. Masa interview, gaji yang ditawarkan ialah RM 1,500.00 – RM 1,800.00. Interview siap ada 2 sesi tau. Sesi pertama; soalan-soalan berkaitan dengan personaliti. Lepas tu diuji dengan soalan matematik. Sesi kedua dibuat hari seterusnya. Soalan-soalan pula lebih kepada kemahiran berfikir. Selang beberapa hari aku dapat call yang aku berjaya dan diminta turun kerja on the next day.

Happy weh. Sumpah happy. Kerja pertama kot. Rasa semangat tu lain macam. Sampai je dekat office, manager @ ceo @ founder company brief aku. Gaji untuk 3 bulan pertama, RM 1,100.00. Aku macam “oh okay, boleh.” Then dia kata “untuk 3 bulan pertama ni takde potongan Epf socso, sebab kira dlm probation lagi.” Lagi sekali aku pun “oh okay, boss.” Staff untuk company tu cuma kami berdua je. Actually aku sorang je staff sebab dia boss kan. So aku cam peliklaa, sebab ada lagi 3 orang kat luar. Lepastu boss aku tu cakap, itu company lain. Kita kira menumpang office dorang. Dan lagi sekali aku macam “ohhhhh okay.” Next month baru ada tambahan sorang lagi “Asisitant Manager”

Maka bermula lah kisah pekerjaan yang aku rasa sedikit teraniaya. Hahaha. Company tu company barang-barang recycle, dan apa pun takde. Memang totally zero  Boss kata nak kena cari warehouse/ office, okay aku cari. Cari contractor/ electrician once dah jumpa tempat, okay aku cari. Boss memang jarang ada dekat office sebab dia selalu outstation ke Indonesia sebab katanya cawangan yang lain semuanya dekat sana.

Aku buat semua benda. Design logo company, cari quotation perkakas, design banner-banner yang nak buh dekat warehouse nanti, design signboard, cari orang buat landscape. Boss memang seorang yang bercita rasa tinggi. Dia nak buat sebuah kilang recycle tapi ala-ala corporate. Nak ada main entrance grand, nak office ada CCTV ada sistem kunci automatik, nak macam-macam lah. Tapi taknak keluarkan duit weh hahahah. Semua quotation yang aku dapatkan, semua kena reject sebab mahal katanya. Dia asyik bandingkan harga barangan dekat sini dekat harga barangan dekat Indon  Bila aku suggests barang second-hand, dia tak mahu. Masa tu sumpah stress gila. Aku first time kerja, takde orang guide nak kena buat apa. Colleague takde, lepastu asyik kena marah dengan boss. Aku taktau nak refer sapa, semua maklumat aku google dan tanya bapak aku.

Bulan seterusnya, “Asistant Manager” baru masuk. Aku happy sebab akan adalah orang tolong aku. Bahagian dia sepatutnya bahagian accounting lepastu uruskan bakal-bakal pekerja. Haram jadah. Aku pulak yang kena settle kerja dia sebab diaa kata dia tak reti cakap Melayu (dia Chinese, boss aku pun Chinese) dan tak reti nak guna computer. TAPI BUKA FB DEKAT DESKTOP RETI PULAK. Pastu everytime discussion dorang dua guna mandarin. Lepastu expect aku untuk faham? Memang aku ada blajaq mandarin tapi basic-basic jela yang aku faham. Oh ya btw, hampir sebulan kerja macamtu baru aku dapat tahu company tu belum register lagi pun dgn SSM.

Cukup 3 bulan aku decide untuk berhenti. Dan kebetulan juga aku dapat kerja dekat satu firm. So apa lagi? Lari lah hahaha. Aku berhenti cara baik, aku bagi notis sebulan walaupun masih dalam probation aku boleh bagi notis seminggu. Tapi aku decide untuk settle kan kerja aku dulu dan taknak tinggalkan taik kat orang.

Okay ini cerita dekat firm pulak. Gaji ditawarkan masih sama, RM 1,100.00. Aku terima je sebab pengalaman aku pun macam taik hahaha. Aku suka kerja dekat sini. Sebab dari kecik aku nak jadi lawyer tapi tak kesampaian. Jadi kerani lawyer pun jadilah. Berbeza dgn tempat kerja lama, colleague aku teramatlah ramai. 3 tingkat kauuu haa. Kat sini aku ada kawan lah tak macam yang sebelum ni.

Tapi malangnya, ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Aku ingat aku boleh bertahan lama. Tapi aku kalah. Mental aku kalah, dan juga permainan politik kerja sangat-sangat kuat dekat sini. Hari-hari kena tengking, dilempar fail, dimaki. Tiga bulan pertama aku masih boleh bertahan sebab masih ada geng samaa-sama kena maki hahah. Lepaatu sorang demi sorang berhenti. Aku takde kawan.

Masuk bulan keempat, Hampir setiap malam aku bermimpi hal kerja, muka-muka lawyer yang tengking aku, muka-muka staff dan macam – macam lagi lah. Dan setiap malam itu lah aku asyik terjaga tak boleh tidur padahal aku rasa penat sangat. Bulan seterusnya aku berenti. Parents aku tak setuju. Dorang kata biasalah, baru mula kerja memang macamtu. Dorang nasihat untuk cari kerja lain dulu baru berhenti. Tapi aku memang nekad nak berhenti. Aku nangis-nangis depan mak bapak aku nak berhenti. Akhirnya aku hantar surat resign notice sebulan. Hari terakhir aku dekat situ adalah hari yang paling bahagia aku rasa. Buat pertama kalinya setelah berbulan, aku ada tidur yang lena. Sedikit sedih, sebab aku suka dengan kerja-kerja dekat situ. Cuma environment buat aku gila.

Dekat 3 bulan juga aku menganggur sebelum aku dapat kerja yang sekarang. Kerja yang sekarang, sejujurnya aku agak clueless sebab aku datang iv untuk jawatan admin tapi diberi jawatan procurement. tapi officemates dan boss sangat baik. Kami cuma bertiga ja termasuk boss kira 4 orang lah.

Cuma masalahnya, aku agak tertekan dengan workers dari anak syarikat company ni. Semua benda nak cepat. Aku faham, sebolehnya janganlah delay kerja. Walaupun sebelum ini aku pernah buat kerja-kerja mendapatkan quotation bagai ni (refer kerja pertama), tapi yang ini sumpah clueless. Utk kerja ini aku banyak deal dgn supplier-supplier weeding/ pest disease, dan spare part untuk machinery macam excavator, lorry, tractor dan sebagainya.

Untuk wedding/ pest disease aku boleh buat sebab aku pun orang kampung ada bercucuk tanam sikit-sikit. Jadi aku ada knowledge sikit lah bab-bab racun ni macam AI dia apa guna untuk apa, macam tu lah. Tapi spare part….. haram aku taktau. Aku cuba belajar, cari pengalaman mana yang mampu. Aku cuba taknak mengeluh bilamana ada hari aku kena angkat barang, angkat baja, angkat segala benda yang perlu di angkat, hantar surat, settle bil… sebab kami takde office boy. Jadi akulah yang kena buat kerja ni. So technically aku adalah kerani procurement dan office girl.

Masa awal-awal dulu boss aku janji nak cari sorang yang betul-betul buat kerja procurement dan aku buat kerja admin je. Untuk sementara, dia minta aku tolong buat kerja procurement. Dia janji juga untuk permulaan gaji RM1300 lepas 2 bulan naik rm1500. Tapi janji hanya janji. Hahahaha. Offer letter aku pun sampai sekarang takdak. Dia kata nak bagi on the following week aku start kerja. Dah dekat 7 bulan gais hahaha.

Aku decide nak cari kerja lain. Nak cari kerja dekat firm lagi. Sejujurnya walaupun aku happy lepas berenti dekat firm dulu, aku ada sedikit penyesalan. Betapa aku berharap mental aku sedikit kuat masatu, sebab aku sangat suka kerja conveyance. Tapi tu lah, aku bodoh, manja, mental koyak. Biasalah fresh grad kan manja, pilih kerja pulak tu hahahaha.

So.. hmm aku nak cari kerja lain. Tapi aku taktau masih ada yang nak ambik aku kerja ke tak. Sebab macam tak cantik je CV aku ni asyik lompat kerja.

Sekian,

– Ayda (Graduan yang cuba membuang pandangan skeptikal orang ramai bahawa graduan memilih kerja dan gaji tinggi. Yang harapkan cuma pengalaman dan sesuap nasi, huhuhu)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *