Apa Perlu Aku Buat?

Nama aku Rissya (bukan nama sebenar), tahun ni lebih kurang umur aku dah nak masuk umur patut kena kahwin.

Aku tak kahwin lagi, dan aku rasa topik kahwin ni aku dah penat walau tak ada sesiapa pun tanya aku sebab semua fikir aku ada BF dengan cara aku yang pandai bercakap. Aku tak mesra dan happy go lucky tapi aku pandai get in untuk bercakap.

Pada aku senang sahaja, kalau dia cantik, tanya dia make up pakai apa, tudung beli mana, itu standard perempuan, say hi say hello lama-lama akan okay, biasanya tetapi ada je jenis tak layan, itu juga biasa.

Bila dah rasa serasi, boleh ke topik berat seperti cara saving, cara masak, soal anak atau apa sahaja. Benda tu pada aku biasa sahaja untuk aku bercakap apa jua topik, lagi pula aku suka membaca.

Dengan lelaki, topik saving, topik kereta, topik motosikal, topik travel, topik-topik teknikal should be okay, so aku kelihatan tak ada masalah untuk ada BF bukan? Ya, semua orang beranggapan seperti itu. Aku? Aku macam mana?

Aku renung semula, dalam hidup aku, aku dapat semua, belajar okay, kawan-kawan ada okay, ada tak okay, soal kawan-kawan ni sampai aku dah tawar hati sebab banyak kejadian yang melukakan hati sendiri. So aku malas nak explain lebih-lebih. Cuma jauhi orang toksik sahaja.

Nak tahu toksik macam mana? Pada aku mudah sahaja, kalau hati aku sakit, aku tak kawan. Kalau aku tak happy, aku tak kawan.

Aku pilih dan sangat careful bab kawan, apa kata orang, light-light je dengan semua orang.

Kehidupan aku jugak berubah dari kaya raya mewah berlimpah kepada biasa-biasa sahaja sampai aku rasa badmood tetapi aku sedar, aku perlu syukur walau sekarang ramai cakap aku dah berjaya dan senang, aku cuma senyum, kalau lah mereka tahu, dahulu hidup aku lebih baik dari sekarang.

Aku perhatikan pangkat darjat kaya raya jadi ukuran pada manusia, tapi aku tak kisah walau ada kisah betul-betul mengguris perasaan dan hati aku, dari situ aku belajar, ada manusia, ada yang kejam dan tak berperikemanusiaan dalam layan sesama manusia.

Orang macam ni, tak payah layan, biarlah mereka dengan dunia mereka.

Berbalik pada topik jodoh atau kahwin tu kan. Aku bukan tak cuba, aku cuba semua applikasi dari murah ke mahal, dari free ke tak free, benda sama je.

Aku ada jumpa dah get in, tetiba tak nak, aku gigih pulak order barang nak mandi bunga tapi aku tak buat lagi. Sebab? sebenarnya dalam hati aku, aku ada suka seseorang.

Seseorang yang dah lama dalam hidup aku, tetapi aku baru sedar bila dia tiada. Dan, hari ni, aku dengar kawan aku bagitau aku dia nak kahwin. Aku cuma diam dan berlagak biasa, hati pedih dan ngilu.

Kawan aku tanya juga aku “bukan ke kau pengantin dia” aku nafikan sebab aku tak tahu apa-apa. Aku fikir aku nak tanya si dia tapi macam mana? Macam mana kalau dia cakap “ya, aku nak kahwin” means bukan dengan aku lah.

Tengok? Aku rasa sangat tak gentle walau aku perempuan sebab aku type direct, kalau aku suka, aku confess, aku tak kisah kena reject sebab pada aku reject benda tak ada jodoh,

Tetapi dengan dia, aku rasa tak nak confess sebab takut dia tak nak kawan atau aku tak nak rasa “malu” sebab dia tak nak aku dan aku tak nak benda tu dia tahu, mana nak letak muka aku ini?

Aku memang perempuan egois sebab semua benda aku nak, aku dapat kecuali jodoh dan soal kahwin ini.

Itu sebab aku rasa ini ujian aku, bayangkan hubungan aku semua tak jadi. Yang dulu ada yang mak dia tak bagi sebab isu aku ni mix bangsa yang mak dia tak suka, ada tu bapak dia tak bagi sebab aku ni belajar tinggi,

Ada tu parents dia memilih sebab tak sama taraf dengan mereka, ada tu tak nak sebab dia more than aku, ada tu kenal-kenal aku turn off atau dia turn off. macam-macam sampai aku rasa tersangat letih dan drained bab ni.

Ada yang obses dengan aku sampai aku rasa sangat menakutkan dan si dia lah yang selalu ada dengan aku, atas tiket kawan sahaja.

Aku tak tahu dia suka aku atau tidak, tapi dia begitu baik pada aku. Dia memang lelaki yang baik. Sangat lemah lembut dalam memahami masalah aku. Pada aku dia sebegitu. Kini, kami jauh.

Aku di sini dia di sana. Tiada apa yang menarik untuk di update, kalau kami berhubung, banyak je story kami tapi sekadar itulah, aku pun dah rasa penat menunggu dan rasa sangat stuck.

Oh ya, dulu aku pernah jumpa seseorang lelaki yang sampai hari ni aku rasa agak trauma nak terima sesiapa.

Dia tunggu aku dari aku umur 19-21, dia dapat couple dengan aku masa aku umur 22, masa tu aku buat degree, setahun pertama dia okay, lepas tu dia start maki, hina, marah tanpa sebab, mengamuk, paksa aku ikut apa dia nak.

Contoh aku tak suka pergi area situ sebab ada makcik aku yang akan sebar hal aku, dia paksa cakap aku ni bukan artis pun. Sakit tak hati aku?

Lelaki tu education wellness, rupa ada, anak orang okay jugaklah area kami, dia selalu bandingkan aku dengan Ex dia, aku rasa betul-betul mental.

Last sem aku Viva, dia call aku dan maki aku, marah aku, salahkan aku sebab tak reply whatsApp, tak jawab call, aku cakap aku ada VIVA, dia cakap aku ni 4 flat ke?

Aku rasa begitu sakit hati, aku rasa begitu marah tapi aku tak tahu nak reaction macam mana, aku cuma menangis dan solat zuhur dan akan teruskan test lagi selepas itu.

Kami berbaik lagi dan aku pulang di kampung. Dia masih salahkan aku kerana katanya aku tidak faham dia, aku ni keras kepala dan aku ni egois, susah nak kawal kerana aku ni anak orang kaya, anak orang senang,

Aku diam malas layan. Sehingga dia curang dengan orang bukan bangsa Melayu, aku fikir sampai bila aku nak hadap dia?

Dia ke aku nak bawa ke mama ayah aku? Mama ayah aku sangat baik pada aku. Kami lovely family, sangat polite dan jaga status quo kami.

Dan, aku pun mintak putus, dia maki aku dia hina aku dia persoal semua benda apa bapak aku buat, perlekehkan aku dan famili aku. Aku masih sabar lagi dan pada akhirnya aku maki dan bagitau semua apa aku rasa sepanjang dua tahun aku dengan dia. Dia terdiam, kami putus.

Lama kemudian, dia whatsapp aku, oh ya kami beza agak jauh lebih 5 tahun jarak umur, dia tanya betul ke aku nak putus?

Aku cakap ya, aku minta maaf dan aku cakap jangan ganggu aku lagi dan kalau berpanjangan aku akan report polis. So, masa ni mama aku agak kecewa lah sebab pada mama aku, lelaki tu okay je.

Aku tak cerita pada mama apa lelaki tu buat. Aku malas panjang cerita. Selepas dari lelaki itu, aku dah tak ada mood nak kenal, nak couple dengan sesiapa, ada je yang nak, tapi aku tak nak lah.

Masalah kewangan kembali serius, kerja apa je aku tak buat, aku buat macam-macam kerja walau ayah aku tak bagi. Aku tahu ayah aku ada ego dia sendiri tapi aku perlukan duit untuk terus sustain. Aku kerja dan lalui hidup macam biasa.

Sehingga satu hari, aku dapat pm dari someone, short story, aku kecewa parah. Aku move on, datang lagi someone, kecewa lagi, aku move on.

Long story, aku tak nak kenal sesiapa aku nak fokus pada diri aku je. Dalam masa ni kisah ada lelaki kurang akal tetiba hadir dan obses pada aku.

Si dia lah yang aku cakap tadi, ada dengan aku, kisah obes pun berakhir dan aku pun masih di sini. Masih tak tahu nak ke arah mana.

Aku masih stuck di sini, walau aku dah start join pelbagai program, aku jumpa pelbagai lelaki dan ada je aku rasa get in.

Dan pada akhirnya aku tetap mahukan si dia, kawan aku sendiri. Kata orang “kami rapat”, kata orang “kami tak akui hubungan kami”. Aku tak tahu, aku buntu.

Terima kasih admin dan pembaca semua. Apa perlu aku buat ya?

– Rissya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *