Assalamualaikum semua. Aku tak pandai menulis sangat, cuma nak luahkan isi hati yang selama ni aku pendam sorang.
Nama aku Amy, anak bongsu dari 4 beradik, umur 24 tahun, aku ada kekasih hati dari tingkatan 2. Sekarang usia hubungan kami dah masuk 9 tahun. Nama dia Ali. Siapa sangka hubungan cinta monyet zaman sekolah bertahan lama hingga sekarang.
Kini aku hampir jadi tunangan Ali. Tetapi hubungan aku dan Ali ditentang habis habisan oleh ibu aku. Ibu seorang janda, cuma aku yang tinggal dengannya di rumah ini.
Abang dan kakak semua sudah berumahtangga dan punya hidup sendiri. Abang selalu pesan supaya duduk dengan ibu, jaga ibu kerana kalau bukan aku yang jaga ibu, siapa lagi sanggup?
Tapi, aku dengan ibu ibarat anjing dengan kucing. Selalunya pendapat kami bertentangan. Orang kata anak bongsu ni manja, tapi aku selalu sendiri. Aku tak banyak cakap. Ibaratnya aku ada dua identiti, dirumah watak aku sangat pendiam.
Aku tak pernah luahkan isi hati pada abanh dan kakak. Sampai aku lupa bila kali terakhir aku bergelak tawa. Kenapa? Aku rasa ibu terlalu mengongkong. Aku tak seperti kawan lain sebaya aku. Aku pernah nak sambung belajar lepas SPM tapi ibu tak setuju.
Mulanya aku dapat tawaran di sebuah universiti di Perak tetapi aku terpaksa tolak kerana rayuan ibu yang taknak jauh dengan aku.
Akhirnya Aku tetap dengan pilihan aku untuk sambung belajar di negeri sembilan(dekat sikit untuk pulang kekampung) dan dapatkan segulung diploma.
Lepas 2 tahun aku praktikal di kawasan perumahan sebab ibu suruh aku dekat dengan dia sedangkan aku dapat tawaran praktikal dengan Besraya. Aku ikut kata ibu.
Selepas habis praktikal, aku bekerja di dekat rumah juga kerana ibu taknak aku jauh dengan dia. Aku kerja biasa sebagai operator kilang kain.
Kadang aku sedih kenapa hidup aku dengan kawan2 jauh berbeza. Mereka ada yang dapat kerja kerajaan. Kerja swasta tapi gaji jauh lebih besar berbanding aku yang basic rm1.2k.
Cinta aku pun ditentang sebab ibu suka kan calon pilihannya. Calon pilihan itu aku namakan Azam. Aku pernah berkawan dengan Azam dalam lebih kurang 4 bulan perkenalan.
Dia pandai ambil hati orang tua walaupun wajahnya tak handsome, cengeng (gembeng), gempal & rambut keriting. Aku tak pernah bagi harapan pada Azam sebab aku tak cinta dia, aku anggap dia cuma kawan.
Azam seorang yang kuat kencing (menipu). Dia pernah bagitahu aku dia nak kerja dekat Australia petik buah strawberry kerja disana. Aku percaya dia bulat bulat. Keesokan hari aku nampak dia lalu lalang depan rumah. Aku cukup pantang orang menipu aku.
Dia tahu aku ada boyfriend (Ali). Disebabkan dia nak aku putus dengan Ali, Azam bagitahu ibu yang aku pregnant anak Ali. Sejak haritu itu aku benci Azam. Dan ibu, benci Ali.
Ali dah terlalu banyak fight untuk hubungan kami. Ali tak pernah maki hamun atau naik tangan pada aku. Ali kerja biasa biasa. Tapi apa yang aku nak selalu dia tunaikan.
Keluarga Ali baik melayan aku macam anak sendiri. Ali beri aku kereta untuk aku mudah pergi kerja, bila aku ada duit lebih, aku share dengan dia bayar duit kereta juga. Walaupun ada sisi Ali yang buruk, tapi aku terima dia seadanya.
Ali sentiasa nak yang terbaik untuk aku, dia cadangkan aku kerja dengan kakak iparnya memandangkan sewaktu PKP aku hilang pekerjaan.
Aku selalu cerita pada Ali apa yang ibu hamun tentangnya. Tapi Ali tak terlalu ambil pusing hal itu. Ali tak pernah tunjuk dia sedih walaupun aku tahu dia sedih.
2 tahun berlalu sejak aku tidak lagi berkawan dengan Azam. Rombongan keluarga Ali datang meminang, ibu orang yang paling tak suka. Ibu tak pakai baju cantik cantik. Ibu tak nak ambil gambar dengan keluarga Ali.
Aku sedih. Sedangkan hari bahagia ini aku dah tunggu bertahun-tahun. Patah hati aku lihat ibu berharap pada Azam yang entah apa apa. Salah aku juga kerana berkawan dengan Azam.
Ibu tak terima bila aku ceritakan sisi buruk Azam. Azam pernah tipu ibu, dia kata pada ibu yang rumahnya ada majlis tunang sebab nak buat kami cemburu. Tapi hari itu ibu nampak dia lalu lalang pakai baju kerja. Azam memang kaki kencing. Tapi ibu tak kisah.
Pada ibu, Azam pilihan yang terbaik kerana dia bekerja sendiri, pakai kereta Honda, hormat orang tua.
Sampai sekarang Azam membujang, asik lalu lalang depan rumah aku kerana kedai Azam berada di hujung rumah aku. Apa motifnya? Kalau santau itu tak dosa, dah lama Azam m4ti.
Aku pernah dengar perbualan ibu di telefon dengan makcik aku, katanya ibu dah 2 tahun bangun malam sembahyang hajat supaya aku berjodoh dengan Azam. Patah hati aku. Tuhan saja yang tahu betapa aku benci pada Azam yang telah porak peranda kan keluarga aku.
Aku teruskan juga hubungan aku dengan Ali walaupun ibu tak restui. Aku harap suatu masa nanti ibu dapat terima Ali seperti menantu lain.
Ali tak jahat seperti yang ibu bayangkan. Ali pun usaha untuk ambil hati ibu, belikan buah, bagi duit. Ibu masih belum terbuka hati.
Doakan aku supaya kuat lalui semua ujian ini, semoga ibu lembut hati terima Ali. Aku tak salahkan ibu kerana suka kan Azam. Ini salah aku.
Betul ke hidup ni pilihan? Pilihan apa yang tinggal untuk aku? Siapa yang nak hidup dengan lelaki yang dia tak cinta? Aku tak sanggup. Hidup selalu tidak adil pada aku. Kenapa mesti aku?
– Amy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit