Apa Salah Aku?

MISS LONE RANGER kembali lagi hahah actually aku ada tulis sambungan cerita yang lepas tapi alangkah sedihnya sebab admin tak approve so takpalah lupakan je kisah tu. Now aku nak focus on cerita yang sekarang, aku dah baca banyak juga article pasal parents ni so aku pun terpanggil tu cerita pasal parent aku juga yang selalu layan aku macam nak tak nak and macam aku ni tak wujud pun haha.

Ni cerita sebenar aku yang aku pendam dah lama and aku tak pernah nak cerita dekat sesiapa pun sebab aku memang dari dulu sampai sekarang perwatakan seorang yang happy go lucky,suka ketawa dan buat lawak (luaran je) so kawan sekolah aku semua memang tak pernah dapat detect yang aku tengah bersedih ke badmood ke sebab aku jenis yang tak suka nak tunjuk aku sedih.

Aku anak bongsu dari 4 beradik dan aku perempuan. Aku dibesarkan dengan 2 orang lelaki iaitu seorang aku gelarkan pak cik dan seorang lagi ayah (dorang ni memang darah daging aku sendiri dan ada lagi seorang wanita (aku tak nak bagi tahu siapa dia takut kantoi haha dia pun darah daging aku juga) so dekat sini mesti dah boleh agakkan perwatakan aku macam mana? Yes aku perempuan yang agak kasar tapi deep in heart seorang sangat lembut hatinya even though luaran sangat ego plus heartless. Mak aku dah meninggal lama dah sejak aku baby lagi so kasih sayang seorang ibu tu memang takda lah (jangan berangan).

Bila aku baca pasal parent yang tak bertanggungjawab aku pun rasa nak luahkan pasal parent aku,semua dekat sini sebab takda siapa pun kenal aku haha. Ayah aku ni jenis workaholic so memang hari tu kerja and takda masa pun nak layan aku even sekrang umur aku dah 20 pun kalau dalam rumah bertembung dengan dia memang tak bertegur sapa (like strangers i feel),ayah aku jenis yang memang tak manja aku seorang je semua anak dia manjakan lagi lagi abang aku sebab dia seorang je anak lelaki. Dulu aku ingat lagi masa form3 (time ni 2013) ayah aku belikan abang aku handphone so aku pun minta lah dekat dia but jawapan yang aku dapat memang buatkan aku berubah 100% sampai lah sekarang ni, ayah aku cakap “kalau nak beli sendiri” time ni memang menangis lah weii hati aku dan abang aku boleh pula suka ketawakan aku yelah aku kan bukan anak manja and selalu disisihkan so aku independent lebih tahun tu bila cuti sekolah aku kerja dekat kilang 1bulan je,hari dapat gaji malam tu terus aku pergi kedai handphone and beli handphone yang berharga rm1 ribu (aku nak tunjuk dekat dia yang aku mampu beli sendiri tanpa susahkan sesiapa even pinjam duit orang pun). Sejak dari peristiwa itu aku selalu beli semua benda pakai duit sendiri takda pun susahkan orang lain.

Tahun 2013 memang tahun mencabar aku sebab ayah aku pernah ugut nak bunuh aku tahun tu sebab (aku terpaksa rahsiakan tapi bagi aku sebab remeh je dan boleh je beli baharu BENDA tu), dia pernah curah air kopi panas yang dia buat dekat aku (selamat lah takda kesan melecur ke apa) hahah kalau orang tanya aku tak memberontak ke lari rumah ke buat perkara bukan tu ke sebab nak aibkan dia? Tak aku bukan jenis yang suka buat perkara tak elok sebab time tu fikiran aku tak sama macam kawan yang sebaya dengan aku, aku more matured than them aku hanya diam and selalu free time duduk rumah je even sekerang ni pun aku keluar kadang tu je tu pun mesti inform dorang walaupun dorang tak tanya haha.

Sepanjang aku hidup 20tahun ni aku tak pernah langsung keluar shopping baju raya ke baju sekolah ke whatever lah dengan ayah kalau ada pun 1 or 2 kali je kot entah aku pun dah lupa.

Actually banyak lagi cerita yang aku nak share but nanti lah aku share tunggu admin approve dulu cerita ni kang ada je yang aku syok sendiri menaip tapi admin tak approve pun aku janji kalau confession ni tersiar aku akan cerita lagi apa yang berlaku sepanjang hidup aku sampai lah sekarang 2018 haha semakin mencabar tau

Last but not least aku harap ibu bapa diluar sana jadilah adil dengan anak anak tak kisah lah anak yang pandai ke tak pandai ke lawa ke tak lawa ke (example macam drsheikh muzaph shukor) aku memang selalu tengok ig dia,cara dia didik anak dia, cara dia jaga anak dia dan macam tu memang bertuah anak dia dapat parent macam dia,adil menjadi keutamaan untuk dia mendidik semua anak dia dan dari situ juga aku belajar untuk berlaku adil dengan semua anak buah aku tak kira lah lelaki ke perempuan.

MISS LONE RANGER

– Kenapa aku dijadikan tempat untuk luahkan segalanya?

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *