Apa Salah Aku Ni?

Nama aku Dira, umur aku dalam 20 an. Aku nak kongsi cerita aku pada zaman sekolah rendah ketika aku dibuli secara mental.

Aku mulakan dengan pada aku tahun 5, aku seorang pelajar yang sangat lemah dalam akademik, setiap ujian markah ku tidak akan sampai A markah ku hanya di bawah seperti C, D apalagi kali exam math memang tak dapat lah markah tinggi sebab aku seorang yang tak suka math.

Tapi aku berusaha belajar sehingga aku dapat dan faham apa yang dipelajari di matapelajaran math, dan buli mental aku dimula kawan sama kelas aku yang pandai dari segala aspek membuli mengatakan aku bodoh dan tidak pandai dalam matapelajaran.

Aku namakan mereka Sebagai Zul dan Wan. Zul selalu mengatakan aku seorang yang bodoh dan tak pandai dan ada sampai mereka koyakkan buku aku dan conteng beg sekolah aku pakai marker dan disitu aku merasa kecil hati dan disisihkan oleh kawan yang lain.

Zul akan cakap aku ni tak pandai nak buat benda senang dan aku ni tak cantik.. Sampai macam tiusekali ye mereka buli aku, sampai tahap aku tak nak pergi ke sekolah dan setiap bangun pagi adalah hari yang berat buat aku untuk meneruskan ke sekolah.

Pernah satu kali aku melaporkan kejadian mereka kepada cikgu terhadap mereka mengatakan aku bodoh dan tak pandai, cikgu mengambil tindakan dan tindakan yang diberikan oleh cikgu tidak berhasil.. mereka terus membuliku.

Ada satu hari tu mereka membuat perangkap dengan meletakkan baldi yang berisi air di atas pintu dan masa tu kebetulan aku datang lebih awal dan aku kira tiada murid lain di dalam kelas dan aku membuka pintu, dan boom baldi yang berisi air itu terkena aku,

Baju buku serta bekal makanan aku basah, dan masa tu guru disiplin melihat kejadian sebab dia ronda blok pagi pagi sebab nak tengok murid yang dah datang.

Guru disiplin memanggil Zul ke bilik guru dan aku balik ke rumah untuk mengantikan pakaian ku yang sudah basah. Aku tidak tahu apa yang guru disiplin lakukan terhadap Zul yang aku tahu Zul tidak lagi mengganggu aku setelah kejadian itu.

Tidak lama ye dia tak mengganggu aku, selepas seminggu kejadian itu Zul dan kawan dia mengganggu ku semula. Macam macam kejadian aku di ganggu dengan mereka dari ditarik rambut, baju sekolah aku koyak, dan kasut aku dibuang ke dalam tong sampah dan bekal aku dimakan.

Nenek aku selalu bertanya kenapa setiap kali aku pulang kalau tak gaduh tidak ada mungkin beg koyak dan sebagainya.

Nenek aku pernah melaporkan kejadian yang sama pada guru disiplin dan guru disiplin mengambil tindakan.. tetapi setelah itu Zul dan kawannya akan kembali melakukan perkara yang sama.

Berat ye dugaan yang diberi tuhan kepada aku mental aku rosak dan aku terpaksa pergi ke kaunseling untuk rawatan dan setelah pulih aku dipindahkan sekolah ke bandar tidak lagi sekolah di kampung.

Setelah 4 tahun aku tidak pulang ke kampung aku bertemu dengan Wan di bandar masa itu tengah cuti sekolah aku bertanya khabar Wan dan aku juga membahaskan Zul.. dan Wan mengatakan yang Zul sakit selepas dia kena pukul semasa kalah merempit. Terkejut aku bila Wan bagi tahu hal itu.

Masa aku pergi hospital setelah seminggu aku berjumpa dengan Wan, aku bertemu dengan ibu Zul di hospital masa tu aku nak pergi naik ke tingkat 5 sebab nak tengok sepupu aku yang jatuh bilik air sampai patah tangan.

Aku berjalan menuju ibu Zul yang tengah duduk di luar koridor sambil memegang sapu tangan dan air di tangan nya.. aku memberi salam dan bertanya mak cik buat apa di sini? siapa yang sakit? aku bertanya kepada mak cik Ani ibu Zul.

Zul… Dira dia kena pukul semasa kalah lumba motosikal sekarang ni dia koma. Terduduk aku bila dengar Mak cik Ani cakap macam tu. Aku meminta izin Mak cik Ani untuk melihat keadaan Zul.

Rapuh ye hati bila tengok keadaan dia macam tu dan kemarahan aku bertukar jadi simpati selepas melihat keadaan dia yang tidak berdaya.

Aku tahu dia seorang pembuli tetapi aku memaafkan kerana aku juga seorang manusia. Siapa aku nak menghukum sesama manusia.

Walaupun banyak kejadian dia membuli aku.. aku memaafkan dia kerana bukan tugas aku menghukum manusia. Setelah berbulan Zul di hospital akhirnya dia dibenarkan pulang ke rumah dan keadaannya sekarang dengan tidak boleh berjalan dan hilang ingatan.

Aku ada menjenguk Zul sebelum aku menyambung pengajian ku di luar negara dan setelah 2 tahun aku di luar negara dan aku menerima berita kematian dari Wan bahawa Zul sudah tiada dan kembali ke pencipta.

Aku nak balik tapi jadual Exam aku tidak dapat diundur dan setelah Exam habis aku balik dan menemui ibunya dan aku mendapatkan nota dari Zul sebelum dia kemalangan dan di nota kecil itu ditulis ‘Maafkan aku Dira’

Menangis aku membacanya dan aku ucapkan ‘Aku maafkan kau Zul’ walau apa yang telah kau lakukan terhadapku, kau tetap kawan aku.

– Dira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *