Apa Salah Anak-anak Kita?

Saya baru pulang dari melawat sekolah anak yang banjir sebab bumbung bocor.

Anak balik sekolah menangis2 tak nak pergi kesekolah sebab atap bocor, air menitik atas dia, baju basah, dia tak boleh fokus belajar.

Sekolah anak saya kalau nak dibandingkan dengan sekolah di Sabah atau Sarawak jauh lebih baik tetapi banyak yang perlu diperbaiki.

Atap yang dah uzur & bocor, tiang susur gajah yang dah patah, tandas tersumbat air perlahan, lantai simen kelas pecah. orang putih kata ticking time bomb. Tunggu masa saja berlaku kecederaan baru nak ambil tindakan.

Cikgu maklumkan semua masalah ini sudah di report dalam sistem KPM.

Saya pasti ibubapa yang membaca luahan hati saya bersetuju sekolah kebangsaan kita sangat daif.

Kalau nak dibandingkan dengan negara luar, tak perlu tengok jauh, tengok singapore saja. Ye mereka negara maju. Tapi macam mana diaorang boleh pintas kita dalam masa 2 generasi sahaja?

Mungkin sebab infrastruktur sekolah mereka elok dan selesa? Sekolah yang selesa menggalakkan pembelajaran kondusif.

Saya sebagai parent sudahpun sumbangkan mana yang mampu, tetapi ada setengah kerja baik pulih terlalu banyak untuk kami parent sahaja tampung.

Berbalik kepada soalan saya. Apa salah anak2 kita? Dont they deserve better?

Malang sekali negara kite pentingkan projek entah pape yang tak memanfaatkan sesiapapun atau segelintir golongan sahaja.

Apakah rugi kalau pembesar menggunakan hasil kekayaan negara untuk perbetulkan sekolah anak2 kita?

Apa salah anak2 kita sekolah begitu daif? Atau nak tunggu anak2 ini tuntut di padang mahsyar kerana hak mereka untuk menuntut ilmu dengan selesa dinafikan?

– Ummi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *