Apa Salah Kereta Buruk

Salam. Aku Lan, orang tak seberapa, cerita tak gempak, tapi aku cuma nak luahkan ape yg dalam hati aku ni sebagai seorang lelaki.

Aku ada sorang kakak, masa kami kecik dulu kami dikira susah jugak sampai makan nasi berlauk garam pun pernah. Jadi dari kecik keluarga aku dah ajar berjimat, jangan membazir, beli apa yang perlu sahaja. Aku dan kakak dah terbiasa cara hidup macam ni, jadi di sekolah, asrama, universiti pun dah terbiasa. Disebabkan gaya hidup ‘kedekut’ aku, aku jadi kreatif dalam hal2 nak menjimatkan duit. Contohnya aku tau hari apa nak beli ayam murah, mainan tak pernah beli beb, semua DIY sendiri, seluar baju sekolah memang beli besar lepas tu alter sendiri nak kasi pakai lama. Kasut sekolah pun aku pandai jahit gam repair semula. Pegi balik mana2 naik basikal je beb, tak main la naik bas2 ni. Biar kau berpeluh basah macam mandi hujan, sebab nak jimat duit punya pasal.

Masa aku tengah sekolah menengah, bapak beli kereta kancil. Kereta second hand je pun, memang dah buruk. Lama kami pakai kereta tu, syukur dia tak buat hal. Jadi selepas pemergian ayah, kereta tu jadi kereta kakak aku. Dan lepas dia kerja dan beli kereta sendiri, kereta tu secara automatik jadi aku punya la.Semasa aku kat universiti, kereta tu lah yang buat teman aku. Memang buruk habis beb, air con tak ada, cat tanggal2, ada kemek2 sikit orang langgar aku bukak lepastu ketuk sendiri beb. Boleh kata orang lain punya motor lagi lawa dari kancil buruk aku. Tapi takpe, aku setia orangnya. Rosak apa sekalipun aku repair semua sendiri, tak main la hantar bengkel semua.

Kakak dan aku berjaya dapat kerja yang elok2. Kakak dapat jadi doktor di hospital swasta dan aku seorang aircraft engineer dan adalah bisnes yang alhamdulillah maju. Kalau nak diikutkan, memang kami mampu sangat nak hidup mewah2 dan beli kereta mahal2. Setakat audi tu, pejam celik je beb. Tapi kakak aku masih pakai kereta pertama dia iaitu MyVi dan aku masih lagi dengan kancil lama. Kenapa nak guna lagi kereta buruk? Mari sini aku cerita…

Umur dah masuk 30an, memang dah lama nak cari calon isteri. Tapi aku ni jenis nak kenal sendiri nak tengok peribadi perempuan tu macam mana, xnak la orang main rekemen. Kau tak tau berapa banyak pompuan yang reject aku bila nampak kancil buruk ni, terus muka dia tak berminat. Nak tolong hantar pegi lrt pun tak nak beb, sanggup jalan kaki! Ini dari masa aku belajar sampailah sekarang. Tengok facebook aku pun kau nampak gambar kampung2 je dengan kereta kancil. Send fb request x dilayan. Kalau kat tempat kerja pun aku kena chop kedekut, sebab makcik2 dan minah2 dalam ofis tu kata aku kedekut sebab tak nak beli kereta baru lah, pakai beg buruk lah, kasut buruk lah, yang korang sibuk tu apasal? Aku yang pakai ke korang? Macam macam. Aku kalau boleh nak cari perempuan yang kenal aku dan rapat dengan aku masa aku ‘miskin’, iaitu nampak semua perangai aku yang kedekut, xmembazir sambil dia tak tahu aku sebenarnya mampu. Bukan apa, perempuan ni banyak yang mata duitan. Mak aku cakap cari perempuan biar yang ikhlas, bukan tengok banyak mana kau mampu sara hidup dia.

Sedara mara lagi dahsyat beb. Tak putus2 ada pakcik makcik yang tanya kenapa tak beli kereta baru untuk balik raya. Alasan aku kata mak balik naik kereta kakak, selesa ada aircon. Aku x payah aircon pun boleh hidup, tak kisah. Nanti keluar la alasan nak kena beli untuk selesa lah, apa lah. Kesian kancil aku kena kutuk. Aku lagi kena kecam teruk jadi haji bakhil. Tapi masa raya aku belanja makan kuih semua tu xde siapa pulak nak ingat ye? Aku x faham manusia. Takkan setiap derma aku buat nak kena tunjuk kat orang? Diam2 sudah la.

Aku tak faham apa obsesi manusia dengan kereta mewah. Asal kaya je kena BMW, asal kaya je kena VIOS, asal kaya je kena MERC. Kereta tu bukan aset, tapi liability. Kau simpan kereta 10 tahun, nilai dia kurang mendadak, banding dengan kau beli rumah 10 tahun, nilai melonjak naik beb. Bagi yang kata beli kereta mewah sebab selesa… mungkin korang tak biasa panas macam aku. Ataupun dah biasa duduk sofa empuk. Kau duduk sofa lembut mana pun kalau drive 8 jam sekaligus, kematu jugak punggung tu.

Kalau yang kata beli kereta mewah sebab keselamatan… ok, aku tak boleh canggah idea ni sebab frame kereta mewah memang lain. Tapi tak tau lah, aku bukan jenis orang yang bawak laju menggila. Style pakcik2 je. Kalau dah ajal tu kau beli kereta kebal sekalipun tak boleh nak buat apa kan?

Aku ni bukan apa, kadang2 aku kerja bandar, kereta tercalar, rim kena curi, kena langgar kemik, itu benda biasa. Bayangkan kalau kau beli kereta BMW lepastu orang langgar, kemik, lampu pecah. Sparepart berapa ribu bro? Ribu2 duit tu bole buat lanje mak gi eropah. Jadi aku bawak kereta yang mudah, yang orang tak hingin nak curi. Kalau calar kemik pun aku tak heran. Macam battlescar beb.

Yang nak kata aku kedekut, silakan. Aku dibesarkan dengan cara dimana sesuatu benda tu selagi kau boleh guna, kau mesti guna sampai ranap dan tak boleh repair. Itu polisi hidup aku. Dan aku nak anak2 aku nanti hidup macam tu supaya diorang boleh tahu hidup susah. Aku nak isteri yang faham erti berjimat dan tak tergila2 beli beg tangan ribu2 sebab cantik sedangkan beg RM20 kat lazada ada fungsi yang sama. Aku taknak nanti pergi bercuti dengan perempuan yang tak sanggup duduk hotel RM100 hanya kerana aku mampu duduk hotel RM2000 semalam sedangkan cuma perlu tempat tidur, mandi makan je. Dan aku nak perempuan yang sanggup duduk dalam kancil buruk aku sambil ronda2 dan singgah minum teh ais kat mamak. Harap2 aku jumpa kau satu hari nanti.

– Lan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit