Sekadar perkongsian dari aku untuk kita sama sama buat peringatan..
Mak aku punya adik beradik yg ramai,11 org semuanya,3perempuan dan selebihnya lelaki.Mak aku masih mempunyai mak,alhamdulillah ( iaitu nenek aku la ) yg tinggal dikampung dgn seorang pakcik ku.
Nenek aku bukan seperti tipikal nenek2 dlm drama melayu yg suka membebel,suka mengumpat,masuk campur urusan rumahtangga anak2 atau mata duitan..Nenek seorang yg sgt simple.
Dia akan bercakap apa yg perlu,menasihati apa yg dia rasa tak kena dgn ayat yg paling lembut,tak pernah komplen pasal perangai menantu2 nya yg malas bila balik kampung ( terutama bila berkumpul ramai2 cth mcm waktu raya ).Semua dia buat sendiri,dari memasak utk anak menantu dan cucu cicitnya,mengemas dan semua kerja2 kt rumah.
Kalau pun ada kekurangan nenek aku rasa dia terlalu berusaha utk membahagiakan hati semua anak cucu cicit walaupon dia tau dia tak mampu.Itu semua cerita ketika dia masih sihat.
Sekarang nenek dah tak berapa sihat dan tinggal bersama family aku.Mak aku sebagai anak yg sulung mengambil tanggungjawab menjaga nenek.Mak aku hanya surirumah sepenuh masa dan abah pulak dah pencen.
Kebanyakan adik beradik mak aku yg lain tinggal di dlm negeri yg sama,ada la sorang dua yg lain negeri,yg lain ada yg sama daerah,sama kawasan,sama taman pon ada cuma lain2 simpang.
Kebanyakan pakcik2 aku dah punya menantu,malah ada yg bercucu
( nenek aku da ramai jugak cicit).Kalau ada pon yg ada anak kecik tapi da sekolah menengah semuanya.
Ini bermakna sepupu2 aku semua da besar2.Masing2 ada family yg bagus dr segi ekonomi,kewangan,pendidikan..
Pakcik2 dan makcik2 aku kebanyakannya bekerja kerajaan,kalau ada yg da bersara pon tak la sesusah mana..sbb anak masing2 da besar,kerja yg bagus.
Tapi yg menjadikan aku tertanya2 ialah kenapa sepupu2 aku dan ada sesetengah pakcik makcik aku tak datang pon melawat nenek( sepupuku tak ramai sangat,dalam 30 org je)
Yg paling aku sedih sepupu2 yg rumahnya cuma 10 minit jarak dari rumak aku kalau naik motor pon payah nk dtg menjenguk.Sepanjang da 3 tahun nenek tinggal dgn kami,baru 3 kali mereka dtg jenguk..itupon waktu raya dan dtg dgn family belah makcik aku.Aku rasa kalau Raya tak jadi atau dibatalkan,memang diorang tak dtg melawat.
Diorang dtg jenguk nenek setahun sekali je.Ada ke patut?Itu kan nenek diorang? Atau diorang anggap nenek bukan sebahagian dr keluarga ke?
Pernah seorang sepupu aku kahwin,nenek tak dpt pergi sebab tak mahu susahkn ank cucu jaga dia ( sorong wheelchair).Nenek cakap,takpe,nanti dia mesti dtg ziarah untuk kenalkn suami dia.
Nenek tunggu punya tunggu,sampai 5 bulan sepupu aku tu tak datang pon rumah bawak suaminya utk dikenalkn dgn nenek.Bulan keenam baru datang,itu pon sebab Hari Raya.Kalau tak memang tak nampak muka.Padahal jarak rumah cuma 10minit dan laluan rumah mak aku adalah jln utama utk keluar masuk.Memang MESTI lalu rumah mak aku utk keluar masuk.
Aku cuba bersangka baik,mungkin mereka sibuk kerja,tapi dalam media sosial boleh pulak update status jalan jauh2,nak kata tak boleh dtg sbb masalah kewangan,ada je status chek in hotel,update makan kt restoren mewah.Nak kata jauh nk dtg jenguk nenek,aku tengok status kt media sosial drive sampai ke hatyai,boleh pulak.
Ada juga sepupuku yg bagus sikit,dtg jenguk 2-3 bln sekali..oiii itu kan nenek korang,tu kan mak kau makcik oiii takkan dtg 2-3 bln sekali.Masing2 ada kereta besar,takkan nk dtg melawat pon payah..Tu belum lagi suruh jaga..
Tapi ada juga yg bagus lagi..dtg sebulan sekali,walaupon jauh,tetap dtg ziarah..Bukan tak pernah mak aku pesan kt diorang tp pesanan tu mcm mencurah air didaun keladi je
Untuk semua sepupu2 ku,aku minta ziarah la nenek selagi hayatnya ada.Dia bukan mintak apa2 pon,cuma rindu nk jumpa korang je..dtg tunjuk muka,berbual tanya khabar..payah sangat ke..Gembirakan hati nenek selagi hayatnya ada.
Untuk pakcik2 dan makcik ku,yg mana selalu dtg ziarah dan tak lupa tanggungjawab sbg seorang anak,terima kasih diucapkn sebab buat nenek gembira.
Pada pakcik dan makcik ku yg terlupa mereka masih lagi ada emak,dtg la jengok mak korang selalu.Tu kan mak korang,mentang2 mak aku da jaga,korang nk lepas tangan ke?Takleh hulur duit,luangkan la masa jenguk.Takkan tu pon aku nk kena bagitau.
Aku harap dpt lah kiranya korang (pakcik dan makcik ku ) pesan kt anak2 korang utk jenguk nenek.Jangan korang hanya pandai forward msg dalam grup whatsapp aje pasal pentingnya ibu bapa la,jaga hati ibu bapa la..tapi kau pon tak buat macam msg yg kau fowardkan.
Untuk diriku sendiri,semoga aku diberikan kekuatan utk jadi setabah emak aku yg sanggup jaga nenek.Semoga dijauhkan juga dari aku jadi manusia yg lupa diri lupa daratan lupa keluarga.Doakan aku dan adik2 aku jadi ank yg bertanggungjawab pd ibu bapa kami.
Untuk pembaca semua,aku doakan korang jd ank yg bertanggungjwb pd ibu bapa masing2.
Mana yg elok dari cerita aku ni jadikan peringatan utk kita,mana yg tak elok tu datangnya dari kekhilafan ku sendiri.
Kak El
– Kak El
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit