Apa Salah Saya Ayah?

Hi semua, terima kasih kalau kisah saya tersiar disini. Tujuan saya menulis hanya inginkan kata kata semangat untuk saya terus kuat menghadapi semua ni.

Disebabkan sekarang masih lagi dalam PKP, jadinya saya banyak menghabislan masa di rumah. Mengambil alih segala tugas Ibu yang sedang sakit.

Ibu sakit dan perlu untuk berehat panjang, tak boleh banyak bergerak dan tak boleh melakukan kerja kerja. Setiap hari saya melakukan kerja yang sama dari pagi hingga ke malam.

Kadang kadang merasa terlalu letih hingga hilang selera makan. Dalam rumah ada 7 orang termasuk ibu dan ayah, Dua abang dan tiga lagi adik masih bersekolah rendah.

Sakit rasanya bila seorang ayah setiap hari mencari salah anak. Habis semua diungkit kan setiap hari. Penat katanya membesarkan anak pemalas macam saya. Sekolah kan tinggi tinggi tapi kerja tak segah anak anak yang lain.

Bukan tak ada niat untuk saya merantau, tapi dengan keadaan ibu macam ni, siapa yang nak menjaganya?

Abang abang kerja jauh, balik pun dua minggu sekali. Saya sorang je anak perempuan. Semua kerja rumah saya buat, setiap hari rumah saya kemas rapi, kain baju saya basuh dan lipatkan, makanan saya hidangkan setiap kali ada yang berkata lapar.

Anak anak yang lain? Kalau jam belum menunjukkan pukul 3 seorang pun tak nak bangun. Kalau bangun pun hanya sekadar menghabiskan masa menghadap game 24 jam.

Ayah pula hari hari mencari salah saya. Itu tak kena ini tak kena. Apa yang saya buat sikit pun tak pernah dia hargai. Yang dia nampak hanya seorang anak perempuan yang tak guna dan pemalas.

Bila saya mula menyuarakan penat nya saya buat semua kerja sendiri, katanya saya complaint, saya tak bersyukur, saya buat kerja tak iklas dan pernah dihalau keluar rumah hanya kerana saya mempersoalkan kenapa perlu memanjakan anak lelaki yang lain.

Berdosa ke saya mempertikaikan semua itu?

Saya hanya manusia, bukan robot. Saya juga punya hati yang perlu dijaga. Saya tak mintak pujian, tak mintak hadiah atau apa apa. Sekurang kurang nya hargai la apa yang saya lakukan.

Jangan merendahkan dan memalukan saya depan sedara mara dan orang luar, jangan gelarkan saya anak tak guna dan pemalas hanya kerana tak nampak apa yang saya lakukan.

Sebabkan kata kata bergini la tak ada seorang pun lelaki yang boleh menerima saya. Bila saya bawak jumpa ibu dan abah, macam macam yang dikatakan tentang saya sampai mereka pun tak yakin untuk teruskan hubungan dengan saya.

Ya betul saya hanya kerja biasa di pekan, tapi saya gembira dengan kerja saya, dapat menjaga ibu, menguruskan adik adik sekolah, menguruskan rumah.

Saya tak ada tempat untuk meluah kerana saya takut orang akan pandang serong pada family saya lagi lagi adik beradik saya. Tapi saya perlukan kata kata semangat untuk saya kuatkan diri menghadapi semua ini.

Doakan saya kuat untuk hadapi semua ini, dapat kerja yang lebih baik. Dan doakan ayah boleh terima saya sebagai anak nya satu hari nanti.

Saya mintak maaf kalau bahasa yang saya gunakan agak kasar atau susah difahami.

Terima kasih membaca luahan saya, saya doakan kalian semua dimirahkan rezeki dan gembira selalu.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *