Assalamu’alaikum semua. Mohon jasa baik admin siarkan luahan ini sebab saya rasa macam ada gerakan anti jaga cucu.. hmm.. drama pulak ayat tu.
Jadi saya nak beri input kepada group yang lebih ramai supaya tersebar lebih luas pandangan & pendirian seorang bakal nenek.
Saya umur 40an & InsyaAllah ada rezeki akan bercucu tak lama lagi. Saya kerja selama 18 tahun, so saya ada ramai kawan.. yang sekolah, yang jiran, yang rakan kerja dahulu.
Masa berhenti, orang tanya kenapa, anak dah besar2, nanti nak buat apa.. Jawapannya ringkas, saya nak bertenang. Ok selesai sebabak.
Babak terbaru, saya dah buat persediaan nak jaga cucu, bukanlah full time sampai tak boleh gerak, tapi itu pun ramai beri komen yang kurang memberansangkan.
Bagi yang cakap nanti tiada masa nak ke Masjid, belajar mengaji – sekarang ni banyak kelas on line. Saya dah tahu saya makin tua & kena mantapkan ilmu agama. Tapi itu cara saya – pilih ikutinya on line walau mula-mula (masa PKP) kekok masuk Zoom & Google Meet.
Bagi yang cakap dulu kita dah jaga dia, kenapa skrg nak jaga anak dia, biarlah anak2 tu pandai bela & besarkan anak sendiri, maka saya nak nyatakan dulu Mak Mertua saya banyak tolong jaga masa anak2 kecil.
Saya bersalin, berkursus panjang, berkursus pendek, dia stand by sahaja. Bila ibu saya sendiri pula bersara, dia tolong juga, ambil balik dari sekolah dsb.
Itulah kebaikan tinggal berdekatan, rezeki kami anak beranak. Saya nampak banyak manfaat. Budak2 terurus, kita laki bini pun stabil walau ada masalah melanda. Paling best, nenek2 terhibur layan cucu. Rapat sampai sekarang.
Itulah yang saya bayangkan bila saya dah sukarela tawarkan diri bantu anak menantu. Saya cadang mereka berpantang di rumah saya. Nanti ada orang yang datang tungku, urut.
Saya cuma masak, tengok2 baby. Anak laki saya kenalah basuh pakaian isteri & baju baby dia. Kami dah siap2 agih kerja.
Kami dah plan pun lepas tu bagaimana nak buat bila menantu mula kerja. Opsyen pertama dapatkan maid full time, hantar baby ke rumah saya dengan maid tu. Opsyen kedua cari daily maid. Ada lagi opsyen lain yang mereka sedang pertimbang.
Saya bersedia jaga tiap hari tetapi bukan sepanjang hari. Contohnya kalau menantu berterusan cuti atau dapat work from home, kami boleh bergilir. Kalau ada hal, saya tak dapat jaga, pandailah kita atur. Apa pun, prinsipnya saya nak bantu selagi sihat & ada kudrat.
Saya berhenti awal rasa berbaloi jika umur yang ada saya manfaatkan jaga & didik cucu. Bila tengok berita macam2 kisah anak yang dijaga teraniaya, bayi yang diasuh terabai, sampai hati ke darah daging kita diperlaku begitu padahal kita ada.
Dah besar sikit takpelah pergi Tadika, kita hantar, kita ambik. Kalau sakit kita beri ubat. Mungkin saya belum tua sangat, masih ingat pengalaman jaga tu.. haha. Ada orang kata nanti terikat, susah, saya fikir tak mengapalah, saya cuba dulu.
Saya nak cakap, saya hormat pendirian mereka yang sebut ‘I tak nak lah jaga cucu’, ‘Isyh, I tak sanggup jaga cucu’, dsb, tapi bagi kami nenek2 yang sanggup ni (mungkin kami spesies yang nak pupus), hormatilah juga hasrat kami.
Saya faham semua orang ada sebab tersendiri dalam membuat keputusan. Semua ada hak nak jalani kehidupan cara masing2. Namun apa kata kita saling menyokong pilihan kawan atau jiran yang berbeza? Agar harmoni & kurang sakit hati..
Janganlah layan atau respond macam kami ni punyai pemikiran ketinggalan zaman hanya semata-mata kami nak jaga cucu selalu. Jangan bayangkan kami jaga cucu tu macam jadi orang gaji.
Saya tahu anak menantu saya akan hargainya, seperti saya menghargai Mak/Ibu membantu kami membesarkan anak2. Tiba2 terharu & syahdu…
Nanti lepas pengalaman pertama, panjang umur ada rezeki, saya cerita balik tips membantu urus cucu di zaman 2020an. Kami teruja & saya serta suami harap yang terbaik.
Doakan kami dapat capai niat yang suci ni ye. Doakan semuanya selamat, sihat. Semoga generasi anak cucu kita terpelihara sentiasa.
Terima kasih!
-Nenda Mudo Moden-
– Darwish (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit