Apa Sebab Nak Kahwin?

Selalu je aku jumpa kat social media ni sharing posting, komen atau confession tentang soal jodoh dan kahwin. Kebanyakan komen mesti akan bagitahu kahwin tak semestinya happy.

Kalau takde rezeki kahwin lagi, bahagiakan diri sendiri dulu, mak ayah, pergi travel, baiki diri, banyakkan amalan dan sebagainya.

Pernah tak terfikir dari sudut lain, kalau seseorang tu nak kahwin bukan sekadar hanya untuk ada pasangan tapi untuk keperluan seksual dan kesihatan diri. Perlu ke aku jelaskan dalam konteks kesihatan fizikal atau mental?

Rasanya boleh google. Semua orang tahu perkahwinan tu tak mudah. Hidup single lagi best takde komitmen, tak perlu pikir pasal makan minum pakaian suami/isteri anak-anak.

Buat apa kahwin kalau dah selesa hidup single? Hidup single sudah tenang dalam comfort zone.

Kahwin ibaratnya menambahkan ‘masalah’ dalam hidup.

Jangan kita nafikan keinginan untuk ada pasangan tu adalah fitrah. Sebab tu ramai yang meroyan single.

Aku sendiri dah selesa dengan hidup single. Boleh hidup berdikari tanpa ada pasangan sebab keluarga dan kawan sudah mencukupi untuk aku.

Pernah terfikir untuk mengambil anak angkat kalau jodoh tak kunjung tiba juga. Tapi sebenarnya aku tak boleh deny aku ada keperluan seksual untuk dipenuhi.

Dan setelah diteliti aku dah jatuh hukum wajib kahwin. Berkemampuan dan nafsu sukar dikawal tapi masih lagi belum terjerumus ke lembah penzinaan.

Aku cuba memperbanyakkan amalan berpuasa namun kadang-kadang aku tewas jua.

Bermacam usaha dan ikhtiar yang aku buat untuk jumpa jodoh tapi masih belum ada rezeki. Bahagiakan diri sendiri? Sudah. Bahagiakan mak ayah? Berterusan berbakti selagai hayat dikandung badan.

Join aktiviti atau hobi berfaedah? Ya selalu aku akan cari masa untuk buat aktiviti tersebut.

Travel around the world? Part of my hobbies. Memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada ilahi? Aku sedang dan akan berterusan buat sehingga mati.

Expand circle? Sentiasa suka berkawan dengan orang baru. Dating apps? Sudah dan masih mencuba.

Minta tolong keluarga, kawan-kawan atau saudara-mara carikan calon? Ya mereka sentiasa usaha cuba membantu. Berdoa? Sentiasa aku buat dan cuba berdoa waktu mustajab, minta orang doakan. Apa lagi yang perlu dibuat?

Aku memilih? Tentu sekali. Never settle for less baik lelaki mahupun wanita. Orang tak pilih aku? Ya sebab tu masih single.

Usaha untuk menjemput jodoh tu sentiasa berterusan dan aku tak kan putus asa sehingga aku betul-betul jumpa tulang rusuk kiriku.

Aku cuma nak highlight dan buka mata kalau ada orang kata dia nak kahwin sangat, ada lah sebabnya.

Kau tak tahu orang tu struggle dalam diam lawan nafsunya. Dia nak kahwin sebab dia nak stop buat dosa dan nak salurkan pada yang halal saja.

Ujian Allah beri pada kita berbeza. Dan mungkin inilah ujian orang tu. Aku faham akan ada yang kata dalam hidup ni jangan fokus untuk kahwin dan nafsu seksual sahaja.

Mungkin kau tak faham keperluan dan ujian setiap orang berbeza. Aku bersangka baik dengan Allah. Dan aku tak kan putus asa dengan ujian ni.

Dalam Islam, kita betulkan niat kahwin kerana Allah, kahwin untuk beribadah, untuk meramaikan umat nabi Muhammad dan lain-lain.

Mohon doakan aku dan kawan-kawan yang lain masih struggle dalam usaha pencarian jodoh bertemu dengan yang pasangan yang sekufu dan serasi.

Terima kasih.

– Yang Masih Mencari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *