Apa Solution Untuk Suami Narcissist?

Aku Alligator. Masih bertahan untuk tahun yang ke 8 dalam berumahtangga. Dikurniakan 3 cahaya mata yang comel dan bijak.

Dipendekkan cerita, aku adalah seorang isteri yang bekerja. Dan suami ku seorang penjawat awam yang bergaji 5k ke atas.

Dan dia ada side income purata dalam anggaran 1.5k ke 2k sebulan yang aku sendiri tak pasti halal atau tidak. Entah. Katanya aku tak perlu ambil tau.

Suamiku anak manja. Tak pernah dipukul atau dimarahi oleh ibu bapa. Senang kata apa yang dia mahukan semua wajib dapatkan.

Dan orang sekeliling dia yang sayang pada dia lah yang kena mengalah untuk leraikan pertelingkahan. Termasuklah aku dan ibu bapanya walaupun kami tau perbuatan dia tu salah.

Perwatakan aku? 100% bertentangan dengan dia. Di libas dengan rotan dengan mak ayah aku sampai berbirat berdarah tu perkara biasa.

Nampak macam kejam. Tapi tujuan ibu bapaku adalah untuk mendidik, mungkin juga dorang sangat risau untuk membesarkan anak perempuan sulung di KL.

Sepanjang hidup bersama dia, mental aku jadi sakit.

Masa mengandung anak no 3, aku disahkan depression kerana kecurangan dia yang kerap bermain aplikasi cari jodoh. Good looking katanya. Petik jari semua bersusun nak berkenalan.

Nafkah zahir yang dia sediakan boleh dikatakan hampir cukup untuk keselesaan kami. Tapi bila bergaduh, semua yang dia sediakan di ungkit.

Aku dipanggil seekor babi atau biawak hidup, itu biasa. Pernah jugak ditumbuk dan dikasari hingga lebam. Alasannya, tidak sengaja.

Sampai satu tahap bila suamiku tengah dalam masalah kewangan, itupun kerana dia dah mula melayan hobi bermain kereta, aku jadi terlampau tawar hati untuk bantu suami ku dari segi kewangan kerana panggilan2 dia yang macam tu.

(*Dok kata bela isteri ni macam bela biawak hidup sangatkan, baik. Aku jadi biawak hidup). Walaupun sebelum ni dari awal aku tak sumbang duit untuk komitmen rumah (*sebab aku tau kemampuan dia*), aku tukarkan sumbangan ku dalam bentuk tenaga.

Masakkan untuk dia bila dia lapar walaupun tengah malam, jadi tukang urut dia, gosok baju dia, jaga dia masa demam, dan uruskan anak kebanyakan masa.

Wajar kah aku dikatakan tiada fungsi dalam rumah dan aku boleh dihalau aku sesuka hati? Aku pendam.

Paling merisaukan sekarang, suamiku dah tak percaya kata2 ustaz.

Ceramah yang dia dengar pun dia akan pilih sekerat2 yang mana dia rasa best nak ikut. Paling setuju bab poligami. Bab nafkah, bab tugas isteri, rezeki suami bergantung pada doa isteri, langsung dia kata sesat & “feminism”.

Sebagai seorang ayah, aku tak nafikan dia seorang ayah yang bagus. Tapi hanya bagus sekadar melayan anak ketika bersih.

Pakai minum dan berak kencing anak, semua dia akan tolak dengan pura2 badan penat nak tidur atau nak keluar sekejap jumpa jiran. Sudahnya aku yang kena uruskan anak.

Jadi, aku akan terus ambil perancang keluarga demi kesihatan mental aku.

Permintaan dia untuk suruh aku berhenti kerja? ye, aku setuju ayat yang “tempat terbaik isteri dirumah”.

Tapi dengan perangai dia yang narcist ni, aku dah nekad untuk takkan berhenti kerja walau apa pun yang terjadi selagi dia masih bersikap macam ni.

Sebab tu dalam islam pun tak melarang untuk isteri keluar bekerja. Jadi isteri ni memang wajib taat.

Tapi kena juga bijak gunakan akal yang Allah bagi ni untuk handle suami yang narcist sejajar dengan ajaran islam untuk pertahankan rumahtangga dari berlakunya perceraian dan penindasan.

Kesimpulannya, bercerai atau bertahan? Entah lah. Perempuan ni dengan 1 kata cinta dia boleh setuju untuk berkahwin, tapi mungkin memerlukan 1000x kekuatan untuk betul2 meninggalkan perkahwinan.

Sebab kahwin dulu pun atas suka sama suka. Bukan kahwin paksa. 6 bulan kenal terus kahwin.

Aku rasa, mungkin rumahtangga ni masih bertahan sebab doa dari ibu dia je untuk aku terus sabar. Hanya Allah Maha Melihat dan tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.. inshAllah.

Terima kasih sudi dengar luahan aku. Hanya memerlukan tempat untuk aku meluah. Kalau pendam aku mungkin yang depression. Doakan aku kuat.

– Alligator (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Kalau suami xberubah puan yg perlu berubah…. Disebabkan dia beri wang blnja… Puan siapkan aset puan CTH rumah, dokumen / bukti yg boleh dibawa ke pengadilan dan juga saving…. Beli aset yg dia xtau….cth emas,rumah,tanah ..Sekurangnya puan akan sibuk dengan aset puan dan bersedia dgn perancangan puan…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *