Apa Takdir Hidupku?

Hai semua. Aku Peony, bakal ibu yang telah TTC selama hampir 5 tahun, insyaAllah. Alhamdulillah usia kehamilanku hampir mencecah 38 minggu.

5 tahun perkahwinanku boleh dikatakan sweet and smooth journey. Biasalah sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Tentu ada selisih faham sikit-sikit,

Tapi kebanyakannya boleh dikatakan bahagia mungkin kerana aku dan suami tidak berkira dan senang bertolak ansur.

Jujur suamiku seorang yang baik in general, penyayang, penyayang dan penyayang.

Pandai bergurau, sangat caring, clingy, mudah beralah, senang disuruh apa-apa pun, suka bercerita macam-macam benda, dan lebih banyak bercakap dari aku.

Sejak aku mengandung, suamiku sering forward dan share video bayi-bayi comel dan lucu. He is definitely the fatherly type.

Aku pun tumpang sekaki sama saja sambil both of us dok berangan imagine telatah our future baby (insyaAllah).

Rasa teruja nak menerima kehadiran bayi baru, semoga bertambah mengeratkan kasih sayang antara kami insyaAllah.

Cuma semakin hampir dengan due date ini, aku perasan aku rasa agak seriau dan risau. Aku tertanya-tanya, apakah sebenarnya takdir yang tersimpan untuk kami?

Will I ever get to become a mother at all? Will I ever live long and get to see my child grows as one fine man?

Apalah jenis ujian yang mendatang dan akan bertambahkah kebahagiaan atau hidup kami akan mula dilanda ujian berat dan sukar? Aku risau.

Aku baca ada ibu yang meninggal semasa melahirkan. Aku takut. Sedih dan sayunya rasa belum sempat mencicip nikmat sempurna sebagai ibu. Ada janin dalam kandungan yang tiba-tiba terhenti degupan jantungnya.

Ada suami yang meninggal awal kerana kemalangan sedangkan baru seronok nak menimang cahaya mata.

Kasih berubah arah, konflik demi konflik dalam rumah tangga sedangkan hidup sebelumnya happy saja. Sekelip mata segalanya boleh berubah. Aku risau.

Aku faham kerisauan aku ini tak patut dilayan. Aku cuma nak meluah. Suami kata, semuanya dah tertulis. Kalau ada rezeki, ada lah. We just have to live as what/ how we are ought to. Senang ja kan jawapan dia?

Aku rasa berbunga-bunga hati tengok barang-barang, baju-baju baby, baby cot dan segalanya yang telah kami persiapkan.

But will I ever survive the excruciating pain of labour? Will I ever get to experience the skin-to-skin moment with my baby? Ada ke ibu-ibu lain yang pernah rasa paranoid seperti aku sekarang?

Aku cuma boleh berdoa dan berharap urusan semuanya dipermudahkan. Aku rasa sedikit lega bila ibuku cakap beliau hari-hari mendoakan aku. Aku mengharapkan doa ibuku yang mustajab, insyaAllah.

Doakan aku semua. Berilah aku barang sepotong dua nasihat penyedap hati. Semoga kalian semua juga diberkati dan dirahmati Allah.

Aamiiin.

– Peony (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *