Apa Tanda Istikharah?

Assalamualaikum semua. Ringkas saja apa yang aku nak tulis ni, sebab aku dalam fasa betul betul perlukan jawapan.

Jadi, soalan aku macam mana kita nak tahu istikharah kita tu terjawab atau tidak?

Aku memang tengok youtube ustaz adnin, ustaz wadi semua tapi aku still curious. Atau aku sendiri yang in denial? Means jawapan tu dah ada tapi aku macam 50/50.

Katanya tak semestinya dalam mimpi jawapan kita nak tu, dan kita pun tak boleh nak fikir sangat pasal benda yang kita nak kan jawapan tu, maksudnya kita memang kena full reda bila dah istikharah.

Dalam mencari pasangan, bila mana aku dah cuba ikhlas dengan satu benda ni.

Apa yang aku cuba untuk lupakan dan tinggalkan datang balik, sampaikan aku jadi was was semula dengan pendirian aku.

And im wondering.. Macam mana kalau kita rasa itu memang yang terbaik tapi surrounding kita mostly cakap sebalinya?

Either kita kena ikut gerak hati sendiri atau orang sekeliling?

Sebab bukan satu dua je yang menidakkan apa yang kita rasa benda tu baik, tapi majority ye.

Tolong aku. Aku memang buntu

Kadang kadang bila aku dah boleh lepaskan semuanya, bila aku memang totally dah ikhlas.

Rasa tak sedap hati tu datang. Seolah menyuruh aku patah balik. Tapi bila aku kembali semula, rasa lain pulak. Kenapa ye?

Last. Aku bukanlah jenis yang boleh bangun malam buta nak mintak istikharah, aku mampu doa as much as I can dalam solat fardu je.

And I really hope that aku boleh yakin dengan jawapan yang sebenarnya tapi aku sendiri yang tak boleh accept.

Aku harap pembaca boleh share pengalaman seandainya korang pernah istikharah and how korang boleh yakin itulah jawapannya. Maaf andai ada mana mana silap.

Salam, terima kasih.

– Sarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. i nak share sikit my pengalaman with solat istikharah :-

    first thing first, the best time utk buat istikharah ialah di fasa you baru nak berkenalan, bukan masa dah jatuh sayang. sbb bila dah ada strong feelings, we might be in denial.

    I once asked God to make it easy for me if indeed the person that I really wanted so bad ni is the best one for me, if indeed he was written for me in Luh Mahfz.

    I once read ”yang tidak ditakdirkan untuk kita akan mencari cara untuk menghilang” vice versa with yg ditakdirkan untuk kita pusing kot mana pon tetap akan rezeki yg ditakdirkan untuk kita.

    so, after that dua, i had a dream yg i shouldve take it as a hint but i didnt sebab i really wanted that guy. he ticks every checklist I had. dalam mimpi tu, I tengah bukak paip nak ambik wuduk, tapi air yg keluar dari paip tu dari laju tetibe jadi slow and makin slow mcm Selangor bila ada ura-ura takde air.

    and fast forward a month later, from a conversation full of hopes (mcm air paip yg deras mengalir tu) , lama-lama feels so wrong and every efforts macam terhenti setakat itu je (air yg habis).

    i was heartbroken and sad, but i took my time to grief and lastly i come to my senses yg this is what i prayed for. little by little, Allah shows me why he wasnt the one.

    mesti pernah dengar kan ayat from surah baqarah ” dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”

    Alhamdulillah now im glad to say im fully heal and setiap kali ada lagi yg dtg mendekat, I akan keep on with my dua jika orang ini tidak ditakdirkan untukku, tutuplah hatiku untuk sesiapa pun and aku serahkan semuanya padamu.

    idk others punya journey of istikharah, but that one was what I experienced.

  2. One of tanda istikarah yg saya pernah lalui ialah, bila ianya memang ditakdirkan untuk kita, yakin dan pasti yang ianya akan dipermudahkan dan dipercepatkan. Sebab kita berdoa ni dgn izin tuhan jugak tau. Kalau takda izin tuhan, tiada daya kita apa2 pun. Bila kita doa akan sesuatu tu, maksudnya ada yang Allah nak makbulkan atau nak bagi tahu kita. Masha allah dan Alhamdulillah.

    Kadang2 bila kita buat istikarah tu, tapi xda apa2 petanda, boleh jadi xda petanda tu jugak, adalah petanda, aa gitu….stay connect to Allah in whatever your situation is. Semoga dipermudahkan segalanya. aamiinn

  3. Betol la tu, istiqorah tu dibuat semasa kita masih ‘bingung’ atau tak tahu nk buat apa2 keputusan, bukannya setelah kita dah pon ‘buat pilihan’, cuma nk pastikan shj, itu mngkin akn terjadi keadaan yg “bias” kpd pilihan kita tu.. lgi satu, jawapan yg Allah nk bagi tu x semestinya dari ‘mimpi’ shj, mngkin rasa ‘berat hati’ dan dipermudahkn segala urusan mngenainya, dan setelah kita membuat pilihan tu, akn rasa ‘tenang’ shj, bkn nya rasa ‘gundah gulana’ or galau x mnentu.. dan yg paling penting, setelah ‘dapat’ ilham atau tetap hati dgn keputusan itu, laksanakanlah dgn baik.. pernah seorang kenalan yg dpat ‘alamat’ dlm mimpi sebnyak 2 kali tentang jodohnya, tapi bila masa berlalu, mrk tidak menjaga hubungan mrk dgn baik, akhirnya berpisah juga, mngkin juga ada pengajaran dan hikmah di sebalik perkara tersebut.. wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *