Apa Tujuan Berkahwin

Hi semua, apa khabar?

Saya wanita, berkerjaya, sedang menabur bakti pada ibu bapa saya yang semakin tua.

Saya menanggung perbelanjaan rumah, makan pakai saya dan mereka.

Apabila ada rezeki lebih saya bawa mereka melancong.

Baru-baru ini saya berbual dengan mama. Curhat la katakan. Saya memang rapat dengan mama kerana saya satu-satunya anak tunggal perempuan.

Mama tidak pernah memaksa saya soal jodoh. Selalu mama pesan dia akan datang bila waktu paling sesuai. Tugas kita adalah memperbaiki diri dan ibadah kita.

Namun, baru baru ini mama seakan berkecil hati apabila ada kenalan yang kata pada mama, “kalau anak perempuan umur 30-35 tak kahwin, susah la. Memang takkan ada dah yang nak.. apatah lagi mempunyai anak”.

Dalam banyak banyak sindiran yang saya terima, entah kenapa ini yang paling saya terasa.

Bukan sebab saya belum berjodoh, tapi sebab mama kelihatan sedih dengan kata kata orang itu.

Mama siap kata kenapa kita nak ambil alih tugas Allah.

Sampai sekarang saya tertanya tanya kepada orang yang suka menyindir orang lain yang lambat jodoh.

Seolah olah saya bersalah pula.

Apa tujuan awak nak saya berkahwin?

Sebab nak tutup maksiat? Ada orang yang berkahwin, masih hidup dalam maksiat. Membenarkan aurat anak isteri jadi tontonan.

Kenapa awak lebih risaukan saya yang belum berkahwin dari mereka yg terang terang berbuat dosa?

Sebab nak zuriat? Ramai yg berkahwin Allah uji tiada zuriat. Anak anak membesar dan bermasalah. Awak lebih risaukan saya yang belum berkahwin dari melihat anak muda sekarang?

Sebab nak ada orang teman sampai tua? Ada org yang berkahwin, Allah ambil pasangan dia sama ada cerai hidup atau mati. Awak lebih risaukan saya yang belum berkahwin dari banyaknya kes cerai berai?

Sebab nak banyakkan amal ibadah? Kenapa masa sebelum kahwin tak berjasa pada ibu bapa dulu? Kenapa ibadahnya hanya setelah berkahwin? Pahala hanya ada pada orang yang sudah nikah?

Siapa cakap saya taknak kahwin? Siapa cakap saya tak berdoa? Sampai depan kaabah saya curahkan isi hati. Tapi Allah belum bagi.

Tapi dalam banyak banyak permintaan saya kepada Allah, soal jodoh masih belum tertunai. Kenapa orang sekeliling lebih risau? Sakit mata ya saya belum kahwin?

Ingat, kerana kata kata kita hari ini, ada hati yang bangun malam menangis pada Allah.

Memohon ampun atas dosa dosa sendiri.

Saya lebih risau Allah jemput saya dalam keadaan saya belum ready utk beralih alam daripada awak yang terlebih risaukan soal jodoh saya.

Rezeki setiap orang tak sama. Ya apa yang awak ada saya belum ada. Tapi saya lebih percayakan rezeki Allah.

Saya tidak menyalahkan takdir. Saya bersyukur dengan perjalanan hidup saya.

Setidak-tidaknya, saya masih terlepas satu perkara untuk menjawab di hadapan Allah nanti. Awak?

Sekian,

-wanita tersakiti kerana ada yang menyakiti hati mama-

– Anak mama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Zaman sekarang kalau uols perasan dalam setiap keluarga mesti ada sorg tak kawen. My mom dulu laser mcm ni la tanya anak org last2 anak sdn tak kawen hahaha. Mulut org u takleh kontrol sis. Ok je kawen ke tak. Cakap itu free kalau kena bayar baru org kurang bercakap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *