Apa Tujuan Buat Anak?

Salam admin please approve confession aku sebab aku sudah lama hidup dengan persoalan ni dan tak jumpa jawapan.

Aku harapkan ada yang mampu bagi aku jawapan dan entahlah. Aku buntu. Maafkan aku jika penulisan agak terabur sebab aku kebuntuan dan sakit hati.

Aku hanya menulis ikut apa yang terlintas nak diluah. Banyak. Sangat banyak tapi. Hanya mampu taip sekadar yang mampu.

Perkenalan nama aku Fafa. Aku ada 6 orang adik beradik. 2 lelaki 4 perempuan mak pencen govt abah pula pencen swasta. Hidup kami sekeluarga bagi aku sangat2 toxic. Aku benci abang2 aku. Aku benci perangai mak n abah.

Kenapa yer kowang buat anak kalau da tahu korang akan berat sebelah. Pilih kasih dan terlampau sanjung anak lelaki?? Kenapa dari kecil tak bunuh sahaja anak perempuan ni sebab kalau bunuh boleh rosak kerjaya korang?

Apa tujuan buat anak ni untuk menjamin masa depan kamu ke? Boleh digunakan sebagai jaminan akan sara kamu diusia tua?? Jika kamu nak anak2 hargai dan jaga kamu tapi kenapa kamu tak hargai kami terlebih dahulu?

Mungkin masa kecil kamu terpaksa jaga makan pakai minum sebab kami tak mampu berdikari dan masih mentah tak kenal dunia. Bukankah dalam alquran ada mengatakan tanggungjawab seorang bapa kepada anak perempuan sehingga anaknya itu menikah?

Dekat socmed ramai sibuk share kata seorang bapa susah nak lepaskan anak perempuan masa pernikahan sampai menangis2 tapi bapak aku tak. Die tak sabar nak anak2 dia kahwin sebab nak dapatkan duit salam kaut.

Kecewa dan sakit hati bila tahu. Sampai pasal duit hantaran pon jadi gaduh nak tentukan berapa and dan pertikaikan patut bagi ke dia. Bila dia minta pertolongan kau tak mampu tolong semua kebaikkan ko selama ni dia lupakan.

Bila ada masalah kau cari anak perempuan bila tak boleh tolong macam2 kau cemuh. Tapi tak pula kau minta pertolongan dari anak lelaki. Alasan mereka da berkeluarga, ade commitment, tak boleh suka2 ambil cuti nanti kena tolak gaji kesian.

Habis kami nii anak perempuan tiada keluarga?? Tiada commitment?? Tiada cuti tolak gaji? Kami pergi kerja isi minyak pakai air longkang?

Banyak kali kami gaduh besar dengan abah sampai tahap aku menengking dan tinggi suara dekat abah. Sungguh aku kecewa.

Sampai hati seorang abah sanggup halau isteri dan anak2 perempuan tidur bawah jambatan katanya kerana rumah yang mak dan adik duduk sekarang atas nama dia.

Abah dan mak hari2 bergaduh. Hari2 mengungkit, ugut cerai dan macam2. Tapi tetap buat anak sampai 6 orang. Last2 kami anak perempuan yang jadi mangsa.

Kalau tahu relation kowang toxic kenapa buat anak? Nak kata ia rezeki habis nasib yang kami harungi ni kira nikmat ke?

Aku benci orang kata bersyukur la masih ada mak ayah. Bersyukur la lahir ke bumi. Kau rasa anak2 yang teraniaya ni pinta ke hidup derita macam ni? Kalaulah kami boleh nampak masa depan sudah lama lagi dalam perut mak kami da minta tak dilahirkan.

Siapa yang nak jadi anak derhaka? Siapa yang nak hidup dalam keluarga bermasalah?

Abah pencen masa adik spm tak silap. Mak pon minta pencen awal sebab kesihatan tak mengizinkan, jadi masa dua orang adik aku belajar ipta dan ipts kos perbelanjaan yang bongsu mak aku tanggung, yang 2nd last akak, abang no 3 dan aku tanggung.

Bila adik minta baru kami bagi yang termampu tu pon kadang si bongsu ada minta dari kami juga. Abang no 2 memang haram tak ambil tahu. Abah pula? Tahu buat anak sahaja bila anak da habis spm die rasa tanggungjwb die da settle.

Makan minum pakai adik memang tak ambil peduli. Aku yang kerja di perantauan pon tak pernah ambil tahu sihat ke tak cukup makan ke tak., mampu bertahan ke tak . Memang tak pernah peduli.

Alasan dia tak membantu adik2 sebab dia tak bekerja jika duit dia digunakan untuk adik2 mahupon beli barang basah untuk rumah nanti duit dia dalam bank akan berkurang bukan ade duit pencen atau gaji boleh bertambah semula.

Jadi dia buat keputusan untuk jadi biawak hidup yang ditanggung duit pencen mak. Makan minum barang2 rumah pon dia tak ambil peduli tapi dia nak makan mak masak.

Abah juga pernah cakap mak ko mati nanti duit pencen die abah dapat. Allah apa sebenarnya dalam kepala otak dia!!

Tiap2 pagi keluar minum dengan kawan2 tapi tak pernah balik beli untuk orang2 dekat rumah. Alasan tiada duit tapi keluar duit makan hari2 ada tak kisah plak berkurang. Dapat bantuan pon senyap2 tak membantu. Aku ingat sampai mati ayat dia cakap kat kami.

“Aku mati nanti tak de sesen pon aku akan tinggalkan untuk kowang pandai2 lah hidup” Jawapan aku balas simpan la duit tu bawa masuk kubur!!

Aku tahu tanah2 dia dikampung habis dijual. Duit tu semua ke mana kami tak tahu. Setahu aku pakaian aku dari dulu mak yang belikan.

Aku terfikir kalau da tahu kau tak de duit pencen kenapa ko tambah anak?

Kalau da tahu kau tak nak tanggung adik2 aku belajar sebab tiada duit tak bekerja kenapa masa last dapat aku kowang tak berhenti buat anak????? Kenapa tambah anak lagi dan mengharapkan aku dan akak yang kena tanggung??

Anak lelaki kau tak tolong tak pula kau pertikaikan. Alasan kesian ade keluarga. Bila adik minta tolong hantarkan ke station bas atau nak ke mana2 abah akan minta kami bayarkan duit minyak kereta.

Dulu masa hantar mak aku pergi kerja pon dia suruh mak bayar duit minyak alasan tu upah hantar mak pergi kerja bukan sebagai tanggungjwb dia yer.

Alasan dia dia tak kerja tiada duit nak isi minyak semata2. Bila adik aku demam 39°c minta die bawa pergi klinik dia taknak hantar alasan die kena jadi tukang azan dekat surau depan rumah.

Bila dia tiada duit dia akan cari pasal dengan kami semua dekat rumah. Sampai tendang2 remort tv maki2. Kami sumpah hilang hormat. Akak aku tak nak kahwin sebab takut jumpa lelaki tak guna macam abah katanya.

Abah tiap2 hari call anak lelaki mengadu domba dan raih simpati kata anak perempuan dan mak perlakukan dia dengan teruk siap simpan makanan bagai hakikat kami lagi tahu perangai dia.

Tak nak keluar duit beli barang masak tapi bila mak masak senyap2 dia makan macam pencuri.

Kalaulah abah tak berkira bab duit dan makan dengan anak2 aku rasa yang lain pon takkan layan dia macam ni. Sekarang abah sakit, jari kena potong sebab kencing manis. Masa awal2 sakit tu die punya manis mulut minta tolong akak bukan main baik dan lembut laa.

Tambah bila nak minta tolong hantar pergi hospital dia suruh akak hantarkan tapi taknak minta tolong anak lelaki sebab kesian nanti kena apply cuti.

Aku yang dengar ni sakit hati bila tahu kami dipergunakan. Ada masalah wang nak settlekan hal geran pon cari anak perempuan bukan anak lelaki.

Kenapa yer? Apa beza kami anak perempuan dan anak lelaki?? Kata anak lelaki kerja bagus. Habis kami ni tak kerja?? Masa anak laki nak cari kerja sungguh die tolong. Siap bagi nasihat macam2 tapi part kami langsung tak ambil tahu.

Yang dia tahu nak bandingkan gaji kami beradik. Mak pula terpaksa rapat dengan anak perempuan sebab anak lelaki da jauhkan diri dari dia and percaya pada cerita abah.

Mak mengadu buruk macam2 pasal anak laki die kecewa sedih sampai nangis2 tapi bila mereka datang rumah mak punya kecewa sedih tuu semua hilang siap hidangkan makan untuk anak lelaki dan menantu.

Aku yang duduk jauh ni balik setahun sekali tak pernah dihidang mahupon disambut.

Sekarang abang2 lagi agungkan bini masing2 siap ade yang tak bagi bini dia rapat dengan kami siap cakap apa yang mak cerita dengar boleh percaya jangan tapi tu laa yang mak dan abah sanjung.

Mak masuk hospital tiada pon anak lelaki beli macam2 tapi bila part abah macam2 mereka hantar ke rumah. Mak terasa tapiiiii tetap sanjung bila anak lelaki datang rumah disambut elok plak tak de plak nak marah2 ke ungkit depan2.

Kalau kami anak perempuan buat salah lalu depan mata pon buat tak nampak habis disumpah semua keturunan. Disebabkan mak and abah jenis bermuka dan berat sebelah laa kami adik beradik tak rapat.

Ni kali ke 2 aku gaduh besar dengan abah dan aku kata jangan cari aku bila susah. Aku taknak da bersusah payah bergadai emas tolong dia lagi. Misal kata abang aku nak mengamok kalau terbaca confess ni lantak la. Aku da tak peduli.

Anak perempuan semua da penat dengan drama mak n abah. Belum lagi aku throwback memory masa kecil kena belasah bagai nak gila tapi anak lelaki tak pernah plak mereka naik tangan. Kenapa lahirkan kami kalau kamu lebih sayangkan anak lelaki.

Kenapa besarkan kami kalau kamu lebih banggakan anak2 lelaki. Kenapa sakit cari kami bukan anak lelaki??

Kenapa harapkan anak perempuan sahaja kena tanggung bukan anak lelaki?????? Kenapa yer?? Aku tertanya2 saat abah mati nanti kami akan bersedih ke??

– Fafa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *