Apa Tujuan Buat Anak? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/apa-tujuan-buat-anak/).

Salam buat reader sekalian, pertama sekali terima kasih atas doa2 kalian moga yang baik2 berbalik pada semua yang mendoakan.

Pada yang mencemuh kita berhuhuhu jewla moga2 tak berbalik pada keturunan kowang in future. Ada yang pertikaikan kenapa derhaka and sanggup tengking abah.

Eerrmm kisahnya masa gaduh besar tu abah tengah halau adik2 dan mak, aku ingat lagi adik aku tanya “abah tak kisah pasal kitaorang? Nak kami tidur mana bawah jambatan ke??”

Abah boleh jawab “lantak lah kowang nak tidur bawah jambatan ke apa aku tak peduli, ni rumah aku, aku nak jual rumah ni dan balik duduk kampung..!!”

Mak sampai tahap hilang sabar dan kata dia sanggup masuk penjara asalkan dapat ‘katok orang tua ni’ time gaduh besar ni mak dan abah tengah cekik sesama dieorang. Kalau kau kat tempat aku kau hanya nak tengok?

Kalau kau kat tempat aku kau masih nak maafkan dan cakap elok2??? Dengan keadaan jadi tegang adik2 menangis mak kau nekad nak bunuh abah dan abah nak cekik mak. Kau masih nak suruh aku jangan jadi derhaka??????

Dulu sebelum pencen abah ada hulur duit gak tapi untuk beli barang dapur semata2 yang lain macam kelengkapan rumah, bab raya ke apa memang dia tak ambil peduli.

Disebabkan mak selalu bergaduh dengan abah ungkit pasal duit tak cukup tambah plak mak penat kerja shift die banyak lepaskan amarah die dekat aku.

Senang cerita aku ni mangsa dera mak tapi abah tak tahu. Dari sekolah rendah lagi aku da ada rutin harian kemas rumah masak air and belajar masak untuk abang dan adik2.

Bila aku da besar ni aku dapat tangkap perangai mak dulu die depressed bila penat kerja laki plak tak membantu die lepaskan penat and marah dekat aku tapi tu laa banyak2 anak kenapa aku yang kena?

Aku sampai nekad banyak kali nak lari dari rumah. Kau bayangkan tekanan hidup yang aku dapat sampai masa aku darjah 1 aku da berani lari dari rumah kot.

Dari kecil sampai spm aku tak pernah keluar pergi mall dibandar walaupon rumah dan sekolah aku dekat sangat kat bandar.

Tapi pernah sekali masa spm aku curi2 pergi bandar ikut kawan sekolah bagi alasan ada latihan hoki sekali kantoi jumpa abang aku tengah lepak kat mall esoknya mak tahu die ganyang aku tarik rambut keliling 1 ruang tamu weeii. Hahaha..

Abang aku?? Walaupon mak tahu dia kantoi melepak kantoi ponteng kelas, kantoi hisap rokok sekali pun mak dan abah tiada buat apa2. Apa abang2 aku minta mesti dapat even minta 50sen pun dapat tapi aku nak minta 50sen susah giler nak dapat macam minta RM50 plak.

Disebabkan aku susah dapat apa aku nak aku mula jadi panjang tangan, mula2 sikit je lama2 aku da berani ambil RM10 untuk buat belanja sekolah last2 RM10 yang paling tinggi harga bagi aku tu la kantoi.

Mak punya mengamuk tak yah cakap bila abah tahu die tampar aku sampai terhantuk ke dinding. Da la sakit kena tampar, berdouble lagi kena dinding bengong sebulan jadinya.

Lawaknya lepas kes aku mencuri abang2 seronok cemuh aku tu tapi rupanya dia lagi syaitonnn rembat duit mak sampai RM300 siap beli spender renoma kot time tu die spm tak keje mana dapat duit beli barang2 mahal??

Mak siap check bilik abang kantoi ade balance bapa puluh ntah tapi mak tak buat apa2. Tak mengadu pun kat abah. Tak kena belasah pun.

Mereka buat macam tak de pape jadi kot. Padahal nilai die ambil berganda2 banyak dari aku. Aku ambil untuk makan aku yang tak cukup kot. Kenapa mak…. Kenapa….???

Lepas tu kes adik bongsu aku plak kantoi tangan panjang pun mak tak buat apa2 mak backup dia lagi… sungguh aku pelik.

Aku dengan abang no 3 memang tak rapat langsung dgn aku sampai mak berani bersumpah sanggup kerat jari die kalau aku naik 1 motor dengan abang no 3 tu.

Dari kecil sampai da besar sekarang mak dan abah masih lagi dengan sifat mereka suka melagakan kami adik beradik dan menyebabkan sekarang adik lelaki dan perempuan takkan rapat sebab mulut mereka…

Walaupon macam2 aku kena masa kecil sampai la habis sekolah even da kerja pun mereka hanya cari aku sebab nak duit semata2 tapi aku tetap bagi. Walaupon mak berat sebelah aku tetap menagih kasih sayang dia.

Time aku gaji ke ada planning pergi bercuti aku akan bawa mak pergi bercuti walaupon time bercuti mak buat perangai malu kan aku depan kawan2 merajuk tak tentu pasal bila balik rumah cerita buruk pasal aku kat adik2 tapii aku tetap tak serik.

Sebab aku menagih kasih sayang dia.. Aku nak dengar dia cakap terima kasih, aku nak dengar dia cakap die sayangkan aku tapi tiada. Apa perasaan kau bila mak marah dia doakan yang bukan2 untuk ko.

Dia minta kau mati excident kena sepit lori, die minta kau mati dalam keadaan teruk, minta kau hidup susah dengan pasangan in future???

Nak kahwin die ugut nak lari malukan ko, bila kahwin masa nikah dia buat drama, buat perangai menangis kata aku derhaka macam2 tapi kau masih menagih kasih sayang seorang mak.

Da kahwin pun aku tak serik still nak bawa die berjalan lagi masih lagi kena cemuh, masih lagi cerita buruk belakang kau, masih lagi melaga2 kan kau dengan adik beradik lain..!!!

Bila kau nak bersalin dia doakan moga terima balasan susah nak bersalin tapii aku hanya mampu menangis, hanya mampu dengar kata2 orang “sabarlah baik buruk pun tuu mak bapak kita” mudahkan untuk berkata2.

Mereka siap doakan lagi masa depan aku yang teruk2 doakan anak2 aku buat macam mana mereka rasa…

Kalau lah bunuh diri tuu bukan satu dosa aku rasa ramai da manusia senasib aku da ambil jalan pintas untuk stopkan semua ni. Kau pernah merasa sesak tak de duit sebab tak de tempat bergantung hanya mampu meringkuk macam udang menangis atas katil sorang2..???

Benda ni takkan berakhir beb naseb ko baik lepas kahwin tak diganggu tak pe. Tapi dapat macam aku jenis da kena macam2 pun still mengalah, still jalankan tanggungjawab sebab orang kata ‘tiada mereka tiadalah kau di dunia ni’ lagi sekali aku ulang benda sama.

Kalau dalam perut lagi kau boleh ramal masa depan kau kalau kau boleh tahu dugaan2 yang kau kena hadap tak mungkin kau rela nak dilahirkan dari orang tua yang toxic..!!!

Memang aku da kahwin aku bawa diri cari bahagia sendiri tapi aku still cari mereka sebab aku taknak anak aku tak de kasih sayang nenek dia. Cuma sekarang aku lebih berjaga2 tidak terlampau ambil berat dan juga tidak lagi bawa bercuti.

Aku serik tahu bila aku tengok masa bercuti mak happy aku pun happy. Aku tak mampu jadi sombong. Macam along yang masih duduk dirumah dengan mak and abah sekarang.

Walaupon abah kata macam2 belakang dia walaupon abah tak pernah bantu dia tapi along masih pilih duduk dirumah sana, masih beli barang2 dapur, abah sakit along siap belikan kerusi malas untuk abah berehat lagi.

Kami memang derhaka sebab kami derhaka semasa pertahanankan hak kami sebagai anak. Jika 1 hari nanti kowang jumpa mana2 atok or nenek tepi jalan tuu tengah mengadu domba burukkan anak2 mereka jaga2 lah kata2 anda jangan nanti makan diri…!!!

– Fafa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *