Apa Tujuan Kahwin

Aku mengaku aku memang bujang and belum kahwin sebab tu aku tertanya soalan tu. Aku perempuan single berusia 20-an yang tak bekerja dan berkawan atas faktor keluarga.

Tu cerita lain, fokus kepada tajuk. Apa tujuan kahwin ek? Aku tanya ramai pasangan dah kahwin. Majoriti cakap untuk dapat anak sambung zuriat ramaikan umat. And kata anak ni rezeki dah tua boleh diorang jaga.

Tapi aku tengok bila anak buat salah or rezeki sempit diorang marah anak. Anak tu buat hal sikit (bukanlah sampai kesalahan besar cam dadah or bunuh or pelacuran etc) kata aku haramkan susu aku aku tak redho kau jadi anak aku. Tang naik tangan maki tu aku tak nak cerita.

Ada yang lain kata untuk berteman sampai ke tua. Hm habis tu kalau tak kahwin tak ada kawan ke? Mungkin kawan tidur sekatil tidur serumah maybe. Aku tak tau aku belum kahwin.

Yang aku suka orang cakap ibadah paling lama. Cam betul lah tu kalau kahwin buat air untuk suami cari nafkah anak bini pun dapat pahala daripada yg tak kahwin kan katanya. Ni jawapan yang aku terima setakat ni.

Tambah yang cakap kau belum kahwin kau belum ada anak belum faham kenapa kitorang suka hapoy bahagia. Alhamdulillah untuk korang aku happy.

Tapi hila tang beremosi asyik marah asyik tak puas hati. Bab jaga anak eh tolong eh kau belum ada anak lagi apa semua. Lepastu mintak tolong amikkan air kat dapur pun eh sorilah aku nak amik air aku je.

Yang dah kahwinlah terpaling penat terpaling makan garam terpaling harungi hidup. Yang bujang ni tak ada perasaan. Alah jeles la tu dia belum kahwin orang lain dah.

Hm kalau keluarga and perangai elok bolehlah jugak aku jeles ni keluarga pon asyik gaduh-gaduh perangai pon tak berapa elok nak aku jeles? Baik aku sambung lipat kain ke buat kerja rumah ke lagi berfaedah.

Cuma bila kahwin orang kata dua keluarga bersatu aku cam faham tapi jem kadang-kadang. Aku tengok mak bapak aku suka sangat balik kampung satu belah je tapi bila nak balik lagi satu belah macam-macam alasan.

Bila tak nak balik belah yang selalu balik tu boleh bergaduh kadang anak lah jadi mangsa marah tu walaupun tak teruk. Aku tau mak bapak aku tak kasi aku kahwin sebab tak nak aku tak balik belah diorang.

Aku cakap kalau camtu senang bagi semua adik beradik kahwin beranak pinak biar aku je tak yah kahwin aku bahagia ke merana ke tak apa kan asal mak bapak aku dapat apa diorang nak. Lepastu aku pulak dimarahnya cakap camtu.

Kata aku kena kahwin jugak? Eh so kira aku kacau daun diorang la nak berdua je bila tua nanti. Tapi bila aku cakap aku nak kahwin tak diterima aku dimarah sebab cakap camtu. Tak pela aku ikut zaman dulu tunggu dalam rumah tengok la mana-mana masuk minang.

Tapi mak bapak aku kata diorang tak nak pilih jodoh aku. Bila aku dah pilih eh banyak alasan tak nak kenal sebab tak pernah la jumpa duduk jauh sangatla keluarga tak setaraf la dia tu takat SPM awak ada degreelah. Entahlah. Aku kahwin dengan tangan sendiri jela. Haha

Dulu aku sangat nak kahwin sebab aku nak sangat keluar dari rumah aku ni. Aku nak bina hidup aku career aku. Duit tak yah cakap dah besar tak keje aku memang segan mintak mak bapak tapi bila aku nak kerja eh tak boleh?

Kalau aku mintak itu ini aku dimarah kenapa tak mintak awal hatta cam sabun mandi ke pad ke apa ke. Last2 aku guna jela apa yang ada.

Betul ke kahwin tu seronok? Aku rasa seronok memang seronok tapi aku kesian kat anak-anak hasil perkahwinan ni yang tak terjaga. Banyak aku tanya dari perspektif anak-anak jugak.

Ada yang cerita mak bapak bertahan sebab anak-anak tapi anak-anak terseksa tengok mak bapak hari-hari gaduh and lagi sanggup tengok diorang cerai dari bersama. Ada yang stress sebab ni so keluar rumah bina hidup sendiri.

Ada yang cakap lepas cerai mak atau bapak atau dua-dua tak kisah langsung pasal diorang. Dari situ lah timbul mommy issues atau daddy issues. Tambah yang dapat adik beradik tiri langsung dah tak dipandang.

Atau yang dah berkahwin lain and tak dapat rezeki mak tiri atau bapak tiri elok. Dihasutnya mak atau ayah kandung supaya abaikan anak or biarkan anak.

Tu ke tujuan kahwin untuk lepas tanggungjawab anak and pilih anak mana yang suka yang tak suka abaikan je. Ignore the haters katanya.

Ada yang cakap dengan aku mak bapak diorang lepas kahwin cerai kahwin cerai semata-mata tak nak sunyi. Suka tak suka anak tu kena ikut sebab kesian mak/bapak.

Ada jugak yang jadi kambing hitam dijajakan semua cerita buruk jadi mcm the clown in the family. Tak masuk cerita yang ada anak sebab anak ni boleh buat loan ni anak nombor dua boleh buat loan lain. Menantu boleh buat loan rumah dll.

So persoalan aku sebenarnya apa sebenarnya tujuan kahwin selain nak beribadah?

– Ratna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Kahwin tu fitrah manusia. kalau belum rasa nak kahwin, mungkin belum sampai seru, aa bila dh sampai serunya, boleh jadi sempit dada, menangis-nangis minta kat Allah sedu sedan mntak pertemukan jodoh. Sementara nikmat single belum ditarik, marilah perbaiki diri dan agama. Nikmati yg sekarang, dan yg belum dtg (masa hadapan), kita letak tepi dulu. Bahagiakan diri dan mak ayah sepuasnya. Kpd yg comment tak nak kahwin tu, and kalau dia islam, haram cakap cmtu, sebab nikah tu jalan sunnah. Siapa yg menolaknya (pernikahan), dia bukan dari kalangan ku, kata Rasulullah solallahu ‘alaihi wasallam. haaa….hati2.

    • Btl cik daun, dl Sy pun xterfikir sgt psl kawen nh…igtkn lps study nk mtk keja tetap dl bru kawen…bla dh ada perancgn cmtu, Allah uji Sy smpai skrg blm dpt kerja tetap, jodoh pun tak kunjung tiba juga…dh nk dekat 4series lg 2 tahun…apa y nk Sy kongsi kt sini adlh biarkan Allah yg mengatur khdpn kita…sbnrnya berkahwin tu adalah fitrah dan sunnah sprti yg cik daun tulis tu…skrg nh sy sgt berharap dpt bina khdpn berkeluarga mcm org lain gk walaupun dh terlambat…bla single nh sebenarnya ada satu perasaan sedih dan sunyi yg tak terungkap…huhu

  2. Macam biasa, akan ada yang Muslim guilt trip guna ayat Rasullulah tak mengaku umat tu. Punya ramai yang salah niat nak berkahwin, nak ada anak ni semua. Punya ramai yang tak jalankan tanggungjawab, abai pasangan, anak, aniaya pasangan, menyusahkan pasangan, buat pasangan dan anak-anak trauma itu takde pulak yang bising. Masa kursus kahwin pun ramai yang dah salah niat so tak heran pun lepas kahwin hidup makin porak peranda. Dengan mindset anak itu rezeki lagi, tak fikir pulak mak ayah tu bala kepada anak-anak, itu yang Hazeman Huzir selalu cakap. Disinilah rasanya perkahwinan itu lebih banyak mudarat berbanding jadi single melainkan kita dan pasangan kita ada niat yang betul sebelum berkahwin, sebelum ada anak. Semoga yang berniat baik-baik bertemu dengan insan yang berniat sama jugak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *