Hai assalamualaikum. Dengan rendah hati aku mohon admin siarkan confession ni.
Baiklah tajuk berkenaan sebenarnya merujuk kepada adik aku. Seorang lelaki yang berumur 19 tahun. Baru je habis stpm dan dpt tawaran sambung belajar ke uitm kampus arau perlis.
Adik aku ni jenis otak bijak. Upsr 5A, pmr 9A, spm 7A. Tp hidup dia tak ada arah tuju. Habes spm dulu, ke matrikulasi dia tak mahu, diploma electrical engineering di utem dia tak mau. Akhirnya sambung stpm di skolah lama dia. Waktu stpm pon berlaku krisis. Dia tak dpt catch up ekonomi sbb dia budak sains. So dia pergi buat latihan separa perubatan bawah SPA.
Sebulan je sempat. Dia balik semula sbb katanya dia tak dpt ikut pengajian kt sana. Susah. Aku dah berasap asap dh dalam kpala ni. Dia continue stpm dia. Alhamdulillah tamat dgn 3.4 cgpa. Not bad la bagi aku. So aku pikir adik aku ni memang akan sambung degree ikut bidang yang dia rasa dia minat.
Skali lagi dia buat aku, mak ayah aku pening. Dia dah dapat kos sains sukan dekat uitm tapi katanya jauh. Tak nak pegi. Bermati matian dia suruh aku buat rayuan dekat upm untuk kos ekonomi. Aku nak biar dia uruskan sendiri. Aku nak tengok dia berdikari. Dapatkan sendiri apa yang dia nak sebab aku sendiri tak tahu apa yang ada dalam kepala dia.
Bila aku pujuk dia untuk ambil kos ekonomi dekat uitm, cuma buat permohonan pertukaran kampus dr perlis ke shah alam, dia diam. Aku tak tahu tu tanda nak atau tak nak. Last2 dia cakap nak tunggu second intake. Ya Allah otak dia letak mana? Second intake tu untuk yang buat rayuan sebab tak berjaya dapat tempat masa pmilihan pertama. Kalau dah dapat tempat tapi tk mau pegi, nak dapat second intake celah bedah mana?
Sampai aku dah malas nak bertekak pasal masa depan dia. Suami aku dah puas bagi nasihat. Bagi contoh realiti kehidupan yang payah, bagi contoh waktu dia lari dari housemenship dulu. Tapi sebab fikir nak ubah nasib sendiri dia balik smule ke hospital. Nasihat aku lagi la berbakul dah aku kasi.
Tolonglah kalau ada kaunselor dalam page ni, bagi sikit nasihat. Aku dah buntu nak bagi nasihat macam mana lagi. Aku tak tahu apa yg ada dalam kepala dia sekarang ni. Dia semacam takut untuk jauh dari keluarga dia, takut untuk mulakan langkah dalam membina kehidupan sendiri.
– Puan S
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit