Assalamualaikum dan salam satu confession.
Apa yang aku nak ceritakan di sini adalah serba sedikit pengalaman dan tauladan dengan niat apa yang aku kongsikan sekurang-kurangnya dapat mengubah persepsi dan tanggapan rakan-rakan di luar sana.
Maafkan laras bahasa jika sedikit rojak dan berbunyi ganas.
Apa yang aku belajar daripada dunia kanak-kanak?
Jika diikutkan cuaca stereotype gender cara orang kita di Malaysia ini, memang kerja yang aku buat sekarang ini amatlah menentang arus dan tak masuk akal. Itu kata oranglah. Tapi bagi aku, apa pun kerja di dunia ini semuanya masuk akal. Sedangkan pisang goreng cheese pun orang sanggup beratur beli. Walhal, cheese dengan pisang sangatlah ketimuran dan kebaratan. Cultural conflict.
“Apa?! Jadi cikgu tadika? Kau ini dah buang tabiat ke apa. Menangis budak-budak tu nanti tengok muka kau.”
Itu respon pertama mak aku, apabila aku bagitahu nak berhenti kerja lain, aku mengelak isi orang borang SPA, semata-mata nak jadi cikgu tadika. Adoi la. Pening dia.
Jadi.
Apa sebenarnya yang aku dah belajar daripada dunia kanak-kanak ini, woi!
Kalau dihitung satu persatu dengan jari yang sepuluh ini tak tercapai rasanya. Banyak.
Kau pernah tak pergi jalan-jalan shopping mall tiba-tiba jalan di depan toys ‘r’ us nampak budak berguling-guling di lantai. Okay bro, aku pun dulu bingit tengok budak-budak menangis. Kemudian, dalam hati soal, kenapa lah parents dia ni tak jaga anak, tak diberi saja apa yang dimahukan, tak kasihan anak ke, tak malu dengan orang ke, dan macam-macam tak lagi. Stop. Kita belum ada anak bro, kita sendiri tak tahu pucuk pangkalnya. Selalunya, apa yang kita tak setuju itulah yang mengajar kita tentang sesuatu yang lain. Jadi seorang yang ada curious untuk belajar tentang segalanya.
Dunia kanak-kanak sangatlah singkat. Kalau dulu kita asyik tak sabar nak meniti usia dewasa, namun Tuhan bagi aku semula waktu-waktu yang aku dan kau pernah sama-sama alami dulu. Literally, bukanlah jadi mengecil macam curious case of benjamin button tetapi Tuhan buka peluang pada mata aku untuk semak kembali diri sendiri. Check and balance. Rupanya, waktu kecil-kecil macam ini ibu bapa besarkan aku. Rupanya, waktu kecil-kecil begini cikgu-cikgu gigih mengajar aku. Subhanallah, tak ternilai semua jasa-jasa itu bro. *Pergi minta ampun cepat dengan ibu-bapa dan guru-guru kau* haha.
Kanak-kanak ibarat kain putih suci. Eceh. Serius, betul! Dunia kanak-kanak adalah dunia paling innocent dan tak berdosa. Sedikit sebanyak dengan cara mengajar kanak-kanak tentang the do’s and dont’s buatkan aku refleksi pada diri sendiri. Ia seolah-olah aku adalah cermin bergerak dan audiens nya adalah anak-anak murid tadika ini.
Kanak-kanak hadir ke dunia sebagai penyembuh. Tanggapan aku pada satu masa dulu, jika dikelilingi kanak-kanak pastilah bertambah soal tekanan dan sakit kepala. Anda fikir saya ada masa untuk sakit kepala? Ternyata iklan tersebut menyimpang. Aku ada masa untuk sakit kepala melayan kerenah panjat meja, menangis di lantai, main hempas pintu, berlari-lari dalam toilet, tetapi kanak-kanak ini yang bagi sakit kepala, kanak-kanak inilah juga yang menyembuhkan. Kau lihat mereka senyum main buaian, kau lihat mereka ketawa menonton kartun, lega rasanya. Senyuman paling ikhlas yang pernah terlahir ke dunia.
Kanak-kanak adalah malaikat kecil. Jika kanak-kanak ini tahu betapa peritnya menjadi orang dewasa, nescaya mereka akan kata saya mahu kekal dalam tubuh sekarang untuk selama-lamanya. Waktu ini, kanak-kanak adalah guru aku yang sebenarnya. Aku belajar daripada malaikat-malaikat kecil ini. Merekalah guru terbaik tentang kehidupan.
Kanak-kanak adalah acuan moral. Kehidupan aku dulu ini tunggang-langgang jugalah. Tuhan beri ujian itu ini sehingga satu tahap aku cakap pada diri enough is enough. Rasa penat betul perasaan waktu itu. Aku tak buang masa lagi, aku fikir mungkin dengan karier ini aku boleh luruskan kembali hidup aku ( macam drama tv3 pula ). Tapi betul. Mengjangkau usia 25 tahun, orang sibuk pilih karier yang boleh naikkan lagi pangkat, naikkan lagi gaji, naikkan lagi kenalan eksekutif. Tapi aku tak. Aku fikir karier yang paling dekat dengan diri sendiri dan tenang. Tenang itulah yang paling mahal dan yang paling susah aku nak jumpa sebelum ini. Dan pooofff!
Maka bermulalah episod-episod baru dalam hidup aku sebagai cikgu tadika lelaki. Ya lelaki. Cikgu Tadika. Kau rasa nak mengamuk tak dengar statement ni? Mesti kau terbayangkan lelaki yang kena menari ikut rentak lagu Didi and Friends, lelaki yang yang buat act ala kawaii, lelaki yang duduk brsimpuh, lelaki yang ton suara ala Siti Nurhaliza dan macam-macam lagilah, kau pun tahu kan. Ya, rata-rata itulah first impression atau first thought orang sekeliling tentang karier luar biasa ini. Kau tak boleh elak. Itu memang sudah ditanam di dalam kepala sejak zaman tok moyang lagi. Tak ada orang suruh kau jadi lembut pun kalau nak jadi cikgu tadika. Jadilah diri kau sendiri. Tunjuk karakter yang meyakinkan, beri sudut pandangan yang baru kepada kanak-kanak ini. Sahut cabaran bukan lari daripadanya.
Tahu tak di luar negara ada juga guru-guru tadika lelaki. Beberapa institusi Universiti dan pusat kajian professioanl menjalankan kajian bahawa dengan kehadiran cikgu-cikgu gender lelaki ini, membuktikan, perkembangan pembelajaran anak-anak tidak kiralah daripada aspek akademik atau life skills, lebih cepat dan holistik. Maksudnya, anak-anak ini berpeluang berhadapan dengan dua gender dan tahu bagaimana cara-cara untuk menguruskan emosi dengan baik. Ia bermaksud keseimbangan karakter yang mereka terima di awal usia tersebut. Penat kau tahu aku google dan baca fakta ini.
dari sini jugalah aku belajar diet pemakanan kanak-kanak, tumbesaran kanak-kanak, kaedah membaca kanak-kanak dan soal emosi kanak-kanak. Memandangkan aku tiada langsung basic tentang dunia pendidikan awal kanak-kanak ini, maka setiap hari ibarat hari baru untuk aku. Siang malam baca artikel.
Mana mungkin ada lelaki nak jadi cikgu tadika? Mustahil! Jatuhlah standard kami.
Sabar bang, sabar bro, sabar tok wan, sabar dik.
Tak pernah ada sejarah lelaki yang buat kerja-kerja wanita, kasta dan darjatnya turun beberapa carta
anak tangga. Tak ada. Basuh pinggan, cuci berak anak, bancuh susu, dodoikan anak, masak, hias rumah, cuci pakaian, sidai pakaian adalah kerja-kerja wanita. Salah total!
Ia bukan kerja-kerja gender, sebaliknya adalah kerja-kerja untuk orang yang tahu duduk letak tanggungjawab dirinya.
Itulah realiti di dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak. Jika diikutkan gaji purata Rm900-RM1000 nak pinang anak dara orang pakai apa? Choki-choki?
Itu sebab karier ini, jarang dipelopori oleh lelaki dan ada sebahagian wanita yang sanggup bertukar kerjaya demi menampung hidup. Ya, itu pilihan hidup masing-masing. Tiada siapa yang menang atau kalah di sini. In fact, di luar negara pun bayarannya masih dikategorikan tidak setimpal (underpaid) dengan apa yang dilakukan. Logiknya di sini, kerja apa saja yang setimpal? Tak ada. Semuanya sudah ditetapkan rezeki masing-masing dan Tuhan berkehendak untuk menarik dan memberi pada bila-bila masa saja. Kalau hang tanya PM pun dia kata tak cukup lagi gaji sedia ada.
Jadi, jika ada ada bro-bro atau sis-sis di luar sana yang masih ragu-ragu bolehkah diri anda jadi cikgu tadika? Say no more. Cari saya di
instagram. Boleh tanya apa saja di sana.
Sekian dowload confessionku, sembah patik harap diupload.
sir xxxx.
– Sir xxxx
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit