Apa Yang Aku Kejar Dalam Hidup Ini

Hai, nama aku Joy. Nama penuh Joyah, haha. Masih single dan available. PM tepi kalau nak berkenalan. Hehe okay gurau.

Background aku ni sekarang ni adalah dalam golongan M40. Doakan aku berjaya masuk golongan T20 ya teman-teman.

Aku nak cerita pasal kehidupan berkisar harta, duit, kekayaan dan reality.

Sekarang aku masih single, sebab aku nak cari orang kaya sebagai teman hidup. Kau judge la aku tara mana pun, aku tetap nak cari pasangan yang kaya, steady, dan paling penting tak kedekut dengan bini. Terpaling penting, kena single jugak. Aku tak nak jadi penyondol berwarna pink.

Okay sabar jap. Jangan marah aku lagi.

Ceritanya begini.

Aku ada cousin kepada cousin aku. Nama dia Melur. Laki dia nama Firdaus. Ala-ala Melur untuk Firdaus gitu. Melur ni kira cinta mati la kat laki dia, memang dulu tentangan keluarga dari kedua belah pihak tu hebat gila.

Tapi merpati dua sejoli ni tetap mengharungi onak dan duri dalam percintaan secara kepahlawanan mat kilau gitu, lalu berJoya la depa berdua disatukan walau bermacam ancaman datang.

Tapi gitu la, mak bapak ni halang bukan sebab dorang berperangai british penjajah tu sangat pun. Sebab depa kenal anak-anak depa tu macam mana.

Fast forward 10 years later, anak dah dua, si Firdaus ni pulak yang berperangai british penjajah. Haha. Firdaus tak nak Melur kerja, nak Melur jadi surirumah sepenuh masa, tapi kedekut dengan bini dan anak-anak (according to Melur la).

Anak-anak pulak grown up jadi manusia T20 entah dari mana lifestyles gitu dorang kaut, semua benda mahal dia nak. Tapi takut nak mintak dengan Firdaus, sebab si bapak ni garang dengan anak.

Melur kesian kat anak, tapi tak ada duit sebab si bapak bagi cukup-cukup makan jer tiap bulan.

Pastu mula la si Melur ni stress. Dia cerita kat aku (sebab kitaorang satu keluarga besar yang sangat rapat walaupun sepupu jauh)

Si Melur ni akan cerita yang tak best jer pasal si Firdaus. Tapi tak ke hairan kenapa tak cerai jugak?

Sebab of course la ada kebaikan si Firdaus yang buat si Melur ni masih melekat. Cuma tak cerita la sebab nanti jadi tak best cerita dia pasal keburukan Firdaus ni, nanti takde orang nak support dia.

Tapi bila aku tengok balik kehidupan Melur dan Firdaus ni, ya aku setuju Firdaus ni kedekut. Tapi kedekut dia tu bagi aku acceptable. Sebab…

1. Dia beli 4 buah rumah, tiap-tiap bulan masih dibayar sebab dia invest untuk Melur dan anak-anak.

2. Firdaus dah beli semua makanan, pakaian dan sebagainya tanpa berkira. Okay sini boleh nampak kenapa anak-anak dua orang tu berperangai T20, sebab bapak dia tak berkira beli barang branded untuk dorang.

Tapi tak selalu, dalam setahun 2, 3 kali time musim perayaan dan sebagainya, bagi aku dah cukup la tu sebenarnya. Kalau ikut cerita Melur, tak cukup huhu.

3. Firdaus kerja siang malam, takde lagi episode curang setakat ni. Kalau ada pun salah faham sebab kerja, Melur ada banyak masa kat rumah untuk fikir bukan-bukan pasal laki dia kat tempat kerja.

4. Firdaus bukan pemalas. Kalau dia cuti, dia akan jadi tukang masak kat rumah. Cuma ya lah, mulut dia tu berleter kadang-kadang tu aku dengar pun panas. Tapi tak ke Melur pun sama time berleter. Macam peluru siak.

5. Dia bagi nafkah kat Melur – kalau tengok nilai memang sikit berbanding jumlah gaji si Firdaus ni. Tapi Melur tak perlu dah beli makanan pakaian sendiri. Kalau ada terbeli pakaian ke apa, Melur boleh jer claim balik dengan Firdaus.

So kat sini, korang nampak tak apa pentingnya duit sendiri?

Melur ni kalau orang luar tengok, pakaian branded, gelang dan rantai emas pun banyak, bawak kereta pun kereta mewah. Tapi dia sendiri rasa tak cukup.

Sebab bagi dia, dia nak pegang duit (yang banyak) sendiri. Duit yang dia boleh beli apa yang dia dan anak-anak nak tanpa perlu mintak izin Firdaus.

Tak pasal-pasal Melur dah kelihatan menjadi isteri yang tidak bersyukur di mata seorang Joy. Just in case korang lupa Joy tu siapa, Joy tu adalah aku si penulis, aka Joyah.

Cerita kedua, pasal makcik aku. Nama dia Lisa Blackpink. Serious dia cantik macam Lisa Blackpink. Cuma laki dia jer muka melayu tulen kihkihkih. Manis tu ada lah. Laki dia nama Namjoon BTS. Hahaha!

Si Namjoon ni kerja biasa-biasa saja. Lisa pulak kerjanya luar biasa. Tapi cerita kali ni, Lisa ni sendiri offer untuk berhenti kerja sebab environment toxic kat tempat kerja. Aku sebagai orang luar, setuju sangat dengan keputusan Lisa masa tu.

Lisa hampir dapat mental breakdown sebab toxic sangat perangai boss dia.

Untuk seorang Lisa yang level T20, simpanan dia banyak. Lima tahun pertama selepas dia berhenti kerja bagi dia tiada apa-apa. Loan takde, lifestyle dia pun biasa-biasa takde level Neelofa sangat pun.

Tapi apa kejadiannya selepas 5 tahun?

Namjoon masih dengan kerja sama. Lisa masih dengan lifestyle yang sebenarnya tak cukup dengan gaji semasa si Namjoon.

Selepas lima tahun berlalu, duit simpanan dah susut. Mak ayah memang tak terfikir la nak bagi duit kat si Lisa ni walaupun nenek saudara aku tu kaya nak mati.

Lisa ni walaupun level makcik dengan aku, tapi dia sebenarnya tua 4 tahun jer dari aku.

Selalu la si Lisa ni bercerita tentang Namjoon yang tidak berguna sebab masih tak mampu bagi dia kemewahan. Dia nasihatkan aku macam-macam sebelum kahwin. Aku ni angguk-angguk je la dengar nasihat dia.

Tapi Namjoon dah bagi:

1. Duit nafkah setiap bulan. Makin naik nilai dia walaupun tak cukup banyak bagi Lisa.

2. Rumah yang selesa, besar jugak sebenarnya rumah dorang. Siap ada kolam renang kau tahu. Cuma jangan la bayangkan rumah anak CEO Megah Holding tu. Kolam renang biasa-biasa je.

3. Anak-anak cukup serba serbi. Sekolah tadika pun tempat yang retis-retis hantar anak tu.

Cuma Namjoon belum mampu la nak bawak Lisa pergi overseas, shopping sakan guna unlimited credit card. Sekarang Lisa pun sama level dengan Melur di mata aku. Tak bersyukur. Punca nya sama, sebab tak ada duit (yang banyak) sendiri.

Tapi kalau aku bagi sebijik kat Melur dengan Lisa ni ayat “kau tak bersyukur ek” memang mati aku kena kecam. Confirm dorang akan cakap aku tak kahwin lagi aku takkan faham, aku takde kat tempat dorang aku takkan faham.

Ye la ye la. Aku setuju je la dengan korang dua demi keamanan sejagat.

Tapi korang dua pun tak faham dan tak nampak padangan dari pihak aku ni macamana. Hahaha.

Cerita ketiga. Ni pasal member baik aku dari golongan sekolah rendah dulu-dulu.

Dia cantik, lawa, kulit pun putih, hot la kata orang. Tapi dia single.

Nama dia Jihyo.

Kami berdua ni antara geng-geng single tapi stable dari segi mental, economy dan physical.

Dua-dua sejenis yang tak kisah habiskan duit untuk jalan-jalan dan melancong. Tapi kami berdua juga sejenis workaholic, jadi memang tak sempat nak cari jodoh. Sempat cari masa untuk jalan-jalan je.

Recently, si Jihyo ni bagitahu aku dia rasa sunyi. Dia tiba-tiba rasa nak berlaki. Hahaha. Malang sekali, takde lelaki single yang available setakat ni untuk Jihyo.

Dulu ada seorang lelaki ni, Namanya Jimin. Kacak, ada rupa, sangat sesuai la dengan Jihyo. Tapi time tu Jihyo eksyen, macam aku sekarang la. Acah-acah susah la hidup kalau ada laki, tak bebas la, blablablabla…

Jimin ni pernah confess kat Jihyo, tapi kena reject gitu je. Jimin frust, tiba-tiba dia confess kat aku pulak. Of course la aku reject. Apehal lepas Jihyo reject dia terus nak kat aku tanpa tanda seru mahupun nokhtah walaupun seketika.

Lepas kami reject Jimin, Jimin tiba-tiba berubah macam jadi gay pulak. Aku pun takut dah tengok kehidupan dia sekarang ni. Memang tu diri dia ke atau dia frust sangat ke apa aku pun tak tahu.

Berbalik pada Jihyo yang tiba-tiba dapat ilham nak berlaki ni, dia mula la dah up status pelik-pelik kat whatsapp, macam diri tu dah murah pun ada. Padahal gaji dia mahal kot tiberrr.

Paling aku tiba-tiba rasa seram, abang aku nak try Jihyo. Nama abang aku Kwang Soo.

Tapi abang aku ni tak guna. Kerja main-main. Takde pendapatan tetap. Dia hidup senang sebab parents aku support dia. Kalau single boleh lah. Ni nak berbini, confirm Jihyo akan meroyan selepas fasa honeymoon berlalu sat lagi.

Maka aku pun menjalankan tugas aku sebagai penghalang kisah cinta mereka yang kelihatan mula berputik. Macam-macam aku buat untuk Jihyo ni nampak keburukan Kwang Soo. Tapi gitu lah. Abang aku ni ada rupa jugak, so Jihyo senang-senang je jatuh cinta.

Maka bertunang la keduanya. Mission aku failed teruk time tu.

Tapi aku tak putus asa. Selagi Kwang Soo ni berperangai di takuk lama, takkan aku biarkan dia musnahkan hidup kawan baik aku. Aku bagitahu mama papa aku pasal ketidak puasan hati aku dengan perangai Kwang Soo yang tak nak kerja betul-betul sebelum kahwin.

Tapi malang. Mama aku ni typical mak-mak melayu. Anak lelaki dia jer yang betul. Geram pun ada.

Entah kenapa suatu malam time aku lepak depan rumah dengan Kwang Soo, aku bagitahu dia Jihyo nak berhenti kerja lepas kahwin. Dan aku cerita lifestyle Jihyo ni macam mana. Perangai Jihyo yang terbiasa hidup mewah dan sebagainya.

Terus abang aku ni turned off. Dia call Jihyo on the spot, lalu berlaku la salah faham antara dorang angkara aku.

Fast forward few weeks later, dorang berpisah cara tak baik. Abang aku tak properly putuskan pertunangan tu. Ada ke patut gaduh-gaduh baling cincin macam budak tadika. Parents aku pun takde la nak gi jumpa parent Jihyo cakap baik-baik.

Sejak tu aku dengan Jihyo pun jadi macam awkward. Tapi masih lepak mall bersama-sama time kami free haha. Cuma tu la ada aura awkward tu. Kalau lah Jihyo tahu tak best pun kahwin dengan Kwang Soo si pemalas tu…

Tapi again, aku bukan nak burukkan abang or parents aku. Cuma be realistic. Dengan kadar inflasi Sekarang ni, kalau kau pun taknak ubah hidup kau jadi lebih baik, macamana kau nak jaga makan minum anak orang?

Korang doakanlah abang aku tu berubah. Doakan parents (mama) aku jugak. Hahaha!

Sorry mama, Joy sayang mama tapi mama ni typical mak lebihkan anak lelaki sangat. Not fair for me basically. Tapi papa lebihkan aku, fair lah kot untuk kami dua beradik, bukan untuk pasangan kami hahaha.

Kisah terakhir, pasal aku dan Jungkook BTS, bukan Jungkook running man. Penting tau untuk korang bayangkan rupa Jungkook ni kahkahkahkah. Nanti senang korang faham kenapa aku frust teruk haha!

Jungkook ni anak kepada owner tempat kerja aku. Dia pun kerja situ jugak, dia jadi boss untuk team aku.

Jungkook ni ada semua yang aku idamkan.

Single, kaya, rupa not bad, comel, tak kedekut, kelakar orangnya, rajin.

Tapi satu jer sangkut. Dia tak solat.

Macam mana aku tahu? Kalau kau dah kerja satu team dengan someone tu for quite some time, memang kau tahu ada orang solat, ada orang tak. Ada orang terlalu berjaga-jaga dengan halal haram, ada yang ambil mudah.

Aku pun bukan baik sangat. Tudung pun ngam-ngam je tutup dada, kalau angin tiup kuat-kuat memang terangkat habis la. Stoking memang aku pakai sebab kulit kaki aku sensitive, senang inflamed kalau tak berstoking.

Tapi pasal solat, aku sangat berjaga-jaga. Aku mungkin tidak solat awal waktu, tapi aku tidak akan sekali-kali tinggalkan solat dengan sengaja. Aku takut.

Aku mungkin bangun subuh selewat pukul 6.45 pagi atau pukul 7.00 pagi, tapi aku akan solat walaupun segajah mana subuh aku tu.

Maka bila Jungkook tunjuk yang dia minat kat aku, kau boleh bayang tak aku macamana? Memang aku ni wanita yang paling bahagia hidup kat muka bumi ni. Weih dia ada everything yang aku nak kot. Mimpi jadi kenyataan.

Tapi di akhir zaman ni, macamana aku nak hadap kehidupan kalau imam aku tak solat?

Aku mulanya jadi tipikal perempuan melayu, yang fikir oh he will change after marriage. Di sinilah kawan baik aku dari golongan sekolah menengah dulu datang dan smack kepala aku kuat-kuat to get back to reality.

Kawan aku ni namanya Nina.

Nina ni dah kahwin, jadi dia agak matang la dalam bagi nasihat bab-bab perkahwinan. Tapi issues dalaman rumahtangga dia aku tak tahu sebab dia bukan jenis bercerita tentang rumahtangga dia.

Aku jadi macam Jihyo suatu ketika dahulu. Bagi aku peluang macam ni hanya datang sekali je kot. Tapi Nina kata, peluang sekali macam ni lah yang mungkin akan hancurkan hidup aku selamanya. “Don’t expect anyone to change, people don’t really change”.

Tu kata Nina. Setelah beberapa sesi brainwash dengan Nina, barulah aku akur dengan pentingnya untuk pasangan kita solat.

Maka aku berterus-terang dengan Jongkook bila dia confess kat aku. Nampak lah muka dia macam menyampah sebab aku tegur dia tak solat. Dia akui dia tak solat, dan dia takde cakap pun nak berubah. Why oh why oppa? Dari situ aku lega sebab aku reject dia. Bye Oppa.

Maybe bila oppa dah start jaga solat, kita akan kembali menyatu? (masih berharap hahaha!)

Dan sampai hati Oppa kicked saya dari team oppa. Tak guna betul! Susah tahu tak kerja dalam team baru. Takpelah oppa, as long as saya tak kena buang kerja, ajikdo saranghae!

Fasa move on aku pun agak mencabar. Kadang jumpa Jongkook kat tempat kerja, jadi jiwang sorang-sorang, frust dan sedih. Tapi aku dah doa banyak-banyak dah moga teguh pendirian aku ni.

Begitulah sedikit sebanyak ragam hidup aku dan orang sekeliling aku.

Tahun ini aku sudah berusia 33 tahun, sama umur dengan Neelofa, tapi masih tak sama kaya dengan beliau. Takde kaitan sangat Neelofa dalam hal ni, tapi saja nak petik nama orang cantik dan successful macam beliau.

Birthday aku tahun ni aku habiskan dekat sebuah pulau dengan Jihyo dan kawan-kawan kami yang lain.

Masa aku banyak dihabiskan dengan renung laut yang indah. Banyak aku fikir pasal hidup ni. Apa yang aku kejar? Apa yang aku nak? Aku hanya hidup untuk tunggu mati je ke?

Maka terhasilah penulisan ni. Random thoughts. Lama dah tak menulis. Jihyo dah bising sebab aku masih dengan laptop aku time bercuti, padahal aku cari ilham untuk menulis setelah sekian lama tak menulis.

Okay bye!

– Joyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *