Apa Yang Dia Nak?

Hello, izinkan aku mula dengan sedikit pengenalan tentang aku, isteri dan keluarga aku. Aku Fin, seorang analyst di sebuah syarikat berpengkalan di US.

Sudah berkahwin selama 3 tahun, tidak mempunyai anak. Isteri aku, Lia, tidak bekerja atas persetujuan bersama, memandang aku lebih daripada mampu untuk menyara kami berdua.

Keluarga aku boleh dikatakan senang dan aku mempunyai 3 adik beradik lain yang juga punya kerjaya yang baik.

Aku dibesarkan di dalam keluarga yang mana semuanya harus tertib, kemas dan teratur. Baik daripada pengurusan rumah sehinggalah kepada pengurusan diri.

Ini kerana ayah aku tidak suka sekiranya kami comot, rumah tak terurus dan segalanya tunggang-langgang. Kata ayah, imej keluarga merupakan cerminan dirinya selaku nakhoda.

Jadi, ibu aku sentiasa berdandan rapi walaupun hanya di rumah menunggu ayah balik kerja. Rambutnya ditata kemas, mekap, berwangian dan berpakaian cantik.

Sudah dididik, kami empat beradik juga begitu. Sentiasa berpakaian kemas, tertib dan beretika walau hanya di rumah.

Ipar duai yang lain pun seperti memahami tradisi keluarga kami dalam menjaga imej juga penampilan diri. Masing-masing segak dan kemas, ketika bertandang ke rumah ayah.

Tapi, berbeza pula hal aku dan isteri. Sebelum berkahwin, aku sudah menjelaskan perihal keluarga aku dan expectations aku terhadapnya.

Faham kata Lia waktu itu. Expectations aku cuma dia menjaga penampilannya di rumah juga di luar, baik dalam ketiadaan aku atau ketika aku di rumah. Berdandan, berhias cantik seperti mana ibu selalu menunggu ayah pulang.

Dua minggu pertama perkahwinan, semuanya seperti yang aku harapkan. Isteri aku cantik dan sempurna di mata aku. Mungkin sebab aku ada di rumah. Sehinggalah aku kembali bekerja.

Di ofis, setiap kali aku buka CCTV di telefon, Lia cuma bersinglet dan berseluar pendek.

Kadang-kadang, selepas workpit, lagilah selekehnya. Hilang terus imej wanita yang aku tatap dua minggu pertama itu.

Pernah juga aku nampak Lia sedang makan di meja sambil kaki dinaikkan ke atas kerusi. Santai sungguh gayanya. Kalau ayah atau ibu nampak, pasti teruk aku kena leter.

Ambil Foodpanda pun Lia berpakaian yang sama. Rambut sekadar ikat, baju tshirt lusuh. Stress betul aku. Mesti orang ingat aku tak jaga penampilan isteri, sama selekeh sepertinya.

Pernah sekali, kakak aku singgah hantar makanan, Lia sambut dengan cuma bertracksuit dan tshirt. Memang teruk aku dibahan kakak selepas itu, katanya aku dah malas ambil kesah pasal diri selepas kahwin.

Bukan itu saja, ada hari aku akan pulang awal daripada ofis, sebagai surprise kepada si isteri. Sampai saja di rumah, dia ketika itu masih dalam baju tidur.

Melihat aku pulang, barulah Lia tergesa-gesa nak bersiap. Menunggu dia selesai saja sudah membunuh mood aku.

Tu belum dikira dia pulang ke rumah keluarganya lagi. Memang langsung tak peduli penampilan diri. Malu betul aku. Tapi Lia biasa saja, tak kisah langsung.

Apabila aku suarakan, Lia menangis. Merajuk. Katanya hidup dia macam dalam penjara. Kena control. Aku betul tak faham dengan perempuan.

Oh sebelum korang semua kecam, Lia di rumah hanya goyang kaki. Setiap hari, akan ada cleaner yang datang mengemas dan mencuci rumah.

Nak makan pula, Lia boleh order Foodpanda/Grab atau pun reheat makanan yang sudah aku sediakan. Pendek kata, Lia tak perlu buat apa pun.

Sekadar duduk di rumah dan menjaga diri serta penampilan seperti yang aku mahukan. Segala macam keperluan diri, luar dan dalam, semua aku sediakan.

Tanpa mengira harga. Tapi tetap, Lia ambil sambil lewa. Mungkin pada pandangannya, aku tak ada di rumah jadi dia tak perlu berhias. Tapi aku memang tak boleh terima kalau itu yang dia fikir.

Selalu aku baca, kalau nak isteri cantik, suami jangan kedekut keluar duit. Dah aku willing to invest, dia cakap macam dalam penjara pulak.

Apa perempuan nak?

– Fin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *