Assalamualaikum semua. Disini aku hanya ingin meluah perasaan yang terbuku dalam hati. Setidaknya boleh meluah sedikit rasa beban ini.
Aku A, perempuan. Berusia akhir 20an merupakan anak tunggal sejak kecil. Ditatang bagai minyak yang penuh oleh arwah ibu dan ayahku.
Arwah ibuku meninggal tahun lepas sehari selepas pulang mengerjakan haji. Semoga arwah mengampunkan semua dosa2 arwah ibuku. Betapa mudahnya pemergian ibuku.
Arwah ibuku merupakan bekas guru. Aku saksi air mata ibuku terhadap ayah sejak kecil lagi. Cerita ini mengenai ayahku.
Ayah aku memang manjakan aku sejak kecil. Segala apa yang aku mahu akan ditunaikan. Aku sayang ayahku.
Namun. Sejak kecil aku menjadi saksi segala dosa terangan yang ayahku buat. Ambik aku dari sekolah agama kemudian singgah di kedai toto.
Nak beli barang katanya. Allah. Walaupun berumur 10 tahun ketika itu, aku tahu benda tu.
Tapi aku diam dan rasa sangat malu. Apalah daya budak usia tu. Pernah aku nampak ayahku curi curi makan rambutan ketika bulan puasa.
Aku bagitau arwah ibuku. Mereka bergaduh dan tidak kemudian berbaik. Arwah ibu dan ayah selalu bertengkar soal kewangan.
Duit ibuku selalu hilang. Kadang balik sekolah ibuku menangis kerana duit yang disimpan untuk beli makanan hilang. Bila tanya ayahku of course dia tidak mengaku.
Ibuku orang yang gemar barang kemas. Simpanan barang kemas ibuku pun hilang. Ayahku buat cerita ada orang pecah masuk rumah.
Arwah ibuku percaya dengan ayah. Lagi sadis tabung raya dari kecil aku simpan selalu hilang. Sampai ada satu masa aku kata dengan arwah ibuku aku dah tak nak menabung sebab tak guna menabung tapi duit selalu hilang.
Belum sempat untuk masukkan dalam bank. Ibuku tau itu perbuatan ayahku. Ayahku tidak akan mengaku dan siap bersumpah.
Mereka akan bergaduh dan akhirnya ibuku akan beralah dan meminta maaf. Aku tau disudut hati arwah ibuku ketika itu dia tau itu perbuatan siapa. Untuk pujuk aku ketika itu, arwah ibu gantikan balik duit tabungan ku yang hilang dan terus masukkan di dalam bank.
Masa kecil, aku dah merasa pengalaman sembunyi daripada ahlong. Ahlong datang ke rumah mintak duit dan cari ayahku. Kami memyorok ketika itu.
Ketika itu ibuku bekerja. Seusia muda masatu aku ikut sahaja ayahku. Tup tup ada satu hari tu arwah ibu keluarkan duit simpanan.
Masuk kereta sambil menangis beri kepada ayahku. Ayahku menangis dan berjanji akan pulangkan. Sampai dewasa aku tak pernah nampak ayahku pulang duit ibuku.
Pernah ibuku berseloroh bertanya tapi ayahku buat tak endah. Allah. Aku rasa duit yang dikeluarkan tu untuk lunaskan hutang ayah.
Ini semua aku cerita pengalaman aku dari kecil sampai dewasa. Pembaca boleh melihat betapa dari aku kecil hingga dewasa pengorbanan ibuku terhadap ayah. Lupa nak bagitau.
Ayahku hanya bekerja sebagai peraih sawit biasa. Dalam doa arwah ibuku setiap hari mengharap ayahku untuk bertaubat. Ayahku tidak pernah pergi masjid.
Sembahyang jumaat. Usahkan solat jumaat, solat biasa pun culas. Ibuku selalu tegur ayah.
Selalu bukak ceramah kuat2 sebelah ayahku tentang dosa meninggalkan solat jumaat. Ikutkan ayahku merupakan cucu imam.
Namun betullah. Iman tak dapat diwarisi. Arwah ibu cerita dia dan ayah dijodohkan oleh keluarga. Ibuku taat pada arwah atuk untuk menerima pinangan walaupun ibuku berat untuk menerima.
Sekarang aku cerita masalah sebenar. Dalam aku pertengahan umur 28, ayahku disahkan menghidap kencing manis dan kaki nya terpaksa dipotong.
Masatu hanya tuhan yang tahu. Arwah ibuku sabar menemani ayahku. Ayah aku down tapi ibuku disisi.
Jaga ayahku dan ulang alik hospital. Ibuku sanggup keluarkan duit untuk kaki palsu ayahku. Aku dan arwah ibu sama2 tong tong duit beli kaki palsu.
Walaupun waktu itu ibuku memang simpan duit tu untuk kegunaan jika dipanggil mengerjakan haji. Aku nampak penyesalan sementara ayahku ketika itu. Kalau sebelum ni, ayahku memang simpan hasil duit sawit yang dia petik.
Tak bagi ibuku merasa walaupun kebun sawit tu atas nama arwah ibu. Ketika kaki sudah dipotong, dia insaf sementara untuk beri duit tu dan jugak kerap beli barang2 dapur yang tidak cukup. Bahagi kami ketika itu.
Oh ya walaupun ada kaki palsu namun ayahku setiap hari di bangku wheelchair. Sampai sekarang. Kaki palsu tu untuk kegunaan jalan dekat je.
Dan juga nak tutup malu dia dari orang ramai ketika di luar rumah namun, sikap ayahku ni tidak lama. Waktu bulan puasa dengan selamba minum dengan alasan tidak larat.
Ibuku faham mungkin dari simptom sakit kencing manis dia tidak boleh hypo. Namun yang malunya, dia ajak kawan2 muda dia merokok. Di belakang rumah.
Lupa. Sejak tiada kaki, ayahku tidak berkerja. Dia upah budak2 muda untuk bersihkan halaman rumah. Budak2 muda ni yang dia ajak merokok.
Kantoi dengan ibuku. Ibuku mengamuk. Malu betul masatu.
Orang kata lagi tua mengajak yang muda ke arah kebaikan namun ini sebaliknya.
Oh ya. Aku lupa. Korang tau apa yang ayah ku minum ketika bulan puasa? Air k*t*m guys. Dengan alasan boleh sembuhkan penyakit kencing manis dia.
Ayahku dapat stok dari kenalan dia. Apalah daya aku dah arwah ibu ketika itu. Tidak lama selepas itu, aku dapat tau ayahku curang belakang arwah ibuku.
Kantoi ketika aku terbaca wasap ayahku. Ayahku mintak aku betulkan hp dia yang kerap hang. Ada no tak dikenali panggil wasap ayahku dengan panggilan sayang.
Mendidih aku ketika itu. Waktu tu bulan puasa guys. Balik tu aku memang tak bercakap dari ayahku.
Aku pendam kemarahan. Aku serabut tak tau cara nak bagitau arwah ibuku. Allah.
2 hari sebelum puasa aku kumpul keberanian. Aku tunjuk ss wasap luc*h ayahku dengan perempuan tu kepada ibuku. Ibu hanya diam.
Tak mengeluarkan air mata. Tarik nafas dan confront dengan ayahku. Yang pelik nada ibuku hanya senada.
Tidak nada tinggi. Mengharap jawapan dari ayahku. Yang kelakar sampai kesudah ayahku tak mengaku.
Walaupun tunjuk bukti. Esoknya mereka tidak bertegur. Aku tak nampak ibuku sikit pun mengalirkan air mata.
Setiap hari ibuku sembahyang tahajud. Mungkin ketika itu arwah ibuku melepaskan segala kesedihannya. Cuma yang aku pelik lusanya mereka berbaik.
Itu pun arwah ibuku yang mulakan memohon maaf. Ayahku mengaku ketika itu dan berpura2 sudah putus. Aku waktu tu tak boleh nak hadap lagi ayahku.
Aku ambil langkah ignore bila bertembung ayahku. Ibu pesan kepada ku tidak baik jika bermusuh lebih 3 hari. Lagi2 itu ayahku.
Allah. Aku tak tau mana datang kekuatan ibu menerima semua tu. Kalau aku rasa dah lari rumah atau minta cerai.
Selepas puasa. Arwah ibuku dapat panggilan haji. Gembira arwah ibuku.
Akulah yang teman arwah ibu ulang alik pejabat tabung haji. Namun, nama aku dan ayahku tidak naik waktu itu. Ibuku sedih sangat.
Sanggup nak keluarkan duit untuk sponsor ayahku sama sama pergi haji pakai pakej swasta. Ibuku nampak beria namun ayahku banyak alasannya. Dia kata dia susah tiada orang yang nak jaga kat sana.
Sedangkan ibuku dah pujuk. Sanggup nak keluarkan modal hire mutawif. Pun ayahku bagi bermacam alasan.
Sudahnya ibuku pergi seorang ke tanah suci. Ibu gembira tapi nampak terkilannya waktu tu tidak dapat pergi bersama2 satu keluarga. Waktu tu aku masih mode silent lagi terhadap ayahku.
Hanya bercakap ketika perlu. Sepanjang arwah ibuku di sana. Ayahku banyak kali bergayut senyap2 dengan skandal dia.
Waktu ni aku menangis semahunya. Aku tak cerita perkara ni kepada arwah ibuku. Kalau video call pun hanya cerita pasal update aktiviti arwah ibuku di sana.
Satu hari aku meletup dengan ayahku. Aku naik suara cakap apa dosa arwah ibu. Waktu ni ibuku masih menunaikan haji.
Ayahku diam. Sebab akula saksi segala penderitaan ibu. Walaupun ibu tak pernah share atau tunjuk tapi aku boleh rasa.
Bahkan family arwah ibuku pun tidak pernah tau masalah rumahtangga ibu. Semua ingat ibuku bahagia. Lusanya aku ingat lagi waktu tu kami perlu ambik arwah ibuku di airport.
Aku memang masih marah dengan ayahku dan tinggalkan ayahku sorang dirumah dan terus ambik ibuku di airport pukul 2 pagi. Aku cakap dekat ayah yang dia tak layak nak jemput arwah ibu. Aku drive sambil menangis sepanjang jalan.
Semasa pickup ibu, ibu tanya aku mana ayahku. Aku cuma jawab ayah tunggu di rumah. Ibuku pelik namun tidak bertanya.
Waktu tu aku pendam je dalam hati taknak bagi ibu susah hati. Biarkan dia tenang. Walaupun mulut ni hendak sahaja aku luahkan.
Ibuku nampak penat ketika itu. Mukanya pucat namun aku bersangka baik. Mungkin penat.
Takdir Allah sampai. Di rumah ibuku cirit birit. Aku hendak bawak ke klinik tapi ibu menolak.
Arwah ibu lemah. Aku cakap dengan ibu untuk bersiap selepas maghrib untuk pergi hospital. Namun takdir Allah.
Ibuku pengsan dan pergi untuk selama lamanya. Ya sehari selepas balik haji. Allah.
Semasa pengebumian arwah, ayahku langsung tidak nampak sedih. Depan saudara mara nampak fake tapi belakang lain yang aku tengok. Aku masih silent mode dengan ayahku ketika itu.
Depan saudara mara kami berpura2 ok. Nah. Ini lah kemuncaknya.
Kata orang kalau lepas umur 40 tidak bertaubat lagi maka kebarangkalian untuk teruskan kemungkaran tu memang tinggi. Mari aku buat point. Aku penat buat karangan
1) Beri duit kepada ayahku untuk upahkan orang pasang kepok. Namun duit tu ke ah long guys. Sedih aku.
Maseni aku try untuk berbaik tapi bila tengok nisan ibuku tidak dibuat mengamuk aku. Ayahku seperti biasa diam seolah olah tiada salah. Kecewa aku.
2) Masih berskandal dengan perempuan yang sama. Yang lagi sadis aku dapat tau mereka dah 10 tahun bercinta. Makna dari zaman aku dan arwah ibuku bersusah payah turun naik hospital jaga ayahku.
Kalau tau aku tinggal je ayahku di hospital masatu.
3) Paksa aku cepat2 uruskan pencen arwah ibuku untuk ayahku. Waktu ni bodoh nya aku.
Keluarga yang ramai tak tau push2 aku untuk tolong ayah dapatkan pencen tu. Bila dapat pencen tu, kad pencen tu dia serah kat ah long wei. Baki dalam 1000 dia guna untuk harian.
Untuk aku? Memang takdelaa. Mana aku taau?
Aku pasang wasap web tengok conversation wasap ayahku. Untunglaa ah long tu
4) Hasil kebun dari arwah ibuku aku tidak merasa.
Kebun tu sudah ditukar atas nama aku. Ayahku upah orang dan simpan hasilnya. Aku sedar aku tidak pandai menguruskan namun aku bagi modal untuk bersihkan kebun tu.
Bila diminta ayahku seperti biasa senyap baru2 ni yang buat aku marah. Aku dapat tau ketika aku pergi kerja ayahku bawa pulang perempuan tu dalam rumah yang ibuku bina.
Lupa. Sebelum meninggal arwah ibu dah tukarkan atas nama aku.
Allah. Menggigil aku. Malu dengan jiran satu hal. Waktu puasa pulak tu guys.
Allah. Kemudian tengok2 bilik mak aku dah bersih guys. Telekung dan baju 3 helai aku simpan buat kenangan disimpan dalam kotak.
Nak tau apa. Aku baca curi2 dengar call ayahku yang mereka dah nak kahwin. Dan yang kemas baju2 arwah ibu ku tu skandal ayahku.
Allah. Aku buntu guys. Sampai sekarang aku tak bercakap dengan ayah.
Namun aku terkejut dengan conversation yang aku dengar. Aku tak kuat nak confront. Allah.
Aku tak rela nak duduk sebumbung dengan perempuan perosak rumah tangga ibu. Kadangkala aku tertanya apa lagi dosa yang ayahku buat belakang aku. Berharap aku dapat kata2 nasihat untuk bertindak rasional.
Betul aku tak kuat. Aku tak berani nak luah dekat saudara mara sebab malu sangat. Adakah akhirnya aku yang kena mengalah keluar dari rumah yang ibuku bina.
Adakah orang kejam itu akan bahagia selamanya.
– A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bagus mak awak ni isteri solehah. Tapi kebaikan dia tu dah menyusahkn org lain. Kalau mk tegas Dari awal paling tidak ayah kurang sikit buat kesilapan hidup. Sbb pengakhiran dia dah nmpk dah..mmg akan hancur..lg teruk bukan kt Dunia je..akhirat nnti pon sama
anon,
1. biarkan je bapak awak tu kahwin dgn perempuan s**d*l tu, biar dia rasa perit tak perit jaga bapak awak yang dah takde kaki tu, rumah kata pergi kubur kata mari pon masih tak sedar diri.
2. selepas diorg kahwin, mintak diorg keluar dari rumah tu sbb tanggungjwb suami kena bagi tempat tinggal as nafkah. tu rumah awak. bukan urusan awak nak menafkahi bini baru dia.
3. mintak balik kad bank yg ahlong pegang tu. pandai2 la laki bini tu settle. untuk hasil ladang awak tu, mintak org yg kerjakan ladang tu bagi direct dkt awak. sama ada awak nak bagi sikit wang ihsan utk ayah awak atau tidak itu terserah.
sebab terlalu dimanjakan sgt dari dulu, dia tahu mcm mana tahinya perangai dia, org takkan buang dia. so anon, now its ur turn to avenge for your mother’s death.
setuju dengan L.
ayah awak ni takde tanda tanda nak berubah pun anon, angkatla kaki. biar je perempuan tu jaga dia, nak sangat kan.. ayah awak tu ingat semua perempuan boleh jadi baik macam arwah mak awak ke. silap silap haribulan tak lama lepas kawin, perempuan tu tinggalkan ayah awak sebab semua sisi gelap ayah awak dia dah nampak, time tu baru tahu langit tu tinggi ke rendah.
arwah mak anon baik sangat. mesti hati dah takde sebenarnya ayah anon, tapi sebab arwah mak anon fikirkan akhirat, hadap dengan redha je semua tu tetap jadi isteri yang taat.
isteri isteri luar sana yang ada suami teruk macam ni, takpayah la guna alasan “fikirkan anak” atau “kesian anak takde ayah”, kau tengok, anon ni.. bahagia ke ada ayah macam tu? baik takde ayah rasanya, hidup lagi terjamin. think!
Ayah awak tu tidak akan berubah. Sekarang mudah aja. Awak ceritakan semua kisah dan masalah ini kepada keluarga pihak ibu untuk nantu awak hadap ayah awak yg masih tak sedar diri tu. Rumah dan tanah sawit nama awak. Biarkn ayah tu kawin dgn perempuan tu supaya perempuan tu jaga ayah dgn syarat lepas kawin ayah dn perempuan tu pindah. Bukan tgjwb awak jaga ayah dn bini barunya. Klu dia mampu kawin dia mesti mampu bg nafkah ke bini baru. Kebun sawit tu awak cari sorang yg uruskan dan bg arahan duit jangan diberi kpd ayah.sebab awak tuannya. Minta balik kad pencen ibu dn jika ahlong degil buat laporan polis. Biar ayah pandai2 la bayar hutang along. Awak kena tegas. Ni cara nk ajar ayah awak. Minta bantuan pak cik2 sebelah ibu untuk kekuatan awak.