Apa Yang Isteri Mahukan

Assalamualaikum semua. Sebelum sis mula, sis nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca. Sis adalah seorang isteri dan ibu kepada seorang anak. Jadi sis nak kongsikan apa sebenarnya yang seorang isteri mahukan dari seorang suami (ini bukan secara general, tetapi lebih kepada pendapat sis yang dah berumah tangga).

Sebagai isteri kami bukan lah meminta sangat untuk hidup senang, cukuplah sekadar cukup makan dan pakai sis dan anak. Dapat makan breakfast, lunch, dinner dah bersyukur sangat dah rasa. Kami isteri tak mintak pun hidup mewah, kalau ade tu, rezeki. Jadi sis senaraikanlah apa sebenarnya yang isteri lebih mahukan dari seorang suami. Sis buat in numbering je, so senang baca.

1. Yang paling utama sekali seorang isteri nak kan seorang imam yang boleh mengetuai solat. Tak dpt setiap waktu pun at least setiap hari ade lah berjemaah.Ini tak, kebanyakan lelaki sekarang tak ambik kesah pun pasal hal solat dan jaga solat. Si isteri yang bangun subuh dulu.

Kalau isteri tak kejut suruh solat, maka kelaut lah subuh si suami. Si isteri pulak yang terus bersiap untuk solat lepas je azan. Suami? Main game, main hp. Bila nak solat? Bila dah hujung waktu. Itu pun lepas diingatkan isteri banyak kali. Ingatlah wahai lelaki, kamu sepatutnya yang jadi ketua, jadi imam. Tak kan si isteri pulak yang lagi beriya dari kamu?

2. Bangun lah pagi awal. Paling lewat 7.30 am tu bangun lah (kalau sambung tido lepas subuh). Ini tak, dah la subuh lambat (tu pun isteri yang kejut), lepas tu sambung tido balik. Bangun dah lewat, siap2 terus pergi kerja.

Si isteri? Dia lah yang tak tidur lepas subuh setiap hari. Anak bangun, dia yang tukar pampers anak, bagi susu kat anak, siap kan anak dan suami makan pagi. And the list is go on dan on dan on untuk si isteri. Tolong lah bangun awal pagi wahai suami, tolong lah siap kan anak sementara isteri siapkan hal kat dapur.

3. Kurang kan laa main game dan main hp tu. Zaman sekarang ni mcm2 game yang boleh buat orang ketagih untuk main (especially lelaki). Tapi apa yang boleh dapat dari main game selain dari self satisfaction? Berjam2 masa si suami habiskan dengan main game. Macam mana pulak hak anak dan isteri terhadap masa si suami tu? Berjam2 masa tu patut diluangkan kat anak bini.

At least main laa dengan anak2. Anak tu setiap saat dia membesar, setiap hari ade je milestone yang dia dapat. Jangan lepaskan peluang untuk lihat anak membesar kerana hanya nak main game tu. Game boleh tunggu, anak? Jangan nanti anak dah besar baru menyesal tak duduk main dengan dia waktu dia kecik.

4. Tolong lah isteri kemas rumah SETIAP HARI (bukan kadang2 ye). Banyak tugas isteri kat rumah, sangat ringan rasenye bila suami setiap hari tolong isteri. List tu, berpanjangan dari pagi sampai ke malam. Nak2 lagi bila ada anak, memang sampai ke sudah bersepah rumah tu.

At least bila tolong kemas, dapat laa isteri rehat sekejap or buat kerja lain. Ni tak, si suami boleh pulak join anak sepahkan rumah. Tak pasal2 dari ade sorang budak kecik kat rumah, rasa macam ada 2 orang pulak. Kalau malas sangat nak tolong kemas pun, jangan lah sepahkan rumah tu.

Ok lah. Ini sis listkan yang mana utama je. Nanti list banyak2 kena kondem pulak dengan para suami. Huhuhu. Ok gurau je. Sis nak buat kerja lain ni. Ada kesempatan sis share lagi apa yang patut. Assalamualaikum.

– Ms. Teddy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *