Apa Yang Kita Nak Sewaktu Latihan Praktikal

Assalamualaikum semua.. Baru2 ni aku ade terbaca satu artikel pasal budak2 intern diberi tugas2 fotostat dan kerja2 tak mencabar minda. Aku agak setuju.. waktu internship tu patut kita yang senior ni expose dia pada dunia kerja yang sebenar.

Oklah panggil jelah aku Boskura. Aku ni bukanlah nak meluah, Cuma nak share pasal etika2 asas waktu bekerja. Baru-baru ni department aku bekerja menerima beberapa orang budak2 praktikal. Aku rasa diorg tu sangat bertuah, dapat syarikat yang selesa nak bekerja, bos yang baik2..

Kalau, kau nak datang lambat sikit pun orang tak kisah. Ikutkan budak2 intern ni tak entitle pun nak dapat cuti2 macam staf, tapi kitaorang OK je kalau kau nak cuti atas alasan peribadi. Yela kita faham semua manusia ada masalah masing2. Keje pun happy2 je, boleh gurau2 dengan bos tak penah nak maki2. Tapi.. bukan bererti orang bagi kita muka, kaki yang kau bagi.

First bab kedatangan, OK lah kalau kau datang lambat sikit 15 minit 20 minit. Superior boleh je tutup mata. Paham2 lah duduk Klang Valley ni kalau tak jem tak sah. Tapi kalau hari2 kau lewat 45 min hingga 1 jam.. kau rasa bos mana yang tak mendidih?

Aku sebagai superior ni biasa tegur manja2 je, paling2 aku sindir “awal dtg bos?”.. kalau aku kat tempat dia, bos tegur camtu, aku taktau mana nak sorok muka aku kan? Aku pun kadang taktau nak berlembut atau nak berkeras bab kedatangan ni.. sbb bg aku asal keje kau jalan, takde menyusahkan orang sangat.. OKlah aku kasi pass aje.

Kedua, bila superior kau bagi keje.. kalau kau tak faham. Kau tanya la. Dah nama pun tengah internship/practical training. Banyak benda kau kena belajar. Style aku, aku ajar sekali, tak faham OK lah aku ajar lagi dan lagi sampai kau faham. Pastu aku campak dia handle sendiri. Keje aku banyak handle customer, so aku train dia pegi jumpa orang, cuba jawab apa2 yang kau tau dulu.. kalau kau jem taktau nak jawab ape lagi, ok kau panggil aku untuk back up.

Pernah sekali customer datang sekolahkan dia.. dia naik atas jumpa aku muka dah biru.. aku turun bantu apa yang patut. Bukan aku bagi keje aku biar kau terkulat2 kat situ. Kau penah dengar tak quote ni ckp “Great leaders don’t tell you what to do, they show you how it’s done”.. aku bukan nak kata aku ni good leader.. tapi itu lah pegangan aku. Dan jangan lah ego, bila kau dah tak berjaya complete kan sesuatu task tu.. jangan la rasa kau bodoh.

Kita semua belajar setiap hari sampailah kita masuk ke liang lahad. Disebabkan self inferior yang kau simpan tu lah.. kau mula2 cakap belakang, kau kata aku tak guide kau.. pass keje2 semua kat kau untuk handle. Memang aku akui aku suruh jugak dia tolak troli, angkat barang, fotostat dokumen, tapi aku sendiri pun tak malu buat benda tu.. selagi dah nama makan gaji jangan la banyak sangat komplen.

Ketiga, etika menghantar dan menjawab email. Bila superior kau mintak kau email sesuatu pada org lain, show some respect la.. at least CC dia dalam setiap keje kau. Bukan superior kau gile kuasa ke ape.. dia cuma nak tau latest update je. At least kau takde, dia tau ape yang sedang berlaku. Ni kau email senyap2.. bila follow up, kau kata kau dah hantar.

Yelah kau hantar ape? Aku nak tau jugak. Aku syak dia risau aku komplen grammar dia, format dia tak betul.. hello nak aku tekan kan lagi sekali.. kite semua sedang dalam proses belajar. Cikgu yang paling baik ialah kesilapan kita sendiri. So adik2, jangan takut buat kesilapan.

Keempat, kau nak cuti, nak MC kau inform lah. Ini tidak, kau terus MIA.. bila tanya baru bagitau kau MC. Takde la kejam sangat bos kau nak marah kau sakit. At least org yang tinggal ni oleh backup keje kau.

Dan kelima, bila bos kau tegur kesilapan kau, terimalah dengan hati terbuka, dengan niat kita nak belajar. Jgn defensive sgt. Asyik back up diri sendiri, kau rasa kau tak salah, pastu kau salahkan bos kau balik. Yelah bagi kau bos kau tu mungkin Cuma senior exec cabuk, manager low class, tak sehebat keluarga kau yang semua orang ternama, tapi dia tetap lebih berpengalaman dari kau.

Pengalaman yang tak boleh nak beli kat mana2. Dia yang ajar kau cara2 nak buat keje dari hari pertama kau keje, kira dia tetap cikgu kau. Cikgu yang kau kena respek bukan suka2 kau nak tempelak. Walaupun memang bos kau tu silap, kena belajar cara nak jawab tanpa bersikap biadap. Kau mungkin pelajar cemerlang.. tapi kau gagal mengawal adab kau. Jadi cemerlang kau tak cukup sempurna lagilah.

Last sekali bila bab evaluation sampai. Kau expect review yang manis2 aje. Bila kita bagi points for improvement kau sentap. Kau kata kau penat buat mcama2, tapi report dapat komen2 negative. Pastu keluar lah stament “bangsa M taknak tolong bangsa sendiri”. Aku selalu pesan kat diri aku dan anak2 aku.. tiada siapa kat dunia ni dapat bantu kita melainkan Allah dan diri kira sendiri sahaja.

Oh ya.. graduan dalam cerita ni adalah seorang lelaki.. graduan IPTS yang mungkin datang dari keluarga have2. Yang taktau peritnya si penganggur yang sedang struggle mencari kerja, struggle nak mencari rezeki bagi keluarga makan. Jadi adik2 bersyukur lah. Makin banyak kau bersyukur makin besar rahmat Allah yang datang.

Justeru itu.. “apa yang kau harap sebenarnya dalam latihan praktikal kau”.. yang mudah tapi kau tak banyak belajar atau yang getir tapi kau banyak belajar.

“Your ATTITUDE, not APTITUTE will determine your ALTITUDE” – Zig Ziglar

– Boskura

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *