Namaku Seri, berusia 30an, ibu tunggal kepada seorang anak lelaki yang bijak lagi kacak. Aku dan bekas suami dah berpisah sejak aku melahirkan anak kami.
Bekas suami aku melafaskan cerai sewaktu aku sarat mengandung, dan kami telah bersetuju untuk berpisah cara baik selepas anak kami lahir.
Sewaktu dalam pantang, bekas suami aku masih menolong dan menjaga anaknya. Dia ulang alik dari rumah kami yang lama, ke rumah ibu-bapaku (aku berpantang dirumah ibubapaku).
Dia yang dulu tak bersedia langsung untuk punya anak, kini amat menyayangi anaknya. Ialah, baru merasa jadi bapa agaknya.
Hampir dua tahun juga dia akan melawat anaknya setiap bulan, bermain dan belikan sesuatu untuk anaknya. Mungkin dia menyesal dulu dia tak nak anak ini, tapi sekarang dia bahagia kerana anaknya ada.
Pernah suatu hari, dia bertanya padaku kalau-kalau aku nak kembali bersama dengannya. Dia nak selalu main dengan anaknya.
Tapi, hati aku ini sudah mati untuknya. Aku tahu dia sayang anaknya, tapi aku tak mampu lagi menjadi isteri untuk dia. Mesti korang tertanya-tanya apa masalahnya?
Aku bercerai dengannya kerana ‘dadah’ tiada siapa yang tahu melain aku, yang bekas suamiku ini adakalanya akan ambil dadah.
Aku sendiri terkejut dan tak sangka, seorang yang bekerjaya bagus, ada keluarga yang baik, tiada masalah keluarga yang serius,
Senang cerita punya segalanya nampak sempurna tapi dalam diam ada ketagihan ‘meth’.
Penagih ‘meth’ atau orang panggil ‘ice/syabu’ ni susah nak dikenali. Dia mungkin ada penyesalan, tetapi bila dah terlajak perahu susah nak kembali ke pangkal jalan.
Kalau korang ingat penagih syabu ni akan kurus kering, selekeh dan muka cengkung korang silap.
Sebab aku sendiri tertipu dengan bekas suamiku yang kemas, berpenampilan menarik, ada kerjaya yang stabil dan nampak normal.
Mungkin sebab kulitnya yang cerah dan rupanya yang persis macam Sam bunkface aku terpedaya.
Sebelum berpisah, aku pernah beri peluang, dia sendiri dah berjanji sambil menangis-nangis jangan tinggalkan dia.
Tapi akhirnya dia sendiri tewas, aku nampak depan mataku sendiri dia kantoi dalam bilik air ambil ‘benda’ tu.
Aku memang nekad, tak akan aku benarkan anak aku tahu yang ayahnya begitu. Biarlah aku saja yang tahu, aku tak nak anak aku membesar melihat ibu bapanya bergaduh, aku benci!
Dah banyak dah aku lihat keluarga yang musnah akibat najis dadah, terlalu ramai anak yang bermasalah kerana ibu-bapa sering bergaduh dihadapan mereka.
Biarlah kami berpisah supaya kami tak bergaduh depan anak, dan biarlah anakku tahu ayahnya ada bila dia perlu tanpa dia tahu kisah buruk ayahnya.
Anakku bijak, lebih matang dari usianya, tak pernah sekalipun dia bertanya kenapa ibu dan ayah tak duduk bersama macam orang lain.
Sekarang susah aku nak percaya lelaki, kerana dulu aku fikir aku dah buat pilihan yang baik, ternyata tidak. Aku skeptical gila dengan lelaki sekarang ni, kalau tak masalah dadah, panas baran, kaki perempuan atau gay!
Apa masalah entah? Kurang sangat lelaki berkualiti zaman sekarang ni. Anak aku pun lelaki, risau sungguh hati ini… Haisshh.
Aku sampai saat ini tak mengerti, apa yang salah, apa yang kurangnya sampai dia jadi begitu?
Keluargaku lebih susah dari dia, adik beradikku lebih ramai dari keluarganya, dia orang berada, bapanya ada pemandu sendiri, bapaku kereta pun tiada.
Buat lelaki yang membaca, kalau korang ada pengalaman yang sama, beritahu aku apa yang kurangnya dalam hidup ini?
Apa yang tak cukup lagi bila Allah dah beri banyak rezeki, keluarga yang baik, ada pelajaran, ada rupa, ada kerja yang bagus, ada rumah, kereta, isteri dan ada zuriat, apa lagi yang kurang?
Apa lagi yang kau nak dalam hidup wahai lelaki?
– Cik Puan Seri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit