Apa Yang Patut Aku Lakukan

Assalamualaikum. Terima kasih jika apa luahan yg aku ceritakan ini disiarkan. Aku pernah menghantar luahan tentang hidupku setahun yang lalu. Banyak benda yang aku lalui sepanjang setahun ini

Baiklah. Aku seorang pelajar lelaki. Umur 20 tahun. Belajar di IPTA. Aku merupakan pelajar yang biasa-biasa saja dan tiada apa yang istimewa.

Tujuan aku menceritakan hal ini, diharap dapat menjadi iktibar dan aku ingin pendapat tentang apa yang harus aku lakukan. Aku semakin buntu didalam prinsip hidup aku sendiri.

Baiklah. Aku boleh dikatakan bagai terlanjur. Belum sampai bersetubuh tetapi ringan-ringan sahaja. Wanita yang bersamaku amat menyayangiku tetapi aku hanya inginkan asetnya sahaja, jujur aku kata. Aku namakannya sebagai Si N. Aku hanya berniat untuk bergembira dengannya sahaja. Ya aku mengaku. Nafsu seksku amat membuak-buak. Dan aku harap aku dapat melampiaskan nafsu aku terhadapnya. Rasanya pembaca dah boleh mengagak kenapa aku dengan Si N ini. Ya untuk memuaskan nafsu aku sahaja tiada cinta.

Si N merupakan seorang yang baik. Suka kepada binatang. Dia bukan lah jenis perempuan yang murahan sebegitu. Keluar malam pun tidak. Kiranya peranginya tidaklah seteruk mana pun

Kami sering keluar bersama, menonton wayang, berpegangan tangan. Pada mulanya Si N memang tidak inginkan lebih dari perpegangan tangan sahaja, tetapi aku yang mengajarnya untuk melakukan hal-hal terkutuk yang lain. Disebabkan dasar cinta dia sanggup melakukannya untuk aku. Aku memang tidak mencintainya.

Tetapi sekarang dia bagai mengetahui aku tidak mencintainya. Jika aku mengaku hal itu, dia akan teramat sakit kerana bermacam-macam yang telah dia berikan kepadaku. Haruskah aku bertanggungjawab kerana aku tidak menyetubuhinya meski kami telah melakukan hal-hal yang hampir kepadanya(ringan2)?

Bagi ku begini. Aku memang tiada niat untuk bercinta dengan mana-mana gadis lagi setakat ini. Pintu hati aku tidak terbuka langsung untuk bercinta. Untuk memiliki dan dimiliki. Aku fikir aku ingin habiskan belajar,kerja, dan memilik aset sendiri dan barulah aku mencari wanita untuk diisterikan. Bagiku, aku belum bersedia untuk mana-mana hubungan, bukan sekarang. Itu yang aku harapkan. Aku harap pembaca faham apa yang aku maksudkan. Itulah prinsip yang aku pegang.

Bagi keadaan aku dengan Si N, apakah harus aku lakukan? Jika aku terus menipu, aku tahu lagi sukar untuk aku mengaku. Dia amat mencintaiku. Sampai dia boleh berbicara soal hendak membina keluarga bersamaku. Aku takut jikalau aku memilihnya sekarang sebagai wanita pilihan, aku akan menyesal kerana banyak lagi perkara yang akan aku lalui. Alam kerja. Berbagai lagi. Banyak lagi wanita yang akan aku jumpa. Banyak lagi pengalaman hidup yang akan aku lalui. I just cant do that because there are not in my track of life that i think i wish to life in it. Dia bukan wanita pilihanku!

Ya. Aku mengerti tidak semua yang diharapkan akan terjadi macam apa yang dirancang. Seperti jalan hidup aku inginkan, belajar habis,kerja baik,miliki aset. Itu semua hanya template kehidupan yang biasa. Tidak salah jika aku memilih jalan yang berbeza dan aku yang membina kembali jalan kehidupan aku. Semuanya terletak pada diri, kita tidak akan bahagia meskipun banyak harta. Jika miskin pun kita mampu bahagiakan?

Patutkah aku memilih Si N, belajar mencintai, menyayanginya meski dia bukan wanita pilihanku. Bukan wanita yang aku cari kerana aku telah lihat peribadinya yang baik dan ku rasakan sesuai untukku. Semua ini ibarat keterpaksaan jika aku menerimanya. Aku takut aku akan menyesal jika menerimanya. Perjalanan kami masih jauh , masih muda. Banyak lagi yang kami bakal lalui.

Patutkah aku mengaku dan meninggalkan dia begitu sahaja kerana aku tidak mencintainya langsung? Atau aku seharusnya belajar untuk mencintainya meski aku mengharapkan untuk mencintai seseorang itu bukan dengan jalan ini. Jalan keterpaksaan. Aku sangat keliru dengan semua ini. Besar sangatkah apa yang aku lakukan terhadapnya sampai aku terpaksa memilih dan mengahwininya?

Tolonglah aku. Aku semakin buntu apa yang harus aku lakukan.

– Si M

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *