Hi. Saya Sim. Saya hanya ingin meminta pendapat kalian sahaja.
Baru – baru ini saya dapat tahu bahawa kekasih saya curang tapi sampai sekarang dia tidak mengaku.
Selepas kes curang dia minta kami berkawan sahaja tetapi saya tidak boleh menjadi kawan.
Saya ingin kami kembali macam dulu. Dia tetap pada pendirian dia dan dia meminta masa untuk kembali bersama sebab dia cakap dia suda tawar hati pada saya.
Sekarang nie dia kawan dengan perempuan yang dia curang dan pergi tidur di rumahnya. Saya juga ada berkenalan dengan beberapa lelaki lain kerana saya ingin move on.
Now saya sudah tawar hati dengan perangai dan penipuan dia. Apabila dia tahu yang saya ada kenal dengan lelaki lain, dia minta saya tunggu dia beberapa bulan lagi untuk dia kembali pada saya.
Bila saya bertanya adakah dia boleh setia dan tinggalkan perempuan itu dia hanya jawab endah tak endah.
Dan bila saya cakap dia tidur di rumah perempuan itu dia meminta bukti dekat saya. Saya tahu dia tidur di rumah perempuan itu kerana kawan dia sendiri yang beritahu saya.
Beberapa hari lepas dia dapat tangkap yang saya ada bersembang dengan lelaki lain dan dia berasa marah.
Dia cakap yang saya ada lelaki lain. Bercinta dengan lelaki lain. Yang dia dengan perempuan tu hanya berkawan sahaja.
Dari sini saya sedar, jika saya bercinta atau berkahwin dengan lelaki lain confirm dia akan beritahu pada semua kawan – kawan kami yang lain bahawa saya yang curang.
Setakat ini cuma kawan tempat kerjanya saja yang tahu mengenai masalah kami.
Dan kawan kerjanya jugak la yang beritahu pada saya. Saya tidak sanggup lagi disakiti dan kena tipu berkali-kali.
Sampai sekarang dia beritahu yang dia sibuk dengan kerja tapi saya tahu dalam masa yang sama dia ada ke rumah perempuan itu.
Di sini saya ingin meminta pendapat kalian. Apa yang perlu saya lakukan. Perlukah saya mencari bukti dan tunjukkan padanya?
Kerana dari cara dia saya tahu dia tidak akan lepaskan saya sebab sampai sekarang dia tidak mengaku dia tidur di rumah perempuan itu.
Dia juga ada cakap yang dia tidak boleh hidup tanpa saya sebab selama beberapa tahun ini susah senang dia saya ada bersamanya.
Dia cakap dia boleh tahan dan tunggu saya selama beberapa tahun kenapa saya tidak boleh tunggu dia beberapa bulan.
Selama kami bercinta saya sedikit pun tidak pernah curang kepadanya cuma macam biasalah bila bergaduh tu saya buat perangai.
Suka diamkan diri beberapa hari, buat tidak tahu saja dekat dia bila gaduh, kalau dia balik kerja lambat saya tidur dulu sebab mengantuk.
Dia saja yang buat perangai macam tu dan teruskan sampai sekarang.
I want to left him for good. Kami masing-masing still sayang tapi saya tidak boleh terima yang dia continue tidur di rumah perempuan itu.
Saya bagi dia berkawan sebab dia cakap dia nak berkawan. Tapi bukan tidur.
Saya harap kalian dapat berikan beberapa idea kepada saya.
Thank you guys.
– Sim (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit