Salam sejahtera semua, moga yang membaca ini diberikan kesihatan yang baik. Aamiin.
Maaf mungkin cerita agak panjang dan agak terperinci tapi aku butuh pandangan kalian sangat-sangat. Terima kasih kepada admin jika terima artikel saya.
Baik untuk permulaan, aku (Ahmad – bukan nama sebenar) baru menamatkan pengajian di salah sebuah universiti tempatan dalam Ijazah Sarjana Muda pada bulan 7 (Julai) dan insyaAllah akan mengahidiri konvokesyen pada bulan 3 (Mac) tahun depan.
Pernah bekerja sementara, membantu menjual kuih dan makanan pagi untuk hotel tempatan dari bulan 9 (September) sehingga bulan 10 (Oktober). Kemudian seperti mana-mana graduan lain juga, aku memulakan sesi “job hunting” sehingga akhir tahun.
Alhamdulillah pada bulan 1 (Januari) , aku mendapatkan pekerjaan sementara juga tapi sebagai pereka grafik dan eksekutif jualan di salah sebuah syarikat kecil tempatan (syarikat printing).
Untuk dijadikan cerita, aku diserap masuk pada awal bulan 1 (Januari) dan masih meneruskan pekerjaan sehingga kini bulan 10 (Okt).
Aku ditemu duga sendiri oleh majikan. Sewaktu menemu duga macam biasalah, selesai sesi soal & jawab aku akan meminta “offer letter” sebagai bukti dan jaminan aku bekerja di syarikat tersebut.
Apa yang nak dijadikan isu ialah majikan tersebut tidak pernah menyediakan sebarang “offer letter” kecuali kepada pekerja sepenuh masa.
Tetapi dia berjanji akan menyediakan “offer letter” seminggu lepas aku masuk. Aku layan dan setuju sahaja dulu.
Dalam seminggu aku bekerja, kadang kali aku akan ingatkan majikan untuk sediakan surat tersebut.
Usai itu, masuk minggu kedua dan masih lagi tiada “offer letter”.
Isu berlanjutan sehinggalah cuti raya cina (2 minggu cuti sehingga awal minggu bulan 2)
Aku diberikan cuti selama itu dan pihak mereka ada berjanji akan menyediakan surat tersebut sewaktu tempoh bercuti kerana pada waktu itu juga syarikat mereka berpindah pada hujung bulan 1 (Januari) sehingga awal bulan 2 (Febuari 2024).
Makluman, hanya baru 3 minggu sahaja aku bekerja pada bulan Januari 2024.
Pernah bertanya kepada Admin mereka sewaktu cuti lagi, tentang gaji semua dan “offer letter” dan mereka ada minta no. akaun bank aku.
Kemudian, habis 2 minggu tempoh bercuti, aku masuk kerja lambat selang 2-3 hari juga sebabnya syarikat masih belum selesai berpindah.
Sebelum tu meraka ada cakap, akan call aku semula untuk masuk kerja bila syarikat telah selesai berpindah.
Tapi aku gigihkan diri juga hadir awal bekerja sebelum mereka panggil aku, sebab ada kerja yang kena di submit kepada client sebelum cuti raya cina lagi.
Mula dari haritu juga dan berlanjutanlah aku bekerja dalam keadaan syarikat masih belum mengemas dan tersusun sampailah sekarang (Mac 2024).
Seperti biasa aku akan menanyakan tentang gaji dan surat tersebut, “offer letter”. Dan macam biasalah jawapan yang sama keluar.
Untuk makluman, 3 bulan aku telah bekerja tanpa gaji dan selain itu aku sering buat “overtime”.
Waktu bekerja aku hanya 6 jam sahaja, tapi tiap hari bekerja sehingga 9 jam disebabkan workload yang pending (cuti & pindah). Isnin sampai Sabtu (half-day).
Selang beberapa hari kemudian, majikan panggil semua staff termasuk aku untuk bermesyuarat kecil. Dan baru aku tahu dari situ, syarikat mereka ada sedikit krisis kewangan.
Aku dengar dan mengangguk kepasrahan. Pelbagai persoalan bermain difikiran. Diulit perasaan sebersalah.
Sebabnya aku pernah kononnya beri duit gaji pertama kepada kedua ibu dan ayah aku, hakikatnya itu bukan duit gaji dari tempat aku bekerja (syarikat printing) tetapi daripada hasil simpanan sendiri hasil bekerja sebelum ini.
Terpaksa jugalah berlakon depan kedua ibu dan ayah aku.
Pernah terfikir untuk buat aduan pada Jabatan Tenaga Kerja tapi disebabkan tiada surat “offer letter” tu, aku tak boleh buat apa-apa tindakan. Hanya berdiam dan bekerja seperti biasa.
Usaha “job hunting” masih berterusan semasa 3 bulan aku bekerja di sini. Yelah kan, dari awal lagi tiada “offer letter”.
Jadinya apa yang perlu aku buat?
– Mesut Ahmad (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit