Apa Yang Susahnya Menyusu Ni?

Assalamualaikum semua. Bukan merungut atau buat perbandingan, tapi just nak share love-hate relationship sebagai bf mom yang mana saya tahu ibu-ibu kat luar sana pun turut merasakan.

Breastfeeding journey ni bila alami sendiri tak mudah sebenarnya and no wonder lah ramai yang kecundang dan termasuk dalam ‘topup trap’ (sis pun hampir2 haritu).

Sejujurnya, ibu2 zaman kini sangatlah beruntung sebab adanya sosmed yang membolehkan tersebarnya ilmu dengan pantas dan free. Saya adalah salah seorang yang menjadi ‘silent follower’ lactation counselors yang ada kat luar sana.

Semua ilmu saya cedok dari sosmed mereka je, yelah nak masuk full seminar atau personal consultation masih belum mampu huhu…

Alhamdulillah dengan cara itu saya mampu memulakan breastfeeding journey saya dan masih full breastfeeding (moga direzekikan sampai anak 2 tahun aamiinn).

Orang kata semua ni bergantung rezeki, ye betul tapi at the same time kita pun kena equip diri kita dengan ilmu penyusuan sebenarnya sebab memang tak mudah honestly from my experience. Nak mula mungkin mudah tapi nak stay tu, itu yang ramai kecundang…

Mudah nak mula sebab apa? Sebab lepas bersalin memang ibu2 Allah kurniakan hormon penyusuan yang tinggi, jadi, nak menyusu ke taknak menyusu ke, susu tetap akan mengalir..

Dannnn struggle nya bermula bila hormon tu semakin berkurangan seiring dengan kita habis berpantang.. sebab apa? Sini body kita Allah ciptakan untuk adjust ikut supply vs demand.

Hebatkan kekuasaan Allah bilamana Dia maha tahu sebulan pertama adalah crucial untuk tumbesaran baby tu sebab tu susu mengalir tanpa putus.

Jadi mana part payahnya? Ada tu sampai stress dan putus asa dah.. payahnya bilamana orang sekeliling tidak membantu dari segi physical and moral support terutama sekali ayah2 sekalian. Orang yang paling dekat sekali dengan ibu2 kan?

Kalau ikutkan orang2 di sekeliling sis, memang ayah yang tidak bagi dua benda tu, anaknya akan minum susu formula.. termasuklah diri ini, haha..

Dan ayah2 ini actually hanya kekurangan ilmu tentang penyusuan sebab itu lah bf itu tak berjaya, bukanlah mereka ini ayah yang gagal.

Terutama sekali kita yang first mom ni, memang perlu banyak masa sendiri dengan baby untuk adjust diri dalam menjayakan bf ni. Sebab itu dalam masa yang sama, kita perlukan partner yang sgt supportive dan sependapat untuk teruskan bf sehingga 2 tahun.

Supportive dari segi apa? Basuh kain, jemur kain, lipat kain, basuh pinggan, memasak, cuci bilik air, rebuskan air mandi, belikan kudap2, utamakan ibu dulu untuk makan, melayan anak sementara ibu siapkan diri dia and the list goes on… y’all boleh tambah kat komen nanti..

Honestly, masa yang ada tu memang cukup2 je untuk ibu bereskan basic needs dia selagimana anak masih menyusu badan sepenuhnya.

Banyak nya ayah kena buat?!?? Ye, memang banyak sebab sebanyak itu jugalah ibu2 spend masa, keringat, tenaga, korban masa tidur untuk menyusukan anak anda.. itu tak kira ibu yang dah mula bekerja lagi..

Honestly macam saya ni, balik kerja je baby dah meminta nak bf, baby pulak jenis mengempeng, memang akan drag masa.. Nak2 bila waktu mental leap dia atau kurang sihat..

Bila dia dah lena, masa itulah kita nak mandi nak solat nak makan nak masak untuk dinner atau bekal esoknya.. Tau2 dah 2,3 jam dah kat situ.. Dan dah waktu menyusu baby pulak.. Waktu pun menginjak ke tengah malam dah..

Jadi, paling2 ayah tolonglah basuh botol dan pam susu tu ye.. di samping pinggan mangkuk tu lah.. memang bf ni perlu kerjasama yang mantap antara suami isteri kalau betul2 nak menjayakan 2 tahun pertama ni..

Ye lah, siangnya ibu2 dah bekerja keras terkejar kejar nak pam susu, simpan susu.. Jadi apalah salahnya ayah pula yang tolong cucikan..

Sharing ni just nak membuka minda dan memberi kesedaran untuk kita semua yang it takes two to tango kalau nak menyusukan susu badan kat anak ni.. bukan maknya sahaja yang kena struggle..

Dengan latching tak betul, nip pulak luka sakit pedih, sakit badan lepas bersalin lagi, lenguh memangku baby lagi, even kalau baring pun tetap sakit badan sebab posisi menyusu itu sendiri.. Eh macam2 lah kan ibu?

Penting untuk kita tahu bahawa ibu yang stres dan penat itulah jugak menyebabkan susu stop sebaik je habis pantang.. Bukan sebab takde rezeki, cuma kita kurang ilmu dalam penyusuan..

To those yang masih bf, tahniah dan jangan putus asa ye, insyaaAllah banyak ganjaran ibu2 berusaha untuk bf, baby pun sangat berterima kasih sebab dia dapat nutrient khas yang takkan dapat kat luar sana..

Kenapa khas? Sebab setiap baby ni ‘built-in’ dia unik so hanya susu ibu yang mampu ikut keperluan baby masing2.. sebab tu jangan compare susu ibu A dengan susu ibu B..

Percaya dengan susu ibu yang susu ibu itu cukup untuk baby ibu even 2-3oz per feed pun cukup sehingga 2 tahun. Sebab apa? Haaa ini la Maha Kaya nya Allah menciptakan body ibu ni boleh ‘adjust’ komposisi susu sesuai dengan keadaan dan masa anak tu..

Again, ini hanyalah sharing sebagai seorang ibu muda yang bercita cita nak menyusukan anaknya sehingga 2 tahun..

Hwaiting ibu ayah!

– First mommeyhhh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *