Apa Yang Tak Cukup

Assalamualaikum, kami bercinta sudah 6 tahun, kemudian berkahwin dan baru je 2 tahun. Sepanjang 2 tahun perkahwinan ni, sikap suami sangat berbeza tidak sama seperti waktu bercinta dulu.

Saya sangkakan suami jenis yang menjaga agama sebab waktu bercinta dulu dia selalu nasihat pasal agama, pasal solat, pasal membaca al-quran.

Tapi lepas kahwin, sepanjang 2 tahun ni boleh dikira dengan jari berapa kali je dia solat.

Kami selalu bergaduh bila saya ajak solat jemaah. Pernah satu malam tu, saya bersungguh bentang sejadah untuk dia dan bagitahu nak jemaah sama.

15 minit saya tunggu dia, rupanya dia pura-pura busy di depan sebab nak elak solat sekali.

Saya tak pernah memaksa tapi saya selalu memujuk dengan baik itupun tetap membawa pergaduhan. Sejak itu saya tak sebut langsung pasal solat dengan dia.

Saya bekerja, dia pun bekerja. Cuma bezanya, balik kerja saya la sorang-sorang yang akan kemas rumah, sidai lipat baju, masak lagi. Serba serbi hal rumah saya buat.

Sakitnya hati bila dia tahu saya dah buat kerja-kerja rumah tapi bila berlaku pergaduhan dia akan cakap “saya pemalas”.

Habis selama ni hantu ke yang buat semua tu? Dia balik kerja terus baring main phone kadang sampai ke malam tak mandi.

Sakitnya hati lagi bila saya dah masak walaupun dalam keletihan, dia boleh cakap “masak cincai”. Langsung tak hargai.

Kami duduk jauh dari kampung. Setiap minggu saya akan ikut suami balik kampung dia. Bila balik kampung dia, saya rasa macam saya ni tunggul dan saya ni kuli.

Sebab dia jenis bila sampai je kampung, terus start motor lepak dengan kawan sampai ke subuh. Bangun pagi keluar lepak lagi sampai la ke malam.

Begitulah setiap minggu kalau balik kampung dia. Saya dalam rumah tu jadi tunggul dan kuli kena kemas rumah dan masak.

Dalam rumah tu cuma ada ayah mertua sahaja. Ayah mertua saya pun sentiasa beri nasihat minta sabar. Baru-baru ni nak balik kampung, saya cakap saya nak balik rumah mak.

Suami tanya kenapa? Jauh dalam hati saya ni terasa sebab dia buat saya macam tunggul bila disana. Jadi baik saya balik rumah mak saja.

Itupun jadi pergaduhan. Terus dia ambil motor balik sendiri ke kampung tinggal kan saya sorang.

Sepanjang kahwin ni seingat saya 2@3 kali suami sebut nak kahwin lain nak kahwin dengan orang dikampung supaya senang dia duduk dikampung boleh lepak dengan kawan. Hati siapa yang tak sakit?

Saya pernah tanya, tanggungjawab apa sebagai isteri yang saya belum tunaikan?

Dia tak mampu bagi jawapan sebab dia tahu saya dah jalankan semua tanggungjawab saya sebagai isteri.

Dia tak jalankan sepenuhnya tanggungjawab dia sebagai suami tapi tak pernah pula saya kata nak kahwin lain.

Sejak akhir-akhir ni juga dia suka tarik muka untuk benda remeh yang tak logik diakal.

Tak nak bercakap berhari kadang berminggu sebab dia tahu biasanya saya yang akan mengalah walaupun bukan salah saya.

Wahai suamiku, apa lagi yang tak cukup aku sebagai isterimu? Aku letih buat yang terbaik tapi kamu putar belit cerita untuk menangkan ego kamu. Kamu tahu tak?

Disaat kamu besarkan perkara remeh hingga sebut nak kahwin lain, saat itulah aku melatih diriku untuk perlahan-lahan bersedia jika ditinggalkan.

Setiap masa aku kuatkan hati aku bersedia andai ditinggalkan. Perlahan lahan aku sediakan aset untuk diriku andainya kamu tinggalkan aku.

Jujur semakin hari semakin meluat dengan sikap kamu yang asyik nak menang, taknak mengaku salah.

Bermula tahun 2023 ini, aku akan perlahan lahan menjadi bukan diri yang dulu yang manja.

Aku akan buat sepertimana kau layan aku. Kau silent treatment, tarik muka, aku akan buat yang sama. Kerana aku sedang perlahan lahan bersedia andai ditinggalkan

– ABC (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *