Apa Yang Tak Kena

Hi semua. Aku kadang-kadang tergerak nak menulis di sini, lepas membuka page IIUMC mungkin sebulan sekali. Aku kira IIUMC ni macam tempat Millenial Melayu Urban meluah, and macam aku yang jarang sembang lama dengan kawan-kawan sebab… you know, adulthood, it’s a good place to stay grounded tanpa kebisingan berita/ politik/ sentimen.

Aku PK, early 30s dan kini menetap di Eropah. Sangat menarik sebenarnya scene kat sini (kalau nak dibandingkan dengan idk… English speaking countries), sebab kau macam secara tak langsung akan bertemu ramai orang dengan latar belakang berbeza (tak kira kaum, nationality, agama, kelas, pandangan hidup). Ini kerana negara ini dipenuhi refugees, migrants macam aku, third generation citizens, the “native” citizens (kononnya lah), other Europeans, dari seluruh dunia. So somehow, seluruh identiti dan pendirian kau rasa dicabar dan kau kena banyak berfikir bagaimana diri kau tu sebenarnya terbentuk.

Lepas sembang dengan kawan kawan dan random people kat sini, aku perasan yang the reason mereka nak migrate ke negara lain adalah negara mereka dan/atau pemerintahannya rata-rata telah menggagalkan mereka. Perang, oppressive regimes, too much competition, low wages, tak selamat, no industry, corruption, inflation gila gila, racism, takde kerja kat home country, pemikiran tak secocok, negara tak diiktiraf, no women’s rights etc etc. Pendek kata, fed up dan nak mencari kehidupan aman dan peluang lebih bagus di tempat lain. Aku rasa aku pun sama. Tapi ada ke benda yang aku boleh discuss pasal Malaysia?

It’s hard to say dan mungkin akan lebih dikritik from my high and mighty distant ass here. Tapi, daripada apa yang aku baca, lihat dan alami – sistem pendidikan kita segregated from the start, tak meraikan pemikiran kritis, dan tak sealiran/connect dengan industri, wages kerja kerja buruh/services are just too sad exploited and not properly regulated, companies/ rich people who landed on big govt money/ contracts to build/ manufacture stuff don’t invest in innovation/ young talent so we don’t ever… grow? Boom stagnation!

I don’t know. Balik-balik aku rasa isu governance jugak yang membuatkan aku tak puas hati dengan Malaysia. Yes, Malaysia Baru, harapan baru and all that, tapi it’s the same old shit, same players even but on different side. Mungkin the high end corruption dah exposed, siapa tahu yang lain-lain? Berapa lama masa yang harus diambil untuk membersihkan dan memulihkan kerosakan (sistematik or not) dan kerugian yang dah berlaku? Siapa yang sanggup berhenti kritik kat Twitter, ganti orang orang lama, dan actually bekerja masuk politiks/pentadbiran (are they equal to each other?)

Maybe orang orang muda macam kalian dan aku just nak survive je seadanya dan bertungkus lumus mendapat rezeki sambil Part time (or full) kerja – jual insurans, part time, business, loans, MLM, makeups dan tudungs, bawak Grab – all for perbelanjaan rumah, duit travel, savings for your overpriced houses, retirement if you’re lucky. Knowing deep down that you could’ve had a better life or profession doing what you really wanted if the country and the ones running it have done a better job to give you more opportunities.

Aku rasa aku melalut dah ni. Aku tak mencari nasihat ke apa, atau memberi tips ke ceramah ke, cuma nak meluah fikiran. Anyway, adakah aku akan pulang for good? Keluarga dan kawan kawan aku cakap stay, there’s no job prospects and life is hard in Malaysia anyway. Raising a family is hard. People are prejudiced. At the same time, duduk jauh ni aku makin geram/ menyampah/ sedih tengok keadaan negara sendiri yang macam makin… payah. Mungkin in the end, aku ni akan menjadi a part of the brain drain statistics sahaja, haha.

– PK

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *