Assalamualaikum pembaca. Maaf kalau aku tak pandai bercerita. Aku tak tahu lah sama ada admin akan paparkan apa yang aku tulis ni atau tidak. Apa pun terima kasih admin kerana sudi menjadi orang pertama membaca.
Aku rasa ada yang tak kena dengan kakak. Aku nak tolong dia. Cuma aku masih muda dan aku tak tahu nak bantu macam mana.
Segalanya kerana aku terjumpa diari kakak. Dari situ aku rasa ada yang tak kena dengan kakak.
Kakak sendiri macam sedar ada tak kena dengan diri dia. Kadang-kadang kakak akan ajak mak bawa dia pergi berubat atau buat medical check up. Mak pula tak pernah tunai permintaan kakak. Alasan mak, sebab kakak tak jaga solat sebab itu jadi macam tu. Mak hanya suruh kakak banyak baca doa supaya hati tenang.
Kakak sering tiada mood. Kadang dia happy atau macam biasa dan kadang mudah saja mood marah atau tiada mood dia datang. Masa ni selalunya kakak lebih banyak berada dalam bilik. Nak elak dari makin teruk dan nak elak dari marah orang atas benda-benda kecil.
Bila kakak kembali keadaan positive, dia mesti ajak mak ke klinik untuk check up. Tapi macam selalu, mak menolak.
Melalui diari kakak, kakak ada cakap dia rasa diri dia tak berguna dan tak bernilai. Dia rasa dia tak layak hidup dengan keluarga kami. Dia rasa betul-betul tak berguna. Dia salahkan dirinya atas segalanya. Ada juga kakak cakap, kalau boleh dia nak pergi jauh. Nak menghilang. Dan adakala dia rasa nak mati cepat. Kakak juga dah hilang semangat dan harapan dalam semua benda.
Kakak juga tak ada kawan baik. Dia banyak habiskan masa di rumah tolong mak. Mungkin juga kakak tiada kawan sebab mak terlalu kongkong kakak.
Mungkin juga kakak jadi begitu sebab banyak habis masa dengan nenek. Ya kakak yang banyak jaga nenek (nyanyuk). Mandi, pakaian dan makan semua kakak yang urus. Alasan kakak sebab nak balas budi nenek yang jaga dia dari kecil.
Nenek pula suka cakap benda negative. Suka bersedih, suka rasa diri dia dipinggirkan, suka rasa diri dia tak berguna etc.
Bayangkan kakak habiskan masa dia dengan nenek, dengar kata-kata negative tu dari kecil sampai besar. Aku baru dua jam duduk dengan nenek pun aku rasa stress dan tertekan. Mak sendiri tak boleh lama-lama duduk dengan nenek. Kakak je boleh sabar.
Namun, ada masa bila kakak serabut memang kakak sendiri marah nenek. Marah-marah pun dia tetap jaga kebajikan nenek. Aku tahu kakak tak niat macam tu, cuma dia sendiri tak boleh kawal amarah dia.
Kakak pernah mengamuk, marah dan jerkah mak. Kakak pernah tumbuk pintu masa dia marah. Sikap mak pula ego atau tak pernah cuba pujuk atau tenangkan kakak. Mak hanya diam dan tunggu kakak yang datang minta maaf. Selagi kakak tak minta maaf selagi tu mak tak tegur kakak. Itu sedikit perbezaan layanan mak yang aku lihat.
Aku tak tahu apa yang tak kena dengan kakak. Dia nampak seperti dah tak ada minat nak buat aktiviti yang dia suka.
Sekarang macam makin teruk pulak kakak.
Kakak marah sampai tahap dia ketawa seperti orang hilang akal.
Kakak bila berada dalam keadaan positive, dia sangat baik. Dia Kakak yang prihatin.
Mak.. mak macam biasa. Tak pernah ambil serius. Dah dua hari mak tak bercakap dengan kakak. DIsebabkan diaorang gaduh dua hari lepas.
Ayah macam biasa, pergi masjid tapi tak pernah ambil tahu perihal dalam rumah.
Adakah kakak kemurungan atau bipolar?
Macam mana nak tolong kakak?
Boleh pembaca kongsi nasihat atau pengalaman.
Maaf penulisan aku tak teratur. Harap pembaca faham dan dapat membantu. Tak perlu tegur cara penulisan aku. Aku menulis disini untuk minta pandangan dan nasihat berkenaan kakak aku.
Aku baru umur 16 tahun nak bawa kakak ke klinik.
– Jihan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit