Apabila Berhutang

Hai, aku student ipts, dan mak ayah tak bagi duit poket tiap tiap bulan. Tapi tu bukan isunya, aku ok saja mak ayah tak bagi duit poket.

Terus ke topik yang aku nak ceritakan, dan aku cuma nak mintak pendapat korang berdasarkan cerita aku ni.

Aku ni jenis yang tak ramai kawan, rapat pun dengan beberapa orang sahaja.

Salah seorang yang aku rapat ni, sejenis bila hutang dengan aku buat buat tak tahu saja.

Contoh : Bila keluar pergi beli barang ke beli makanan ke, bila aku yang dahulukan duit aku. Mesti lepas tu susah gila aku nak tuntut balik duit aku.

Kadang tu sampai beratus sekali hutang. And dia buat tak tahu saja.

Hello, aku ni dah lah harap duit biasiswa saja, yang dia tiap bulan dapat lagi sponsor Pa&Ma. Kadang tu macam nak marah, tapi sebab dia orang yang aku rapat, aku sabar saja.

And bila time aku yang berhutang dengan dia, aku selalu bayar saja terus, padahal aku boleh saja langsaikan hutang dia terus yang bertimbun tu.

Aku cuma berharap dia nampak, cara cara dan adab bila berhutang dengan orang ni. Tapi sayangnya dia buta.

Dan masalah hutang ni makin teruk, bila aku ambil duit dia diam diam untuk langsaikan hutang dia. Kadang aku argue dengan diri sendiri macam…

“Weh ni dikira mencuri dah”

“Tapi aku just ambil hak aku balik”

“Tapi kau ambil hak kau dengan cara yang salah”

“Tapi aku perlukan duit, duit aku bulan ni habis”

Mana aku tak geram, kadang tu dia keluar saja dengan kawan dia pergi makan kedai hebat – hebat. Kadang tu siap boleh belanja kawan baik dia. Habis hutang aku?

Orang berhutang perut kenyang hati senang, Orang yang bagi hutang pulak kena ikat perut.

Aku bukan tak pernah mintak ya, aku siap bagi detail seperate bills mana bahagian aku mana bahagian dia, aku siap bagi jumlah hutang dia. Guess what?

Dia abaikan whatsapp aku. Dah kalau bagitahu sekali tak dilayan, takkan aku nak cakap banyak kali, malu. Macam kita pulak mengemis – ngemis menagih hutang.

Kalau nak dibandingkan, hidup dia lagi mewah dari aku. Tudung tu tak payah sembang lah, sekali beli berhelai – helai. Harga tudung sekarang bukan murah, RM20+

Bila order makanan pun, bukan yang murah – murah. Aku ni, order makanan pun kalau boleh paling murah dan kenyang.

Kadang aku tu sampai satu tahap, lebih baik aku yang berhutang dengan orang daripada orang berhutang dengan aku yang entah – entah sampai dah beranak pun aku tak dapat balik duit tu.

So apa pendapat korang terhadap cara aku ni?

Aku nak pesan kepada orang yang berhutang dengan kawan kat luar sana.

1. Bila berhutang tu, bila ada duit lebih terus dahulukan untuk bayar hutang kawan. Jangan kau gi bantai shopping dulu, hang out dulu.

Kesian lah kat orang tu terpaksa jimat duit dia sebab tak cukup duit. Jangan jadi zalim.

2. Bila berhutang tu, kalau orang tak tuntut bukan bermakna orang tu lupa, boleh jadi dia malu nak mintak. Yang kau pulak jangan buat – buat lupa, takut nanti kat akhirat menyesal pun tak ada guna!

3. Biar miskin kerana membayar hutang, dari mati bersama hutang.

– No name (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *