Apabila Disarung Jubah Putih

Assalamualaikum. hai awak2 semua.

saya doktor. kakak saya doktor. adik saya doktor. lagi sorang bakal doktor.

saya tanya mak, penah bersalin dengan doktor lelaki ke? mak kata penah. doktor pakar lelaki tu je yang available. mak redha.. ishh ishh.. kalau lah mak dapat fastforward tengok masa depan, layak lah mak demand doktor perempuan je tiap masa dan ketika. mana tak nya lebih separuh anak2 mak di infaq kan jadi hamba! ops.

ala.. macam orang2 zaman sekarang ni. yang asyik demand doktor perempuan sampai bertegang urat dengan staff hospital. tapi sendiri/isteri pandai pula nak duduk rumah didik anak demi air tangan ibu katanya. seolah doktor2 ni hamba mereka tak ada keluarga tak ada anak nak di jaga di susukan di ajar mengaji mengenal Tuhan. wajib attend tiba saat dia/isteri memerlukan.

tabahnya suami2 seorang doktor. belum tahap pakar O&G lagi yang org bersalin tak kira masa. isteri keluar sebelum matahari terbit, pulang pula lepas 36jam. jadi single father dah gaya. makan minum pakai urus anak semua. layaklah kalian suami2 seorang doktor. bukan jenis sorok bini makan pakai semua bini hidang lepastu quote kata bini wajib taat suami saja nanti Allah bagi pilihlah pintu syurga mana nak masuk. tapi dia yang demand lebih doktor perempuan. alangkah ironinya.

macam suami orang lain tak teringin nak bini duduk rumah tapi dia pilih ‘korban’kan bini dia demi fardhu kifayah. ini pun saban waktu kena maki kena kerja lebih masa lagi jagalah aib wanita hanya doktor wanita yg layak merawat wanita.

ah, kejamnya dunia.

*****

kasihan, mak. sudah lah masa kecil mak jaga makan minum sakit semua. bila mak dah tua, anak2 mak pula sibuk jaga sakit pening mak ayah orang lain. maafkan kakak, mak.

mak ingat tak masa jam lebih 1 pagi tapi kakak tak pulang2. mak call kakak tak angkat2. iyelah, mak mana tak bimbang bila baca kes2 doktor balik malam kemalangan. nak drive pun tertidur! kakak pun pernah tapi alhamdulillah, Allah masih jaga. mungkin berkat doa mak.

mak sampai call ward cari kakak. rupanya masa kakak baru nak melangkah keluar selepas selesai cpr, nurse jerit panggil kakak ada kes lain. kakak letak balik beg sandang sambil berlari. kakak kena buat cpr kali kedua malam tu. maafkan kakak buat mak risau. kakak tak sempat jawab call mak.

balik tu mak tengok tangan kakak pucat biru. kakak penat sangat, mak. kasihan mak.. sudah lah balik kerja penat2, nak tidur pun tak boleh teringatkan anak2. mak balik masak siap suapkan kakak kat meja makan. kakak tak larat sangat malam tu.

bila baca kes2 orang demand esp doktor perempuan ni, kakak teringatkan mak. mak lah manusia paling layak andai mak nak pilih mana2 doktor sekali pun. mak lah manusia yang paling banyak berkorban buat kakak, buat adik beradik. mak bukan saja korbankan anak2 mak bahkan mak korbankan hak mak demi masyarakat. mulianya hati mak.

kadang kakak rasa profesyen ini terlalu ‘mulia’ untuk orang macam kakak. kadang kakak mengungkit2 apa yang kakak beri tapi langsung tak di hargai. kadang juga kakak rebah dengan ekspektasi manusia yang saban hari makin tinggi.

andainya kakak jadi orang besar satu hari nanti, ingin saja akak usulkan. siapa2 yg demand nak doktor perempuan ni, buktikan dulu punya ibu/bapa/isteri/suami/anak seorang doktor. baru layak buat kalian. kerna pengorbanan seorang doktor bukanlah dirinya sahaja bahkan segenap keluarga merasakan yang serupa.

selamat hari raya eidul adha semua..

– doktorawak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit